Memaparkan catatan dengan label Mat Sabu. Pejuang negara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mat Sabu. Pejuang negara. Papar semua catatan

FAM naikkan harga supaya Umno boleh main bola

| comments


Tindakan FAM menaikkan harga tiket bagi perlawanan Akhir Piala Malaysia 29 Oktober 2011 ini, bukan sahaja menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong kedua -dua pasukan bertanding, namun semua peminat bola sepak menyuarakan rasa tidak senang hati terhadap keputusan badan induk bola sepak malaysia itu.

FAM tanpa segan silu telah "mengambil kesempatan" dan tanpa alasan kukuh telah "memeras" duit poket penyokong bola sepak , seperti menanggguk di air keruh,dalam keadaan ekonomi seperti sekarang, tidaklah harus FAM bersikap seperti "perompak duit rakyat".

Terlalu ramai penyokong suka tindakan FAM ini ( sila klik)
"Apakah orang miskin tak perlu berhibur, tak perlu ke stadium tengok bola ?"


Tindakan  Kelab e-penyokong bola sepak Negeri Sembilan (n9futbol.com) menyebar risalah kepada penyokong lain supaya memboikot penjualan tiket perlawanan akhir itu sangat wajar dan harus dipuji. sekurang-kurangnya mereka tidak benarkan FAM memijak kepala mereka.

Timbalan presiden  kelab e-penyokong bola sepak Negeri Sembilan (n9futbol.com), Mohd Faidzul Mohd Noh berkata pihaknya bersepakat dengan Kelab Penyokong Ganusoccer.net bagi memulau perlawanan Sabtu ini dengan hanya berada di luar stadium.itu tamparan besar sebenarnya buat FAM.

Tapi disebalik itu semua, apakah ada permainan politik peringkat tertinggi  dalam perlawanan ini ?, secara tiba-tiba Sebanyak 30,000 keping tiket diperuntukkan kepada PBSNT bagi peminat bola sepak Terengganu menyaksikan perlawanan yang akan diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor pada Sabtu ini, daripada jumlah itu, 20,000 diagihkan kepada 32 pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan pejabat Parlimen, untuk dijual di kawasan masing-masing dan lebih menarik diberikan rebat 50%.

Dalam isu FAM menaikkan harga tiket tanpa fikirkan "poket rakyat" kerajaan umnoapco Terangganu pandai main politik, dengan menggunakan duit royalti rakyat yang seharusnya diberi kepada semua penduduk negeri itu,  umnoapco main silapmata dengan kononnya bersikap perihatin terhadap rakyat negeri tu,

Bukan tak bagus, bagus, namun bagaimana dengan makcik di kampung, bagaimana mereka yang tidak meminati perlawanan bola sepak?, jadi mereka tidaklah dapat merasa sedikit duit dari hasil minyak negeri itu. bukankah tidak sama rata agihan itu, buatlah seperti negeri selangor, semua rakyat dapat faedahnya, tak kira lelaki perempuan, tua atau muda, malah penyokong tegar umnoapco sekali pun dapat air percuma.

Rakyat harus bijak, malaysia sekarang bukan lagi malaysia zaman 60-an, rakyat boleh diperbodoh, boleh diperkuda., tiba-tiba kerajaan umnoapco terengganu jadi wira dalam kemelut harga tiket ini, .  maka selepas ini nanti agaknya akan dicanang 3 hari berturut-turut di utusan melayu dan TV3 nanti kononnya umnoapco terengganu nei sangat perihatin , benar ke perihatin, bagaimana royalti minyak, bila nak beri kepada rakyat terengganu?.










 @TUKANGLAWAN  Geram pada FAM, "Majulah sukan untuk FAM".



"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk  menangkan  BN"

Mat Sabu, Mat Indera, Umno dan 2 Fatwa

| comments



Bila Mat Sabu angkat Mat Indera sebagai wira... puak umno cukup meroyan

Maka terpekik terlolonglah puak-puak rejim umnoapco. mempertikai apa yang diucapkan naib presiden PAS itu..maka Mat Sabu dituduh buta sejarah, cuba mengangkat seorang komunis menjadi wira kata puak umnoapco itu lagi...


Tapi sebenarnya puak umnoapco nei bukan sahaja buta sejarah, malah tuli dan gila barangkali,

Tak tahu kah mereka Berita Harian pernah siar artikel yang mengangkat Mat Indera sebagai pejuang?

Tidak pula akhbar itu dikecam, tidak pula keluar puak-puak umnoapco meroyan-royan menunjukkan gilanya mereka.

Tapi bila pemimpin pembangkang sampaikan perkara sama, Tampil lah puak umnoapco dengan keris kontot meroyan-royan menunjukkan mereka memang gila,



Puak umnoapco ini sebenarnya hanya pandai menghentam dan menyalahkan pemimpin pembangkang, walhal mereka tidak mahu mengkaji terlebih dahulu sesuatu isu tersebut, asal saja pemimpin pembangkang berkata, bagi mereka semua salah.

Ini semua dilakukan sekadar nak nampakkan dimata masyarakat bahawa pemimpin pembangkang ini serba tak kena,


Namun yang lawaknya, pemimpin umnoapco (Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman) sendiri jadi penaung  sebuah yayasan yang menerbitkan buku menceritakan kehebatan Mat Indera.

Di akhir biografi ringkas Mat Indera di dalam buku tersebut, penulis ada menyebut:  

"Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? Mat Indera adalah seorang yang berani berjuang secara terbuka melibatkan jasmaninya, rohaninya, inteleknya, dan emosinya demi bangsa dan negara. Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi.

Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. 

Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang".





Baiklah, sekarang puak umnoapco nak guna fatwa yang mana satu?

Bila Mat Sabu kata Mat Indera pejuang, mati-mati puak umnoapco meroyan,mereka kata Mat Sabu menyokong komunis,tapi bila buku
biografi yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor menyatakan Mat Indera adalah pejuang dan wira orang johor.. apakah mereka mahu nafikan juga?



@TUKANGLAWAN  Lihat betapa bijaknya Mat Sabu dan betapa bodohnya pencacai umno.



"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"



 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit