Memaparkan catatan dengan label Sabah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sabah. Papar semua catatan

15 Kerusi Sabah, 16 Sarawak Bakal Milik Pakatan Rakyat.

| comments

Bekas Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu Datuk Lajim Ukin berkata Sabah bukan lagi simpanan tetap untuk BN dan Pakatan Rakyat mampu memenangi sekurang-kurangnya 15 kerusi di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas timbalan menteri dan ahli majlis tertinggi Umno itu menyuarakan keyakinan itu dalam satu ceramah politik di Setapak semalam.

"Kepada saudara-saudara di Semenanjung, saya sampaikan kepada saudara-saudara semua Sabah akan beri 15 kerusi dalam pilihan raya umum akan datang ini," katanya.

Menurutnya lagi, bacaan politik beliau juga menjangkakan perkara yang hampir sama akan berlaku di Sarawak.

"Saya tak perlu sebut Sarawak, Sarawak juga (BN) akan kalah sekurang-kurangnya 12 hingga 16 kerusi tetapi saya sahkan Sabah akan beri untuk Pakatan Rakyat sekurang-kurangnya 15 kerusi," katanya penuh bersemangat.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Gempar !!! Ahli PBS Tinggalkan bn Untuk Sertai Pakatan

| comments

Seramai 100 ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) mengisytihar keluar parti dan menyertai KEADILAN.

Borang penyertaan mereka diserah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena siri jelajah ke Keningau, Sabah.

Menariknya, ia berlaku dalam Parlimen Keniangau yang diwakili Presiden PBS, Datuk Seri Pairin Kitingan.

Kira-kira 2,500 rakyat hadir pada majlis di Restoran Pelancongan Pedalaman di Batu 2, Keningau yang disertai pimpinan Pakatan Rakyat.

Ketua KEADILAN Cabang Keningau, Stephen Sandor, berkata mereka diketuai bekas Ketua PBS Bahagian Keningau, Philip Sintan.
 
“Ini menunjukkan sokongan terhadap KEADILAN terus melonjak. Kita yakin mampu menawan Keningau pada pilihan raya umum kelak,” katanya.

Sejak beberapa tahun lalu, beberapa pimpinan PBS keluar parti secara berperingkat di pelbagai daerah seluruh Sabah.

Antaranya, Naib Pengerusi PBS Bahagian Kiulu, John Hussein pada; bekas Ketua PBS bahagian Likas Satur Sembuling; bendaharinya, Suhailee Jamadil dan Ahli Jawatankuasanya, Lidin Buti, selain penulis buku, Dr Chong Eng Leong.

Lain-lain ialah Naib Ketua PBS Sulaman, Dominic Ombilod Onul dan Ketua Pemuda PBS Sulaman, Ahling Kabaron bersama penyokong masing-masing.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Duit Seludup Untuk Jadi Dana Bantu Umno?

| comments

Menteri Hal Ehwal Undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz mengakui RM40 juta wang seludup melalui Hong Kong yang dipercayai diberi seorang ahli perniagaan adalah untuk Umno Sabah tetapi menafikan ia milik Tan Sri Musa Aman.

Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian ketua menteri,” kata Nazri dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Ekoran itu, Ahli parlimen Batu, Tian Chua mendesak kerajaan menjelaskan tujuan ahli perniagaan, Michael Chia memberikan RM40 juta tersebut kepada Umno Sabah

Katanya lagi, penjelasan perlu kerana kemungkinan besar wujud penyelewengan dan aktiviti penggubahan wang haram oleh mereka yang terbabit.

Kita ingin tahu adakah sumbangan ini tidak melanggar undang-undang dan tiada rasuah. Apa tujuan seorang ahli perniagaan beri sumbangan kepada Badan Perhubungan Umno Sabah?

Mengapa wang ini dibawa ke Hong Kong?” soal Tian lagi pada sidang media di lobi Parlimen.

Micheal Chia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos 2008 dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat menghala ke Kuala Lumpur.

Wang itu dikatakan mempunyai hubungkait dengan lesen pembalakan di Sabah yang membawa pulangan lumayan kepada ahli politik Barisan Nasional di negeri itu.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Lagi Pemimpin Sabah Sertai Pakatan, umno Hampir Pasti Akan Kalah.

| comments

Sabah semakin dalam gengaman Pakatan Rakyat, nampaknya semakin ramai pemimpin dan tokoh korporat dari negeri dibawah bayu itu sudah meninggalkan  BN dan menyatakan sokongan secara terbuka kepada Pakatan Rakyat.

 Terbaru, Tokoh koporat Sabah, Datuk Dr Richard Sakian Gunting mengisytihar keluar BN dan menyertai Angkatan Perubahan Sabah (APS).

Selain tu empat pemimpin BN termasuk bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) turut sama meninggalkan bn yang sudah berpuluh tahun memeras hasil bumi Sabah.

Dan sudah pastilah pemimpin besar dari Sabah ini  membawa ribuan penyokong yang terdiri dari  ahli umno dan PBS meninggalkan kapal hampir karam itu.

Kemasukkan Richard dibuat dihadapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disaksikan ribuan rakyat di Jalan Assam, Lahad Datu.
 
Richard dari keturunan Murut itu pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah di Lembaga Koko Malaysia, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Institut Pembangunan Sabah dan Ahli Majlis Perbandaran Nabawan, beliau kini Pengurus Besar Koperasi Pembangunan Desa, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Tidak cukup dengan itu Bekas Adun Lahad Datu, Mohamadin Ketapi, juga bekas Ketua PBS Bahagian Silam dan pembantu Menteri Luar Bandar Sabah, Mohamadin Ketapi, juga bekas Pengerusi Tetap Umno Bahagian Silam, Datu Halun Datu Abdul Karim; Ketua Umno Cawangan Sri Dewi Lahad Datu, Onga Langadai dan bekas Ketua PBS Tunku, Bolongan Panasi  juga buat bn makin parah di Sabah apabila juga telah keluar parti.

Nampaknya umno Sabah akan berkubur tak lama lagi, puak umno sibuk sangat menyerang selangor, mereka terlupa perihal Sabah, semoga mereka dapat terima hakikat bila Sabah kalah nanti.. kah..kah..kah


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Umno Tingkat Taraf Hidup Bumiputra, Itu Hanya Penipuan.

| comments

Selama 50 tahun lebih umno memegang tampuk kuasa memerintah,Bumiputra melaya rupanya berpendapatan dibawah purata pendapatan Isi rumah seluruh negara.

Pendapatan isi rumah Bumiputera di Sabah berjumlah RM2,800, jauh di belakang purata

Purata pendapatan isu rumah rakyat Malaysia di seluruh negara berjumlah RM4,025. manakala kajian mendapati pendapatan isi rumah Bumiputera di seluruh negara adalah hanya sebanyak sebanyak RM3,624 .

Pendapatan Bumiputera Sabah , sebuah negeri yang kaya hasil bumi itu hanya 23 peratus daripada pendapatan purata semua Bumiputera dan 30 peratus dari keseluruhan pendapatan purata rakyat Malaysia 

Pendapatan purata isi rumah untuk Bumiputera dan semenanjung masing-masing sebanyak RM3,784 dan RM3,217 bagi bumiputra Sarawak.

Maklumat ini diperoleh melalui tinjauan Jabatan Perangkaan pada 2009, yang disampaikan di Parlimen sebagai jawapan bertulis kepada Teo Nie Ching (DAP-Serdang) minggu lalu.

Tinjauan itu dijalankan dua kali dalam tempoh lima tahun. Kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2009.


Baiklah, fikirkan ini, umno sebagai peneraju kerajaan sudah gagal teruk, bukankah umno itu parti kebangsaan khas untuk melayu dan bumiputra?, apa sudah jadi, selama lebih 50 tahun setakat itu sahaja pencapaiaan ekonomi orang melayu dan bumiputra?.

NONE

Namun pernahkah kita tahu berapa nilai kekayaan yang dikumpul oleh kroni dan kerabat menteri?, ada anak-anak bekas menteri punya perniagaan besar dalam sektor minyak dan ada yang punya perniagaan besar jual arak.

Apakah semua hasil bumi ini dikau sehingga bumiputra akhirnya terpinggir dan terus diperbodohkan atas nama perjuangan bangsa?, sedangkan dalam masa yang sama anak dan kroni jadi kocek tempat simpan duit.

kalau umno itu benar berjasa pada Melayu dan bumiputra, kenapa pendapatan isi rumah bumiputra paling rendah di negara ini.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit