Umum sedia maklum tentang kos projek lapangan terbang kos rendah
KLIA2 yang telah menyaksikan pertambahan kos dari RM1.7 bilion, hingga
ke RM3.9 bilion Mac lalu, sehinggalah diumumkan kos RM5 bilion pada
Julai tahun ini oleh tidak lain dan tidak bukan Ketua Pegawai Eksekutif
Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes. Pagi ini Timbalan Menteri Pengangkutan
mengesahkan jumlah RM4 bilion – setakat ini.
Peningkatan hampir 200 peratus ini merupakan pembaziran Maha Besar
oleh kerajaan BN, yang enggan diperjelaskan oleh Menteri Pengangkutan
sedia ada. Praktis memulakan sesuatu projek dengan kos yang rendah yang
kemudiannya ditambah dengan alasan penemuan keperluan yang luar jangkaan
hanya memperkukuhkan persepsi bahawa proses perancangan dan pelaksanaan
projek kerajaan tidak telus.
Terbaru, saya dimaklumkan bahawa sistem Air Traffic Modernization
Program (ATMOP) untuk meningkatkan tahap perkhidmatan kawalan trafik
udara KLIA2 dan ruang udara sekitar diselubungi kontroversi.
Saya
difahamkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada 3 Oktober 2012
menganugerahkan Surat Tawaran (Letter of Award, LoA) kepada ENAV S.p.A.
sebagai Perunding bagi ATMOP – iaitu untuk bertindak selaku perunding
untuk meningkatkan tahap perkhidmatan bagi komunikasi, pengemudian,
pengawasan dan kawalan trafik udara di KLIA2 dan ruang udara sekitarnya.
Kontroversi berkisar mengenai isu-isu berikut:
1. Hubungan rapat ENAV-SELEX
Siri pendedahan sebelum ini berkait masalah-masalah sistem kawalan trafik udara di Subang yang dibangunkan syarikat Selex Sistemi Integrati (SELEX) dengan kerjasama Advanced Air Traffic Systems (M) Sdn Bhd (AAT), iaitu syarikat yang turut berkait dengan anak DS Jamaluddin Jarjis.

Yang paling merisaukan adalah hubungan SELEX dan ENAV. Dalam satu
kenyataan media bertarikh 11 Mei 2009, dengan terangnya disebut bahawa
kedua-dua syarikat ini akan bekerjasama untuk menembus pasaran
antarabangsa bagi perkhidmatan kawalan trafik udara.
Persoalannya di sini: Bukankah lantikan ENAV sebagai perunding bagi
ATMOP menimbulkan kemungkinan berlakunya percanggahan kepentingan
(conflict of interest) oleh sebab rakan perniagaannya SELEX adalah
sebuah syarikat pembekal sistem kawalan trafik udara?
Klausa 29.1 surat perjanjian antara ENAV dan DCA menyatakan bahawa
Perunding mesti mematuhi semua undang-undang dan peraturan negara
Malaysia, termasuk yang berkaitan isu perolehan. Disebabkan hubungan
perniagaan ENAV dan SELEX, bukankah ENAV akan bertindak berat sebelah
dalam menyarankan syarikat pembekal bagi sistem kawalan trafik udara
nanti?
Klausa 33.1 surat perjanjian yang sama turut menyatakan Perunding
tidak akan terlibat dalam aktiviti perniagaan atau profesional di
Malaysia secara langsung mahupun tidak yang akan bercanggah dengan
prestasi atau kewajipan yang akan ditanggung Perunding mengikut
perjanjian tersebut.
Disebabkan hubungan ENAV dan SELEX, adakah ENAV secara tidak langsung
terlibat dalam aktiviti perniagaan dan telah melanggar klausa tersebut?
2. Harga projek ATMOP yang diumum ENAV
Klausa 1.4 dari senarai semakan projek ini menyatakan bahawa harga bumbung (ceiling price) projek ini adalah RM27 juta. Namun mengikut satu kenyataan media yang dibuat ENAV pada 3 Oktober lalu (iaitu pada hari sama LoA dianugerahkan), kontrak tersebut diberi nilai 10 juta Euro, yang bersamaan dengan hampir RM40 juta. Rakyat Malaysia wajib diberi penjelasan: jumlah mana yang benar?

3. Isu masalah sistem yang dibangun SELEX masih belum terjawab
Turut merisaukan, isu kegagalan sistem yang dibangunkan SELEX pada 12hb September lalu. Hingga ke hari ini rakyat Malaysia masih belum mendapat gambaran sebenar apakah yang telah menyebabkan sistem kawalan trafik udara di Subang gagal antara jam 2 hingga 4 pagi. Gesaan saya dan pimpinan KEADILAN yang lain, bahawa satu audit bebas yang dilaksanakan International Civil Aviation Organization (ICAO) masih belum terjawab.

Kementerian Pengangkutan wajib menjawab pertanyaan-pertanyaan di atas
dan memberi jaminan bahawa ketiga-tiga klausa di atas tidak dilanggar
oleh Kementerian dan DCA. Rakyat tidak mampu membiarkan SELEX yang masih
belum selesai permasalahannya di ATCC Subang mendapat kontrak untuk
KLIA2 menerusi hubungan syarikat tersebut dengan ENAV.
Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden KEADILAN
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden KEADILAN
8 Oktober 2012
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.