Memaparkan catatan dengan label Nurul Izzah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nurul Izzah. Papar semua catatan

Rakaman Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat Johor Malam Tadi

| comments (1)


Malam tadi siri ceramah jelajah merdeka rakyat berlangsung dengan jayanya di Rengit Johor.

Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk menonton ceramah berkenaan, anda masih boleh tonton rakaman ceramah tersebut.

Antara penceramah yang hebat pada malam tadi ialah Nurul Izzah, Dato' Chua Jui Meng dan sudah tentu Dato Seri Anwar Ibrahim sendiri.

sila tonton video dibawah.







AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Isu Nurul Izzah Utusan Canang, Mahadey Hina Al-Quran Senyap Pulak.

| comments

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menafikan bahawa kenyataan beliau yang dibuat Sabtu lalu dalam satu forum awam menggalakkan umat Islam murtad.

"Saya sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad," tegasnya yang juga ahli parlimen Lembah Pantai.

"Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Saya kesal kerana ada usaha kalangan yang cuba memutarbelitkan kenyataan saya, seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad,
" tegasnya lagi.

Nurul Izzah merujuk kenyataannya sebagai panelis dalam forum tersebut yang bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?"

Berita muka depan Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk 'Melayu bebas pilih agama?" dengan memetik laporan Malaysiakini berhubung kenyataan Nurul itu.

Baiklah, soalan "tukanglawan" mudah sangat, akhbar utusan milik siapa?, akhbar utusan kan milik umno, Nurul Izzah bukan orang umno, Nurul Izzah mahu lawan umno, jadi kenapa kita mahu percaya utusan?. dalam isu ini utusan serang Nurul Izzah, seolah-olah utusan itu sangat mahu bela Islam, tapi dalam isu soi lek kenapa utusan diam, dalam isu mahathir hina Al-Quran, Hina nabi dan perlekeh Islam , kenapa utusan jadi bisu?.

Jawapannya mudah, utusan memang sekarang cari dan putar isu supaya Pakatan Rakyat atau Pemimpinnya nampak seolah-olah anti Islam, Kenapa, Kerana Utusan Mahu menipu pembaca yang kebanyakkannya melayu, melayu yang sangat senang tertipu.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Skandal KLIA2, Anak Jamaludin Jarjis terlibat?

| comments

Umum sedia maklum tentang kos projek lapangan terbang kos rendah KLIA2 yang telah menyaksikan pertambahan kos dari RM1.7 bilion, hingga ke RM3.9 bilion Mac lalu, sehinggalah diumumkan kos RM5 bilion pada Julai tahun ini oleh tidak lain dan tidak bukan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes. Pagi ini Timbalan Menteri Pengangkutan mengesahkan jumlah RM4 bilion – setakat ini.

Peningkatan hampir 200 peratus ini merupakan pembaziran Maha Besar oleh kerajaan BN, yang enggan diperjelaskan oleh Menteri Pengangkutan sedia ada. Praktis memulakan sesuatu projek dengan kos yang rendah yang kemudiannya ditambah dengan alasan penemuan keperluan yang luar jangkaan hanya memperkukuhkan persepsi bahawa proses perancangan dan pelaksanaan projek kerajaan tidak telus.

Terbaru, saya dimaklumkan bahawa sistem Air Traffic Modernization Program (ATMOP) untuk meningkatkan tahap perkhidmatan kawalan trafik udara KLIA2 dan ruang udara sekitar diselubungi kontroversi

Saya difahamkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada 3 Oktober 2012 menganugerahkan Surat Tawaran (Letter of Award, LoA) kepada ENAV S.p.A. sebagai Perunding bagi ATMOP – iaitu untuk bertindak selaku perunding untuk meningkatkan tahap perkhidmatan bagi komunikasi, pengemudian, pengawasan dan kawalan trafik udara di KLIA2 dan ruang udara sekitarnya.

Kontroversi berkisar mengenai isu-isu berikut:

1. Hubungan rapat ENAV-SELEX
Siri pendedahan sebelum ini berkait masalah-masalah sistem kawalan trafik udara di Subang yang dibangunkan syarikat Selex Sistemi Integrati (SELEX) dengan kerjasama Advanced Air Traffic Systems (M) Sdn Bhd (AAT), iaitu syarikat yang turut berkait dengan anak DS Jamaluddin Jarjis.

Yang paling merisaukan adalah hubungan SELEX dan ENAV. Dalam satu kenyataan media bertarikh 11 Mei 2009, dengan terangnya disebut bahawa kedua-dua syarikat ini akan bekerjasama untuk menembus pasaran antarabangsa bagi perkhidmatan kawalan trafik udara.

Persoalannya di sini: Bukankah lantikan ENAV sebagai perunding bagi ATMOP menimbulkan kemungkinan berlakunya percanggahan kepentingan (conflict of interest) oleh sebab rakan perniagaannya SELEX adalah sebuah syarikat pembekal sistem kawalan trafik udara?

Klausa 29.1 surat perjanjian antara ENAV dan DCA menyatakan bahawa Perunding mesti mematuhi semua undang-undang dan peraturan negara Malaysia, termasuk yang berkaitan isu perolehan. Disebabkan hubungan perniagaan ENAV dan SELEX, bukankah ENAV akan bertindak berat sebelah dalam menyarankan syarikat pembekal bagi sistem kawalan trafik udara nanti?

Klausa 33.1 surat perjanjian yang sama turut menyatakan Perunding tidak akan terlibat dalam aktiviti perniagaan atau profesional di Malaysia secara langsung mahupun tidak yang akan bercanggah dengan prestasi atau kewajipan yang akan ditanggung Perunding mengikut perjanjian tersebut.

Disebabkan hubungan ENAV dan SELEX, adakah ENAV secara tidak langsung terlibat dalam aktiviti perniagaan dan telah melanggar klausa tersebut?

2. Harga projek ATMOP yang diumum ENAV
Klausa 1.4 dari senarai semakan projek ini menyatakan bahawa harga bumbung (ceiling price) projek ini adalah RM27 juta. Namun mengikut satu kenyataan media yang dibuat ENAV pada 3 Oktober lalu (iaitu pada hari sama LoA dianugerahkan), kontrak tersebut diberi nilai 10 juta Euro, yang bersamaan dengan hampir RM40 juta. Rakyat Malaysia wajib diberi penjelasan: jumlah mana yang benar?

3. Isu masalah sistem yang dibangun SELEX masih belum terjawab
Turut merisaukan, isu kegagalan sistem yang dibangunkan SELEX pada 12hb September lalu. Hingga ke hari ini rakyat Malaysia masih belum mendapat gambaran sebenar apakah yang telah menyebabkan sistem kawalan trafik udara di Subang gagal antara jam 2 hingga 4 pagi. Gesaan saya dan pimpinan KEADILAN yang lain, bahawa satu audit bebas yang dilaksanakan International Civil Aviation Organization (ICAO) masih belum terjawab.

Kementerian Pengangkutan wajib menjawab pertanyaan-pertanyaan di atas dan memberi jaminan bahawa ketiga-tiga klausa di atas tidak dilanggar oleh Kementerian dan DCA. Rakyat tidak mampu membiarkan SELEX yang masih belum selesai permasalahannya di ATCC Subang mendapat kontrak untuk KLIA2 menerusi hubungan syarikat tersebut dengan ENAV.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai

Naib Presiden KEADILAN
8 Oktober 2012


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Panas !!! DBKL Usir Peniaga Melayu.

| comments

Ingat tak kisah kononnya peniaga melayu pulau pinang dianak tirikan dulu, berita rekaan tu saban hari dimainkan di TV, kononnya lepas DAP memerintah pulau pinang, melayu negeri tu terus jadi merempat.

Lastx2 pecah tembelang, keributan tu semuanya angkara melayu umno pulau pinang yang bikin macamx2 untuk sabotaj kerajaan negeri.

Sampai hari ni isu tu dimainkan, bagi takut orang melayu la tu, tapi apesal berita bawah nei yang juga berkaitan dengan orang malayu tak pulak keluar dekat TV3, apasal, ni jelasx2 tindas orang melayu nei?

So harap TV3 suku keluarkan berita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tergamak menganiaya 80 peniaga Melayu dengan menghalang mereka berniaga pasar malam Kampung Kerinchi, kesian la makcik di felda ditipu hidup-hidup sampai ingat umno la "pemberi rezeki".
Ulas Ketua Angkatan Muda KEADILAN Lembah Pantai, Abdullah Izhar Mohd Yusof , tindakan DBKL tu mengakibatkan mereka kecewa, seterusnya tradisi pasar malam setiap Isnin dan Jumaat tinggal sejarah.

Pasar malam ini sudah berpuluh-puluh tahun diadakan, ada peniaga yang mencari rezeki sudahpun masuk generasi ketiga.

“Ini punca rezeki mereka. Sebelum ini peniaga minta dengan DBKL supaya beri tapak sementara untuk terus berniaga tapi tidak ambil peduli,” katanya lagi.

Abdullah Izhar kesal kerana DBKL angkuh walaupun Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar cuba berbincang untuk membela nasib peniaga pasar malam itu.

Malah rayuan untuk terus berniaga tidak dihiraukan Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

“Pemaju mengadu kepada DBKL tapi masalahnya pembinaan hanya bermula tahun depan, tiada asas DBKL untuk halang peniaga berniaga.

“DBKL langsung tak benarkan peniaga meniaga. Pasar malam ini tidak akan menganggu lalu lintas kerana hanya ada satu deret sahaja,” katanya.

Berikutan itu, Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan merancang mengadakan perjumpaan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur mengenai pengusiran peniaga terbabit.

Apa sekarang DBKL sudah jadi alat umno untuk balas dendam ke ?, kalau macam tu, umno ni kene tumbang segera, dan nanti kita tkuar dato bandar yang baru... semua setuju tak?, kalau setuju.. humbankan BN terutama umno dalam lubang najis lembu NFC.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit