Memaparkan catatan dengan label Manifesto. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Manifesto. Papar semua catatan

Terima kasih BN.. Berita tentang TOL.

| comments


Inilah hadiah teristimewa buat rakyat 1Malaysia dari kerajaan umnoapco barisan nasional. khasnya buat pengguna sering menggunakan laluan cheras - kajang,

Sudah sinonim dengan kerajaan umnoapco barisan nasional ini, tiada barang atau perkhidmatan yang tidak dinaikkan harganya., rekod  pencapaian umnoapco memang sangat jelas menyatakan hal itu.

Minyak naik lalu bawak harga barangan naik, makanan tiba-tiba jadi mahal,. sayur , ikan dan barang mentah sudah tidak macam dulu, anak-anak kebulur tak dapat zat makanan yang cukup. kemudian harga gula pula dinaikkan, walaupun baru naik beberapa sen saja, tapi kesannya sangat jelas, mungkin pak-pak menteri atau ketua cawangan umnoapco tidak la terbeban, projek mereka banyak, namun rakyat biasa nei macam mana?.

Itu belum lagi kira harga roti  naik, tepung naik, dan paling kejam harga roti pun naik juga. orang bujang, dulu kalau sebungkus mee segera baru 60sen harganya,kini dah berharga RM1. tu pun tak sedar lagi kew?.


Rata-rata penduduk malaysia nei bukanlah senang sangat, kos hidup makin naik ( hasil pentadbiran kerajaan umnoapco) tapi gaji kekal pada paras lama, pak menteri dan setiausaha cawangan umnoapco mana rasa, perojek sampingan mereka banyak.

Nak pulak sekarang, najib jadi PM, sebagai bini kepada rosmah.. mana dia tahu kesusahan rakyat, lahir dalam keluarga berada, perkara paling susah si najib pernah buat ialah kayuh basikal pegi beli nasi lemak.

Pernah ke najib rasa kesengsaraan hidup, naik bas pun naik bas yang layak panggil limosin besar, tak sama langsung dengan bas yang selalu dinaiki rakyat marhaen, lepas tu kecoh konon memahami hati dan kesengsaraan rakyat.

Memahami konon, menipu lebih umnoapco nei, mereka mudah lupa, rakyat sekarang tak mudah termakan gula-gula umnoapco.


Berbalik kepada isu tol ini, memang habis la penduduk sekitar kajang dan cheras nanti, PRU13 nei kalau BN menang lagi, umnoapco kata nak kikis poket rakyat lagi. tol nak dinaikkan.tindakan ini mungkin hasil tunjuk ajar syarikat penasihat israel, Datuk Shaziman Abu Mansor hari ini berkata, kadar tol di Lebuhraya Cheras-Kajang akan dinaikkan pada tahun 2013.

Paling best sekali ialah konsesi berkenaan juga dilanjutkan sehingga 2030 kali ini kerana konsesi berkenaan telah dilanjutkan selama dua tahun pada Disember 2002, kata menteri kerja raya rejim umnoapco tu lagi.. 

Maka selepas PRU13 nei, jika umnoapco menang lagi, maka rakyat bukan sahaja akan terbeban dengan bayaran ansuran kereta, rumah, cukai berbagai cukai, malah lebih teruk oleh kenaikan berlipat kali ganda barangan lain, kenaikan petrol, harga makanan, caj telekomunikasi dan khabarnya GST ( cukai perkhidmatan).

Sudah tentulah oleh kerana tekanan hidup berganda selepas itu, jenayah akan meningkat, masalah sosial akan meningkat dan berbagai masalah lain lagi akan timbul. terima kasih kepada umnoapco kerana menjadikan rakyat malaysia ini sebagai balaci untuk mengkayakan kroni mereka.

Cuma satu jalan sahaja yang kita ada untuk menghalang ini semua harus terjadi, kerajaan korup kurap umnoapco barisan nasional ini perlu dipencenkan oleh sekelian rakyat semua, semua kita harus keluar mengundi pakatan rakyat untuk menghalang umnoapco terus angkuh memegang kuasa dan memperbodohkan rakyat.

Tapi kita tak perlu risau sangat, kerana najib sering buat "magic". disaat berita ini nanti mula panas, najib akan jadi hero dengan menyatakan dia perihatin tentang masalah rakyat, dan kerajaan umnoapco sedia memansuhkan tol pula. contoh yang ada ialah bila syarikat talikomunikasi mahu kenakan cukai 6% sebelum ini. akhirnya najib muncul dan jadi perwira, kononnya dia lah penyelamat dalam keadaan runcing itu.

Ahahaha.. tak apa lah najib, apa pun rakyat mahu bangkit pencenkan umnoapco, dan mungkin selepas itu najib atau rosmah boleh berehat di tempat yang sepatutnya, mungkin juga menteri kabinet umnoapco sekarang boleh turut serta sekali..

Kalau rakyat mahu tengok itu terjadi, jom pencenkan umnoapco.



@TUKANGLAWAN Sedang belek 10 janji pakatan rakyat, antaranya hapuskan tol .




"Umno dan be-End Makin terdesak dan mengarut, polis dan SPR dan kini JPN  dipergunakan untuk kekalkan kuasa mereka"



Kenapa harus undi Pakatan rakyat?

| comments

Rakyat negara ini tidak perlu teragak-agak untuk memberikan undi kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang kerana jika peluang itu diberikan, semua pihak boleh melihat sendiri perubahan yang akan dilakukan hanya dalam masa 100 hari pemerintahannya dengan perubahan awalnya tertumpu kepada 10 perkara asas bagi kepentingan semua pihak.

Sebaik sahaja Pakatan Rakyat diberikan peluang memerintah negara, perkara pertama yang akan dilakukan dengan mengheret perasuah-perasuah negara ke muka pengadilan, bagi membersihkan negara dari amalan rasuah yang akan merosakkan masyarakat dalam pelbagai aspek.

Setelah itu, ia akan disusuli dengan langkah kedua iaitu menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ternyata merupakan akta zalim dan tidak menepati kehendak Islam, manakala langkah ketiganya pula menstrukturkan semula pinjaman PTPTN bagi memudahkan para pelajar meneruskan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan, selain itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan terus menyusun langkah keempat yang melibatkan dasar media dengan memperkenalkan akta kebebasan maklumat iaitu dengan melonggarkan proses permohonan akhbar, majalah atau media yang kini ternyata amat ketat.

Menurut beliau, sekiranya rakyat negara ini memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah negara, setiap pihak turut berpeluang melihat kemampuan Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negara dengan lebih baik berbanding Kerajaan BN dalam pelbagai perkara lain termasuk yang melibatkan kebajikan kepada warga emas.

"Kita tidak akan cakap kosong. Sesiapa pun boleh melihatnya. Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara, langkah kelima yang akan kita lakukan dengan memberikan keutamaan kepada kebajikan kepada warga emas, iaitu dengan menaikkan kadar bantuan kepada golongan warga emas kepada kadar yang boleh melegakan kehidupan mereka berbanding kadar sekarang yang tidak seberapa," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Selain itu, katanya, langkah keenam yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dengan memperkenalkan dasar kemudahan kebajikan WiFi kepada seluruh rakyat negara ini secara percuma, bagi membolehkan orang ramai mengakses internet dengan lebih mudah.

"Langkah ketujuh pula yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang boleh dilihat oleh orang ramai dalam tempoh 100 hari pemerintahannya berupa janji kita kepada orang ramai untuk mempertingkatkan pendapatan seisi rumah sebanyak RM4,000 sebulan.

"Manakala langkah kelapan yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pula ialah dengan memperkukuhkan institusi agama selaras dengan artikel 3 Perlembagaan Persekutuan," jelasnya.

Tidak sudah dengan itu, Kerajaan Pakatan Rakyat turut berjanji akan melaksanakan langkahnya yang kesembilan dengan memperbanyakkan dialog-dialog agama bagi mewujudkan persefahaman dan mengelakkan ketegangan agama di antara pelbagai penganut agama di negara ini.

"Langkah kesepuluh yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dengan menjadikan polis, SPRM dan SPR sebagai badan yang betul-betul bebas dan tidak berpihak kepada sebarang pihak," tegasnya.

Menurut beliau, kesemua perkara yang digariskan itu bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat jika diberi peluang memerintah negara kerana ia sememangnya berada di bawah kerajaan pusat.

"Lebih jauh dari itu, sebahagian daripadanya sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat, sejajar dengan bidang kuasa kerajaan negeri.

"Antaranya termasuklah kebajikan kepada warga emas yang sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat termasuk Pulau Pinang, Kedah, Selangor, manakala Kelantan pula yang berada di bawah pemerintahan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah lama melaksanakannya.

"Begitu juga dengan langkah-langkah membasmikan kemiskinan. Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang berada di bawah Lim Guan Eng kini sudah pun berjaya menghapuskan kemiskinan tegar dengan program-program yang diadakan selaraskan dengan manifestonya.

"Hal yang sama turut giat dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan sejak dulu. Begitu juga dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan Kedah yang sedang berusaha keras ke arah itu yang juga boleh dilihat hasilnya oleh orang ramai dari semasa ke semasa, menerusi program-program yang diadakan secara berterusan," katanya.

Menjelaskan perkara itu, beliau mengambil contoh dasar telus, kompitensi dan bertanggungjawab yang dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat dalam usaha menjimatkan perbelanjaan awam sehingga tertubuhnya C.A.T. (Competency, Accountability, Transparency) di Pulau Pinang, Selcat di Selangor, dasar penjimatan oleh Kerajaan Kelantan yang berada di bawah pemerintahan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sehingga berkemampuan membayar hutang kepada Kerajaan Persekutuan.

Selain itu, beliau turut memberikan contoh bagaimana bijaknya Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang berada di bawah pemerintahan Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam perkara itu dengan mengemukakan bajet yang cukup membanggakan orang ramai bagi tahun ini.

"Hasilnya, Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah menerusi dasar berjimatnya, berhemahnya berjaya menyelamatkan pendapatan balak bagi kepentingan rakyat negeri itu sendiri," jelasnya.

Selain itu, beliau turut memberikan contoh tentang kemampuan dan usaha-usaha yang telah dilakukan kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat dalam mengukuhkan institusi agama, dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah memperuntukkan RM36 juta dalam bajetnya tahun ini.


Manakala Kerajaan Pakatan Rakyat Kelantan, Kedah dan Selangor, juga turut memberikan peruntukan yang besar dalam hal itu dan ia pasti akan terus diperkemaskan dari semasa ke semasa.

Mengenai dialog-dialog agama, walaupun kini belum berjaya memerintah negara, tetapi kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat, selaras dengan bidang kuasanya, telah pun mengadakannya dari semasa ke semasa termasuk di Kelantan dan ia ternyata berjaya mengelakkan berlakunya ketegangan agama dan memberikan persefahaman yang baik di kalangan penganut-penganut pelbagai agama di negara ini.

"Tentang dasar media, menghapuskan ISA dan perkara-perkara lain yang berada di bawah kerajaan pusat, kerajaan negeri tak bolehlah buat. Jadi kalau Pakatan Rakyat yang diberikan peluang oleh rakyat negara ini untuk memerintah negara, bolehlah kita buat dan orang ramai bolehlah melihat perubahan yang akan kita lakukan itu," tegasnya.

Buku Jingga: Sertailah debat, Pakatan pelawa lagi Najib

| comments

Pemimpin Pakatan Rakyat mengulangi pelawaan kepada Datuk Seri Najib Razak agar pentadbirannya menyertai perbahasan sama ada 10 inisiatif Buku Jingga pihaknya benar-benar akan menjadikan negara muflis, sebaliknya memanfaatkan rakyat dalam jangka panjang.

“Kalau Najib nak tahu sama ada negara akan bankrap, cara yang baik adalah mengizinkan pakar-pakar ekonomi membahaskan cadangan Buku Jingga bersekali dengan Pakatan Rakyat. Najib dan pimpinan BN dipersilakan hadir sama,” kata ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad dalam tulisan blognya.

Kepimpinan Pakatan Rakyat pernah memanjangkan pelawaan sedemikian kepada Najib, selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, awal tahun ini.

Bagaimanapun ia ditolak kepimpinan beliau.

Pakatan Rakyat memperkenalkan Buku Jingga dengan 10 inisiatif pada konvensyennya 19 Disember lalu.

Dalam tulisannya bertajuk “Mengapakah PM Najib takut sangat Buku Jingga ini?”, Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, pendekatan Buku Jingga adalah berpaksikan rakyat iaitu usaha memakmurkan dan mensejahterakan rakyat, sementara Pakatan Rakyat mahu menjana persaingan sihat dan meningkatkan daya saing dengan menamatkan amalan kronisme dan rasuah dalam sistem penyampaian.

“Kami bukan tidak mesra bisnes, tetapi bukan bisnes yang mengorbankan rakyat dan negara,” katanya.

“Kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat hari ini adalah buktinya! Buku terbitan kerajaan negeri Selangor 'The Road to Reform' adalah bukti terbaik bagi memberikan kesedaran kepada rakyat tentang pendekatan reformasi ekonomi politik kami secara ilmiah,” katanya lagi.

Laporan media terbaru mendakwa akhbar milik Umno, Utusan Malaysia memberi arahan khas untuk menghentam rancangan 100 Hari Pakatan Rakyat yang disenaraikan dalam Buku Jingga jika mereka berjaya menawan Putrajaya.

“Mengapakah BN tertekan dengan penampilan dan kehadiran Buku Jingga ini? Mengapakah Perdana Menteri Najib dan pimpinan BN takut sangat Buku Jingga ini?” katanya lagi.

“Secara tepat saya tak tahu. Mereka lebih tahu. Yang jelas bagi kami, Buku Jingga adalah respons dan penyelesaian untuk mengeluarkan negara dari krisis dan kemelut sosio-politik-ekonomi yang berpanjangan.

“Ia menampilkan satu persaingan dasar dan polisi sebagai penyelesaian alternatif,” kata beliau lagi.

Dzulkefly dalam tulisannya menyoal mengapa Najib menyerang Buku Jingga dengan tuduhan bahawa negara akan muflis atau bankrap.

“Muflis atau bankrap adalah kata-kata yang emotif dan sensasi yang cepat difahami rakyat. Jadi itulah cara paling kuno dan konvensional untuk Najib menyerang kami. Rakyat takut negara bankrap,” katanya,

Bagaimanapun katanya, keseluruhan program Buku Jingga jika dilaksanakan tidak sampai pun menelan RM19 bilion.

“Tidak dengan itu negara akan bankrap. Negara pastinya bankrap dengan hutang kerajaan pusat dan GLC yang mencecah 60 peratus KDNK dan terus meminjam lagi.

“Tahun ini kerajaan akan menerbitkan RM82 bilion bon dan sukuk. Sebahagian diguna untuk bayar hutang dan kupon bon yang telah matang,” katanya sambil menambah, “bankrap mungkin, tapi bukan kerana Buku Jingga.”

“Pahang dan Johor mungkin bankrap kerana hutang, tidak Selangor dan Pulau Pinang dan tidak juga Kedah dan Kelantan,” jelas beliau.

Dzulkefly juga menulis, “betul ia adalah dokumen kecil, tetapi ia mengandungi penegasan dasar, pendekatan strategik dan sekali gus Program 100 kerajaan Pakatan Rakyat, andainya kami mengambil alih pemerintahan di peringkat Persekutuan.”

Bekas pengarah unit penyelidikan PAS pusat ini menambah, pihaknya bukan sahaja bercakap tentang pertumbuhan dan pendapatan per kapita tetapi memastikan pertumbuhan mapan dan berakhir dengan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

“... antara lain dengan agihan kekayaan negara yang adil dan rakyat dapat meningkatkan pendapatan boleh berbelanja, yang tidak ditelan oleh inflasi.

“Kami lakukan reformasi politik bersekali dengan peralihan struktural dengan mendekati isu contohnya, subsidi dan kaedah penswastaan yang tidak akan membebankan rakyat dan menguntungkan kroni semata-mata,” kata anggota Dewan Rakyat ini.

Dzulkefly menulis, kepimpinan Pakatan Rakyat juga mendekati perkara itu dengan menentukan keutamaan dalam pelaburan kerajaan berpandukan ‘fiqh Al-Awlawiyyat'.

“Nak bina Menara Warisan (100 tingkat dengan dana RM5 bilion) ke atau nak mendayakan rakyat dengan memberikan perkhidmatan asas dengan harga yang munasabah. Ini kesemua adalah keputusan politik dan komitmen politik.

“Tetapi Najib-BN hanya bercakap tentang projek mega, mutakhir kereta api laju ke Singapura, dulu Bakun yang hingga kini tak ada pembeli tenaganya,” katanya lagi.

Malah kata beliau, Pakatan Rakyat juga merungkaikan masalah perbezaan pembangunan wilayah dengan pendekatan desentralisasi polisi fiskal dengan mendayakan pihak negeri dalam isu royalti dan peruntukan per kapita yang lebih adil untuk kerajaan negeri dalam amalan federalisme yang lebih demokratik.

“Bukan seperti yang ‘rompakan’ yang dilakukan atas royalti minyak negeri Kelantan dengan mencerobohi kesucian perjanjian yang menakutkan pelabur asing dan tempatan,” katanya lagi.

Lynas, Kesal sikap najib

| comments


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh kesal dengan keengganan Perdana Menteri menerima memorandum bantahan berhubung pembinaan loji ‘rare earth’ yang mengeluarkan sisa buangan radioaktif.
Memorandum disertai petisyen “Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia” yang ditandatangani penduduk Kuantan itu sepatutnya diserahkan kepada pegawai di Pejabat Perdana Menteri.
Fuziah menyifatkan keenganan  itu membuktikan  Datuk Seri Najib Tun Razak mengetepikan soal keselamatan rakyat dan bertentangan dengan slogan ‘Rakyat Didahulukan,  Pencapaian diutamakan’, yang dilaungkan selama ini.
“Apalah salahnya kalau dia hantar wakil untuk terima petisyen bantahan tersebut. Ini menunjukkan beliau tidak prihatin dengan tuntutan rakyat malah mengenepikan keutamaan serta keselamatan rakyat.
“Bukan sahaja tak hantar wakil, malah delegasi yang dianggotai seramai 10 orang di kalangan penduduk tempatan termasuk NGO di Parlimen pagi tadi tidak dilayan,” kata Fuziah kepada Keadilan Daily.
Mereka berhimpun secara aman di perkarangan luar Parlimen sambil mengedar risalah serta lencana kepada Ahli Parlimen dan Menteri, menuntut supaya nyawa  dan kesihatan penduduk Kuantan tidak dipertaruhkan dengan pembinaan loji berkenaan.
Memorandum itu merupakan salah satu kempen kesedaran yang diusahakan Fuziah  bagi mendedahkan kepada penduduk  tentang risiko radiokatif yang dihasilkan kilang tersebut.
“Hampir 90 peratus sambutan positif diterima daripada penduduk bandar Kuantan yang mahu pembinaan loji tersebut dihentikan serta merta.

10 Janji PAKATAN RAKYAT dalam tempoh 100 hari

| comments

Bahawasanya PAKATAN RAKYAT berjanji akan melaksanakan 10 perkara ini dalam tempoh 100 hari jika diberi kuasa untuk memerintah malaysia pada PRU 13 akan datang
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit