Kes Rayuan Pembunuhan Altantuya Ditangguhkan Sebab bn Takut Kalah.

| comments (1)

Pendengaran kes rayuan dua anggota polis yang dihukum mati kerana membunuh Altantuya Shaariibuu, ditangguh berikutan pilihan raya umum ke-13 kian dekat.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin, berkata  Umno BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak takut sokongan terhadap kerajaan menjunam jika kes rayuan itu diteruskan sebelum PRU 13.

Apatah lagi, katanya, pendengaran rayuan itu mungkin mendedahkan dalang sebenar pembunuhan yang mendapat liputan di peringkat antarabangsa.

Ada kemungkinan dua anggota polis yang dihukum mati itu akan menggunakan peluang untuk membela diri mereka. Mereka dijadikan kambing hitam dan mungkin mahu tegakkan keadilan untuk mereka,” katanya.

Semalam, Mahkamah Rayuan menangguh pendengaran kes rayuan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Lans Koperal Sirul Azhar Umar yang dihukum mati kerana pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada Oktober 2006.

Sebelum ini, kes rayuan yang dijadual didengar pada Ogos ditangguh sebelum tarikh baru ditetapkan pada 31 Oktober dan 1 November lalu.

Bagaimanapun, peguam, Hazman Ahmad yang mewakili Azilah Hadri ketika dihubungi Malaysia Kini, menyatakan tiada tarikh baru ditetapkan.

Pada April 2009, Azilah dan Sirul dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altantuya selepas perbicaraan selama 159 hari yang turut melibatkan Razak Baginda – rakan baik Perdana Menteri.

Jasad Altantuya diletup mengggunakan C4 di kawasan belukar, Jalan Puncak Alam pada Oktober 2006.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Shamsul juga tidak terkejut jika kes rayuan itu ditangguh lagi selagi PRU 13 belum dijalankan.

Ini memperkukuh dakwaan betapa kes ini adalah perbicaraan politik bagi menutup dalang di sebalik pembunuhan,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan penangguhan itu sebenarnya alasan untuk menutup kes secara senyap dari pengetahuan rakyat.

Tengok skandal melibatkan Shahrizat. Mereka sengaja lengahkan perbicaraan. Begitu juga kes ini yang seakan-akan mahu menyelamatkan Perdana Menteri dan isteri,” katanya.

Bagaimanapun, kata Shamsul, penangguhan itu tidak berguna jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya kerana sesiapa jua yang bersalah bakal menerima hukuman setimpal.

Pakatan tak memandang remeh kes pembunuhan itu kerana ia melibatkan nama baik negara. Kita tidak teragak-agak untuk heret orang yang terlibat sekalipun Najib Razak,” katanya.


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
28 Oktober 2012 pada 8:48 PG

jika najib terlibat,hukumn bunuh ntuk dy gak

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit