Duit Seludup Untuk Jadi Dana Bantu Umno?

| comments

Menteri Hal Ehwal Undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz mengakui RM40 juta wang seludup melalui Hong Kong yang dipercayai diberi seorang ahli perniagaan adalah untuk Umno Sabah tetapi menafikan ia milik Tan Sri Musa Aman.

Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian ketua menteri,” kata Nazri dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Ekoran itu, Ahli parlimen Batu, Tian Chua mendesak kerajaan menjelaskan tujuan ahli perniagaan, Michael Chia memberikan RM40 juta tersebut kepada Umno Sabah

Katanya lagi, penjelasan perlu kerana kemungkinan besar wujud penyelewengan dan aktiviti penggubahan wang haram oleh mereka yang terbabit.

Kita ingin tahu adakah sumbangan ini tidak melanggar undang-undang dan tiada rasuah. Apa tujuan seorang ahli perniagaan beri sumbangan kepada Badan Perhubungan Umno Sabah?

Mengapa wang ini dibawa ke Hong Kong?” soal Tian lagi pada sidang media di lobi Parlimen.

Micheal Chia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos 2008 dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat menghala ke Kuala Lumpur.

Wang itu dikatakan mempunyai hubungkait dengan lesen pembalakan di Sabah yang membawa pulangan lumayan kepada ahli politik Barisan Nasional di negeri itu.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit