Isu Nurul Izzah Utusan Canang, Mahadey Hina Al-Quran Senyap Pulak.

| comments

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menafikan bahawa kenyataan beliau yang dibuat Sabtu lalu dalam satu forum awam menggalakkan umat Islam murtad.

"Saya sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad," tegasnya yang juga ahli parlimen Lembah Pantai.

"Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Saya kesal kerana ada usaha kalangan yang cuba memutarbelitkan kenyataan saya, seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad,
" tegasnya lagi.

Nurul Izzah merujuk kenyataannya sebagai panelis dalam forum tersebut yang bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?"

Berita muka depan Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk 'Melayu bebas pilih agama?" dengan memetik laporan Malaysiakini berhubung kenyataan Nurul itu.

Baiklah, soalan "tukanglawan" mudah sangat, akhbar utusan milik siapa?, akhbar utusan kan milik umno, Nurul Izzah bukan orang umno, Nurul Izzah mahu lawan umno, jadi kenapa kita mahu percaya utusan?. dalam isu ini utusan serang Nurul Izzah, seolah-olah utusan itu sangat mahu bela Islam, tapi dalam isu soi lek kenapa utusan diam, dalam isu mahathir hina Al-Quran, Hina nabi dan perlekeh Islam , kenapa utusan jadi bisu?.

Jawapannya mudah, utusan memang sekarang cari dan putar isu supaya Pakatan Rakyat atau Pemimpinnya nampak seolah-olah anti Islam, Kenapa, Kerana Utusan Mahu menipu pembaca yang kebanyakkannya melayu, melayu yang sangat senang tertipu.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit