Memaparkan catatan dengan label Mahkamah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mahkamah. Papar semua catatan

100 Peguam untuk Bantu Lawan Saman AES

| comments (2)

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar hari ini menyeru orang ramai tidak membayar saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), sebaliknya hadir mempertahankan diri di mahkamah.
Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (KASE) itu berkata, pihaknya sudah menyediakan lebih 100 peguam untuk membantu orang ramai yang menjadi mangsa sistem pemantauan trafik itu, lapor Harakahdaily.


"Kerajaan perlu tarik balik saman yang telah dikeluarkan sejak 13 Oktober 2012.

"Jika kerajaan enggan berbuat demikian saya seru mereka yang sudah menerima saman AES untuk tidak membuat bayaran kompaun sebanyak RM300 itu, ikut arahan yang tertera di kertas saman untuk pergi ke mahkamah dan KASE sedia beberapa orang peguam untuk bantu dalam kes ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Ahli parlimen Pokok Sena itu turut berkata, saman yang dikeluarkan mengelirukan apabila terdapat saman yang diterima menggunakan seksyen79(2) tetapi kesalahan dinyatakan sebagai melebihi had laju.
"Seksyen ini bukan berkaitan had laju tetapi pelanggaran arahan dan isyarat lalu lintas. Di kertas saman itu juga tertera kompaun minima adalah RM300, tetapi sebenarnya adalah tidak melebihi RM500.

"Mengikut seksyen ini juga pengguna jalan raya boleh menggunakan budi bicara mahkamah yang mana kemungkinan kompaun itu boleh dikurangkan menjadi RM50 atau boleh dibebaskan dengan amaran. Saman ini celaru dan keliru, oleh itu jangan bayar kita sedia peguam," beliau dipetik sebagai berkata.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Kes Rayuan Pembunuhan Altantuya Ditangguhkan Sebab bn Takut Kalah.

| comments (1)

Pendengaran kes rayuan dua anggota polis yang dihukum mati kerana membunuh Altantuya Shaariibuu, ditangguh berikutan pilihan raya umum ke-13 kian dekat.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin, berkata  Umno BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak takut sokongan terhadap kerajaan menjunam jika kes rayuan itu diteruskan sebelum PRU 13.

Apatah lagi, katanya, pendengaran rayuan itu mungkin mendedahkan dalang sebenar pembunuhan yang mendapat liputan di peringkat antarabangsa.

Ada kemungkinan dua anggota polis yang dihukum mati itu akan menggunakan peluang untuk membela diri mereka. Mereka dijadikan kambing hitam dan mungkin mahu tegakkan keadilan untuk mereka,” katanya.

Semalam, Mahkamah Rayuan menangguh pendengaran kes rayuan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Lans Koperal Sirul Azhar Umar yang dihukum mati kerana pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada Oktober 2006.

Sebelum ini, kes rayuan yang dijadual didengar pada Ogos ditangguh sebelum tarikh baru ditetapkan pada 31 Oktober dan 1 November lalu.

Bagaimanapun, peguam, Hazman Ahmad yang mewakili Azilah Hadri ketika dihubungi Malaysia Kini, menyatakan tiada tarikh baru ditetapkan.

Pada April 2009, Azilah dan Sirul dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altantuya selepas perbicaraan selama 159 hari yang turut melibatkan Razak Baginda – rakan baik Perdana Menteri.

Jasad Altantuya diletup mengggunakan C4 di kawasan belukar, Jalan Puncak Alam pada Oktober 2006.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Shamsul juga tidak terkejut jika kes rayuan itu ditangguh lagi selagi PRU 13 belum dijalankan.

Ini memperkukuh dakwaan betapa kes ini adalah perbicaraan politik bagi menutup dalang di sebalik pembunuhan,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan penangguhan itu sebenarnya alasan untuk menutup kes secara senyap dari pengetahuan rakyat.

Tengok skandal melibatkan Shahrizat. Mereka sengaja lengahkan perbicaraan. Begitu juga kes ini yang seakan-akan mahu menyelamatkan Perdana Menteri dan isteri,” katanya.

Bagaimanapun, kata Shamsul, penangguhan itu tidak berguna jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya kerana sesiapa jua yang bersalah bakal menerima hukuman setimpal.

Pakatan tak memandang remeh kes pembunuhan itu kerana ia melibatkan nama baik negara. Kita tidak teragak-agak untuk heret orang yang terlibat sekalipun Najib Razak,” katanya.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Akhirnya Khir Toyo Minta Maaf, Umno Kene Teruk Kali Ini

| comments

Reputasi umno hancur dikerjakan khir toyo, semua gara-gara tindakan bekas menteri selangor  dari umno yang terpalit skandal banglo mewah itu minta maaf kerana memfitnah Exco Kerajaan Negeri Selangor Liu Tian Khiew atau Ronnie Liu 

Khir toyo dalam satu artikel yang disiarkan dalam China Press bertarikh 5 Mei 2008 memfitnah Ronnie Liu itu kononnya menghalang pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan terhadap sebuah tempat yang dikatakan menjadi pusat maksiat di Puchong.

Khir toyo yang masih bebas walaupun sudah dibicarakan atas skandal banglo itu hari ini terpaksa ke mahkamah untuk membuat permohonan maaf terbuka di mahkamah dengan membaca kenyataan yang disediakan dalam bahasa Inggeris dan kemudian Bahasa Malaysia.

Rosak reputasi umno hari ini, sah segala yang dicanangkan mereka termasuk di media massa dan melalui blogger mereka selama ini hanya fitnah.

Khir toyo minta maaf secara terbuka, kerana jika perbicaraan dijalankan ia akan jadi lebih panas, dan jika perbicaraan dijalankan besar kemungkinan khir bukan setakat hilang maruah, malah mungkin akan hilang wang.

Maka khir sudah tidak peduli pada umno lagi, permohonan maaf terbuka ini satu tamparan buat umno, hari ini umno kene teruk sekali, jelas bekas menteri besar umno ini fitnah Ronnie liu untuk jatuhkan imej pemimpin Pakatan Rakyat semata-mata.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Musa Hassan Batal Saman, Kenapa Tak Teruskan?

| comments

Perbicaraan insiden kes mata lebam oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akibat dibelasah ketika dalam tahanan polis 14 tahun lalu yang dijadual bermula hari ini dibatalkan, setelah Tan Sri Musa Hassan menarik balik saman fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN itu pagi semalam.

Penarikan balik saman oleh bekas Ketua Polis Negara itu adalah berkaitan laporan polis oleh Anwar berhubung pemalsuan bukti dalam perbicaraan kes Fitnah 1.

Ia direkodkan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Asmabi Mohamad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang penuh sesak dipenuhi penyokong Anwar.

Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican yang mewakili Musa. memaklumkan kepada Asmabi mengenai penarikan balik saman tersebut.

Peguam Latheefa Koya yang mewakili Anwar berkata, penarikan balik saman tersebut membuktikan tuduhan fitnah ke atas Anwar tidak berasas.

Musa Hassan telah tarik balik saman beliau kerana berpuas hati dengan semua kenyataan Datuk Seri (Anwar) selama ini, jadi tiada kes untuk diteruskan,” katanya.

Jelas apa yang dipertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang konspirasi dan fitnah itu benar, kerana Musa Hassan telah menarik dakwaan beliau,” kata seorang lagi peguam, N Surendran ketika ditemui.

Sepatutnya, Surendran akan mula menyoal balas Musa pagi ini dalam kes saman ke atas laporan polis berkenaan pemalsuan keterangan laporan perubatan oleh beliau dan Ketua Pasukan Pendakwa Raya, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Merujuk laporan Keadilan Daily sebelum ini, Surendran berkata, sehingga hari ini, tidak ada siasatan bebas mengenai penglibatan Umno BN dalam serangan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada malam 20 September 1998 oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Selepas 14 tahun, serangan mengerikan itu masih menjadi trauma seluruh negara,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.

Surendran berkata, ketika ditangkap, Anwar diikat tangan, ditutup mata, ditampar dan ditumbuk berulangkali sehingga jatuh ke lantai.

Dalam keadaan separuh sedar, darah keluar dari mulut dan hidung, Anwar dinafikan hak mendapat rawatan. Malah dipaksa menandatangani perintah tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri).
“Pegawai tertinggi polis ada di tempat kejadian. Namun tidak seorang pun yang mengambil tindakan membuat laporan,” ujarnya.

Pada malam tersebut, Anwar ditangkap secara salah oleh pasukan khas polis yang menerima arahan kerajaan Umno BN diketuai Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad ketika itu.

Tangkapan dan serangan itu sebahagian dari perancangan Umno BN mensabitkan Anwar dengan salah laku seks dan pertuduhan rasuah, selepas beliau dipecat pada 2 September 1998.

Namun kes berkenaan mendapat liputan meluas antarabangsa dan desakan berterusan mengheret Rahim  ke penjara serta dipecat dari jawatannya sebagai ketua nombor satu dalam PDRM.

Lebih teruk, kata Surendran, Anwar hanya diberi rawatan selepas empat hari serangan dan dalam keadaan itu, beliau dipaksa memberi keterangan.
Pada 1 Oktober 1998, Dr Mahathir berbohong kepada rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa kecederaan itu dilakukan Anwar sendiri,” katanya.

Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Mat Zain Ibrahim sebelum ini mengesahkan bukti-bukti yang digunakan terhadap Anwar dalam kes Fitnah 98 dipalsukan.

Mat Zain, pegawai yang menyiasat insiden mata lebam Anwar itu membuat pendedahan tersebut dalam surat-surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara sekarang, Tan Sri Ismail Omar.
Beliau mengesahkan pemalsuan bukti itu dilakukan pegawai penyiasat polis pada masa itu, Musa dan Ketua Pasukan Pendakwa Raya, Gani.
 
Dalam surat terbuka kepada Ismail 12 September 2011, Mat Zain menyatakan pemenjaraan Anwar adalah ketidakadilan yang dirancang Musa dan Gani.

Pemalsuan bukti diperoleh berdasarkan perbezaan di antara fail rasmi kes pada tahun 1998 dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir di dalam autobiografinya, ‘A Doctor in The House’.
Beliau mendedahkan Musa dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Yusof, ‘mencuri’ sampel darah Anwar daripada doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Zahari Noor sewaktu siasatan peristiwa mata lebam dibuat.

Mat Zain mengakui bertemu dan berinteraksi dengan watak utama dalam konspirasi ini, termasuk Mahathir, Gani dan Musa selain pesuruhjaya Suruhanjaya Diraja Siasatan insiden mata lebam.
Surendran menambah, Umno BN terus memanipulasi undang-undang dengan memperalatkan polis apabila mensabitkan Anwar dengan kes Fitnah II.

Serangan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri dan campur tangan pihak tertinggi membuktikan tidak ada rakyat Malaysia yang selamat di bawah Umno BN,” katanya.

Bagaimanapun, mahkamah membebaskan Anwar daripada tuduhan Fitnah II pada 9 Januari lalu.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Mahadey Dan Najib Terlibat Kes PKFZ ?, Wajib Hadir Mahkamah

| comments

Mantan Perdana Menteri, mahathir mohamad najib razak wajib hadir memberi keterangan dalam perbicaraan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di mahkamah.

Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, kedua-duanya, termasuk Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak boleh memberi alasan untuk lari daripada undang-undang.

 Beliau mengulas keterangan bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik bahawa ketiga-tiga mereka mempunyai kepentingan peribadi dalam projek itu.

Namun, Fuziah tidak menolak kemungkinan mereka memilih untuk berdiam diri dan tidak hadir dalam perbicaraan.

Kita perlu ingat ketika kes Fitnah 1 pada tahun 1998, Mahathir juga disapina oleh peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim namun beliau tidak hadir.

“Mahathir manusia yang kebal dari undang-undang, malah beliau mengatasi undang-undang yang ada dan kesinambungan kekuasaan mutlak  itu diteruskan Najib.

“Jadi saya tidak terkejut jika mereka memilih untuk tidak hadir,” katanya
.
Akhbar Sinar Harian semalam melaporkan 3 Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Razak dan Tun Abdullah Ahmad Badawi akan disapina untuk memberi keterangan dalam perbicaraan skandal PKFZ membabitkan mantan Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik.

Dr Ling didakwa atas satu tuduhan utama dan satu tuduhan pilihan menipu kerajaan Malaysia dengan mengelirukan Jemaah Menteri untuk memberi persetujuan terhadap pembelian tanah di Pulau Indah, Pelabuhan Klang.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu antara 25 September 2002 dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.

Mengikut pertuduhan utama, Dr Ling didakwa menipu kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit