Memaparkan catatan dengan label Pakatan Rakyat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pakatan Rakyat. Papar semua catatan

Pencacai umno pun dah yakin sangat PR ambil alih kerajaan,

| comments


Lama sangat tukanglawan tak update blog,dah nak dekat PRU ni, tukanglawan Insyallah akan aktif balik blogging,

Bukan apa, semua dah sedia nampaknya untuk tukar kerajaan baru, umno dah lama sangat, dah terlalu teruk dan busuk.

Kebelakang ni kecoh pasal video bangkang dari longkang, video lawak bodoh tak berapa jadi yang kononnya nak perli pakatan rakyat, tapi sebenarnya menunjukkan kebodohan pelawak-pelawak yang tak peka pada perkembangan semasa.

Tapi kita kene fikir positive, contohnya video bawah nei




Tak sedarkah kita, walaupun video tu cuba memperlekeh pakatan rakyat, tapi pencacai umno yang berlakon dan buat skrip tu pun dah mula yakin PR akan ambil alih kuasa. kah..kah..kah.

Diorang cuba perlekeh pakatan rakyat, tapi dalam masa sama mereka dah akui umno akan kalah.

Percaya tak korang kalau umno ni rebah, umno tak akan bangkit semula, bukan sebab nama parti tu umno, tapi sebab orang dalam umno tu sendiri dah tak mampu berpolitik, bila orang ajak debat pasal dasar diorang ajak tabur fitnah.

Sebab itu lah diorang ni makin dibenci.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....


AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

6+3 Untuk Orang Pahang, Pilih Pakatan Bukan Umno

| comments


Pakatan Rakyat menawarkan enam tawaran peringkat negeri bersama tiga tawaran peringkat persekutuan untuk menyelamatkan Pahang daripada kezaliman Umno BN.

Tawaran peringkat kerajaan Persekutuan ditandatangani Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Tawaran peringkat Pahang itu ditandatangani Pengerusi KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman; Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah.

Mengikut Harakah Daily, semua tawaran berkenaan diumum kepada lebih 20,000 orang yang menghadiri Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Dataran Kerdau, malam tadi.
TAWARAN PERINGKAT PERSEKUTUAN
PERTAMA: Menempatkan peserta Felda Plantation di kalangan warga Generasi Kedua, ketiga Felda, anak Pahang, bekas staf Felda, Bekas anggota Polis dan Tentera serta mengembalikan fungsi asal penubuhan Felda.

KEDUA: Memberikan Royalti minyak sebanyak 20 peratus setahun (bukannya lima peratus) kepada kerajaan Pahang setelah pengeluaran minyak beroperasi kelak.

KETIGA: Memberi perhatian yang serius dalam meningkatkan prasarana kemudahan asas yang berkaitan dengan perhubungan darat antara bandar dengan menyempurnakan kerja-kerja menaiktaraf jalan yang terbengkalai seperti Jalan Jerantut – Benta, Jerantut –Maran, serta membina jalan yang menghubungkan antara 2 negeri seperti Kuantan – Jerantut – Kuala Lipis – Gua Musang, Kuantan – Segamat dan Kuala Lipis – Raub – Bentong – Seremban dan Jerantut – Ulu Tembeling – Dungun dengan perlaksanaan mengikut keutamaan demi memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Pahang.


TAWARAN PERINGKAT NEGERI
PERTAMA: Menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah dan rumah serta menstruktur semula Kampung- kampung Baru dan Kampung Tersusun.

KEDUA: Menyelesaikan permohonan tanah yang sekian lama dipohon oleh rakyat Pahang sekiranya permohonan tersebut benar-benar layak, wajar dan memenuhi syarat.

KETIGA: Mewartakan tanah komuniti Orang Asal agar ianya tidak dicerobohi sewenang-wenang oleh pihak tidak bertanggungjawab.

KEEMPAT: Memudahkan urusan pertukaran status tanah pertanian kepada lot perumahan atau bangunan.

KELIMA: Menurunkan cukai pintu dengan mengambil kira peningkatan hasil hutan dan maneral setelah perlaksanaan konsep ‘bebas rasuah’ dalam pentadbiran kerajaan.

KEENAM: Sistem tender terbuka akan dilaksanakan bagi semua hasil utama negeri.


Apakah jika pakatan menang, rakyat Pahang akan dapat menikmati apa yang dijanjikan ini?, jika masih baca surat khabar arus persana dan TV3 suku, pastinya tak boleh, tapi cuba tanya pada rakyat Selangor dan Pulau Pinang, jawapan yang diberikan ialah ia boleh ditunaikan, 
Buktinya?
Rakyat Selangor dan negeri lain yang ditadbir Pakatan telah merasainya.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

20 Peratus Ibu Tunggal Di Selangor Keluar Dari Paras Kemiskinan

| comments (1)

Sasaran 20 peratus ibu tunggal keluar daripada paras kemiskinan seperti yang disasarkan dua tahun lepas berjaya dilakukan di Selangor.

Angka ini menafikan bahawa Kerajaan Negeri meminggirkan golongan ibu tunggal seperti yang didakwa Umno-BN.

Exco Wanita, Kebajikan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, tindakan secara menyeluruh dibuat dan setakat ini seramai 27,320 orang ibu tunggal didaftarkan di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

Katanya, hampir 11 program yang mempunyai kaitan berhubung bantuan ekonomi ibu tunggal dilaksanakan termasuk penglibatan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Sebenarnya isu berkaitan menifesto ini telahpun kita tangani iaitu elaun kepada ibu tunggal tetapi elaun itu bukanlah khusus dalam bentuk bulanan secara terus kepada beliau tetapi dalam bentuk program bulanan khusus.

“Malah program yang kita buat jauh lebih besar dan banyak,” katanya dalam satu sidang media di lobi Dewan Negeri Selangor.

Antara program untuk kepentingan ekonomi ibu tunggal yang dilaksanakan adalah Program Pemberdayaan Wanita menerusi Pusat Wanita Berdaya (PWB), Skim Mikrokredit Bandar dan Luar Bandar (MiMIBAR dan SkimSel), Progran Pemberdayaan Ibu Tunggal SOHO Selangor dan Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA).

Selain itu, program Skim Bantuan Tadika (TUNAS), Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKEMBAR) dan Laman Dapur.

Berhubung satu demonstrasi daripada ibu tunggal Selangor yang bakal diadakan esok, Rodziah menyatakan kesudian untuk menerima memorandum berkenaan.

Ujar beliau lagi, sekiranya ada ibu tunggal yang terlepas mahupun belum berdaftar dengan Kerajan Negeri, mereka masih berpeluang untuk berbuat demikian.

“Saya mengalu-alukan dan akan menerima memorandum tersebut. Tetapi dalam masa yang sama ada ketelusan tolong sampaikan senarai mana-mana ibu tunggal yang belum menerima bantuan ini untuk saya tangani secara baik,” katanya.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Bukti Jelas umno Cuba Lagakan Pakatan Rakyat

| comments (1)

Terdesak mahu terus berkuasa, umno akan buat apa saja, termasuk melaga-lagakan parti dalam pakatan rakyat. 

umno yang terdesak menarik sokongan PAS mempergunakan nama PAS baru0baru ini untuk memburuk-burukkan pemimpin PKR, tindakan mereka cuba mengelirukan penyokong PAS berjaya dihidu. 

Lihat gambar dibawah.


Nampak persamaan ayat-ayat di atas banner tersebut, sekarang jelaslah umno cuba melaga-lagakan pakatan rakyat, jelaslah umno memang tidak boleh dipercayai, mereka berniat jahat, berlagak sangat islamik dalam isu kenyataan Nurul Izzah, tapi jadi syaitan bisu bila sekutu mereka menghina-hina Islam.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Apa Punya Politik, Trak Kempen DAP Pun Nak Curi

| comments

Apa teruk sangat politik dekat negara nei, sudahlah fitnah orang dan ulang hari-hari dekat TV dan Surat khabar, tak cukup dengan tu, remaja diajar jadi samseng dan kacau majlis orang, sekarang trak kempen pun nak kene curi.

Maka bila kes trak ni hilang teringat pulak "tukanglawan" kes kereta ketua serikandi keadilan Siti Aishah yang hilang depan rumah, yang peliknya ada kereta depan dan belakang kereta Siti Aishah, kereta dia yang parking di tengah-tengah tu boleh lesap.

Bila fikir-fikir pelik cikit sebab kenapa kereta yang tu hilang, kalau pencuri nak curi kereta, mesti dia akan ambil yang senang dia bawak lari, mungkin kereta tu jadi sasaran sebab nak geledah dan cari maklumat yang disimpan dalam kereta tu agaknya.

Semalam, Salah satu daripada tiga trak kempen pilihan raya DAP yang baru dilancarkan didapati hilang ketika diparkir di luar sebuah rumah kedai di Taman Tun Aminah, Johor, yang peliknya banyak lagi trak komersial lain tak pulak kene curi. Trak yang itu jugak jadi sasaran.

Mungkin pencuri sekarang tak berminat dengan barangan komersial agaknya, mereka lebih berminat nak curi baju dengan logo DAP, kalau ye pun, mintak la, jangan curi. kah..kah..kah.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit