Memaparkan catatan dengan label Kroni. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kroni. Papar semua catatan

Eskay punya kaitan dengan pemisah thai - wikileak

| comments



KUALA LUMPUR: Laman web WikiLeaks  telah membocorkan maklumat bahawa salah seorang Trio Datuk T, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mempunyai hubungan dengan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad. 

Malah lebih mengejutkan Eskay juga dikatakan mempunyai pengetahuan dan kaitan dengan gerakan pemisah Thailand yang berselindung di Malaysia.

Eskay berkongsi maklumat mengenai pergerakan kumpulan pemisah tersebut dan aktiviti yang dijalankan kepada pegawai kedutaan AS berpangkat tinggi, dalam satu  mesyuarat yang diadakan pada 5 Febuari 2006.
Butiran mesyuarat itu dihantar dalam satu kabel rahsia oleh Penasihat Politik Mark D Clark kepada Jabatan Negara AS di Washington, sebelum  dibocorkan oleh WikiLeaks.

“Eskay boleh muncul dan berhubung dengan kumpulan pemimpin-pemimpin lama pemberontak dan kumpulan simpati dari selatan Melayu Thailand.
“Pandangannya tentang pemberontakan ialah yang paling terperinci kami pernah dengar sepanjang lima hari perjalanan di utara Malaysia dan dijejaki dengan tepat berdasarkan maklumat dan pendapat-pendapat daripada pihak yang dipercayai.
“Beberapa rakyat Malaysia mencurigai Eskay dengan pertubuhan pemisah Melayu dan mengatakan Eskay telah terlibat dalam perniagaan kontroversi pada masa lalu,” kabel itu dipetik.

Eskay yang  merupakan bekas Konsulat terhormat Thailand di Malaysia menggemparkan negara pada Mac lalu apabila menayangkan satu rakaman video lucah mengaitkannya dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau terlibat bersama bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik yang juga penyokong setia Mahathir dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.

Pimpinan Pakatan Rakyat mengecam usaha tersebut sebagai satu lagi siri konspirasi terhadap Anwar.
Ia dibuktikan apabila kerajaan bertindak melindungi mereka, termasuk tidak ada tangkapan terhadap blogger yang menyebar video lucah terbabit.

Eskay juga terlibat dalam kes saman terhadap pengarah urusan Merong Mahawangsa Sdn Bhd terhadap projek jambatan bengkok yang menghubungkan Johor dan Singapura- salah satu ilham Dr Mahathir.

@TUKANGLAWAN Mintak semua orang renung kembali peribadi si eskay ini, dia boleh digambarkan sebagai seorang peniaga yang akan menghimpit siapa saja untuk kepentingan diri, sanggup lakukan apa saja demi wang ringgit , malah eskay juga adalah lalang, ingatlah betapa bahayanya orang seperti ini.

Susu 1 malaysia buat pelajar sakit perut

| comments

Tukang lawan siarkan artikel berkaitan susu sekolah sebelum ini sila baca disini dan tukang nak ulas lagi betapa bahanya perkara ini jika projek ini jatuh kepada kroni.





KUANTAN, 20 Mei - Pendedahan Pahang Daily Online (PDO) berkaitan lebih 50 orang murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kwang Hwa dan 20 murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kong Min dekat sini muntah-muntah, sakit perut dan cirit-birit selepas meminum susu sekolah "1Malaysia" pada 18 Mei lalu benar-benar telah mengejut semua pihak terutamanya Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP). Khabarnya semalam, rombongan JPNP telah membuat tinjauan ke sekolah terbabit untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang insiden ini. Malah, mereka terkejut kerana ia didedahkan di blog ini sedangkan pihak media sebenarnya masih belum dapat menghidu kejadian pada hari itu. Paling mendukacitakan, terdapat maklumat mengatakan pihak JPNP cuba menyiasat siapakah "guru" yang telah menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak kami. Mereka sepatutnya menyelesaikan masalah yang mengganggu para pelajar itu, sebaliknya mereka pula cuba untuk menyiasat pemberi maklumat yang berkenaan. Soalnya, kenapa mereka mahu menjejaki pemberi maklumat sedangkan pokok utamanya ialah menyelesaikan masalah yang berlaku. Kami tidak teragak-agak akan mendedahkan nama-nama pengawai terbabit jika mereka terus menekan pihak sekolah mendedahkan siapakah yang memberikan maklumat berkenaan insiden itu. Kami cuba menyiasat rahsia besar disebalik isu susu sekolah 1Malaysia yang menjadi kontroversi ini.

Projek susu sekolah untuk kroni - awas susu ini merbahaya

| comments

Jika anda seusia dengan tukang lawan, anda tentu ingat lagi akan projek susu sekolah, tahukah anda projek susu dilaksanakan hampir di seluruh dunia sehingga sekarang termasuklah dinegara kita.

Matlamat asal pemberian susu ini sebagai makanan tembahan ialah untuk membekal kan khasiat yang terkandung didalam susu tersebut untuk membantu pembesaran kanak-kanak
kerana ianya didapati amat berkesan dan membantu perkembangan fizikal dan mental



Iran adalah negara yang mengeluarkan perbelanjaan tertinggi di dunia untuk menjayakan projek susu sekolah ini. Kejayaan projek susu sekolah di China dan Thailand umpamanya telah melahirkan generasi muda yang lebih tinggi dan tegap, begitu juga di Eropah dan Amerika.

Tetapi khabarnya dimalaysia matlamat utama program ini bukan untuk memberi khasiat pemakanan kepada pelajar sekolah rendah, tetapi hanya memberi projek dan kekayaan kepada kroni pak menteri yang rata-rata telah lanjut usia.

Satu sumber memberitahu akan sebuah syarikat yang mendapat projek membekal susu pada kanak-kanak di sekolah-sekolah negeri pahang adalah milik kroni najib sendiri, dan kita semua telah tahu akan kesan buruk jika sesuatu projek itu diberikan kepada kroni mereka, perkara utama yng harus dipertimbangkan ialah kualiti barangan tersebut,

Sumber menyatakan Susu yang dikotakkan itu diimport dari Korea ,dan apa yang amat meragukan ialah kos membeli susu tersebut daripada pembekal susu tersebut begitu murah berbanding susu yang dibekalkan dari Sabah atau kawasan lain di negara kita.

Bayangkan susu yang dimport dari Korea lebih murah dari susu tempatan?. Sungguh tidak masuk akal dan pasti ada sesuatu yang tidak betul berkaitan kualiti susu dari Korea

Besar kemungkinan susu yang dibeli dari Korea sudah hampir tamat tempoh dibekalkan oleh syarikat terbabit (yang dapat projek susu 1Malaysia). Kerana dipercayai pihak syarikat berkenaan telah pergi ke seluruh kilang susu di Malaysia untuk mendapat harga yang paling murah tetapi tiada syarikat di Malaysia yang sanggup membekalkannya. Lantaran itulah mereka terpaksa import susu dari Korea yang kualitinya diragui.

Bayangkan jika anak anda atau kaum keluarga anda meminum susu itu, apa yang dikhutiri ialah ianya mungkin memudaratkan kesihatan, malah lebih teruk ialah keracunan makanan.

Kos keseluruhan untuk projek ini dikatakan berjumlah mencecah RM700 juta ringgit, dengan jumlah kewangan sebanyak itu, seharusnya susu tersebut sudah tentu susu terbaik yang boleh didapati, susu yang menjamin pembesaran yang bagus. Bukan susu terbuang yang mungkin akan memudaratkan.

Sumber mengatakan projek tersebut sebenarnya dimonopoli oleh kroni pemimpin tertinggi UMNO sendiri iaitu bagi wilayah selatan kroni TPM Muhyiddin Yassin, bagi negeri Pahang dan wilayah tengah pula diberikan kepada kroni PM Najib Razak

Soalnya, jika benar dakwaan itu maka wajarlah ia ditamatkan serta merta kerana jelas sekali mereka sanggup menipu rakyat dalam hal ini. Lebih mengejutkan susu tersebut juga tidak mempunyai tanda halal JAKIM yang telah disahkan.

@TUKANG LAWAN takut nak minum susu sekarang, takut sumbernya diragui, mana lah tahu susu sudah nak tamat tempuh lalu dicampur pengawet mayat pulak untuk buat susu tu tahan lama, mana lah tahu, orang kalu asyik fikir duit dia takkan fikir bende lain... khabarnya juga susu tepung dah naik harga.. betul kew?

19 Kroni najib didedahkan oleh wikileak

| comments (2)



KUALA LUMPUR, 19 Mei — Kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS), yang terbocor dan disiarkan oleh Malaysia Today hari ini menyenaraikan 19 pemimpin bisnes utama sebagai “aktor-aktor berpengaruh” dalam kitar politik Datuk Seri Najib Razak — dua tahun selepas menjadi perdana menteri.

Najib kini berada di AS sempena lawatan kerja.

Maklumat kabel itu, yang ditulis oleh kaunselor politik Mark D. Clark untuk membantu Jabatan Negara AS meneliti pentadbiran dan keputusan-keputusan dasar Najib , adalah yang pertama diterbitkan menerusi Malaysia Today, kendalian Raja Petra Kamarudin, selepas ia menandatangani memorandum persefahaman dengan Wikileaks, Isnin lalu.

Pengerusi Ethos Capital Rohana Mahmood mengetuai senarai personaliti korporat.

Maklumat yang diterbitkan menunjukkan Rohana ada hubungan dengan kebanyakan syarikat yang berhubung kait dengan Najib, yang sebelum ini merupakan menteri pertahanan.


Pada 2008 Najib dilantik sebagai menteri kewangan, portfolio yang disandang sehingga kini.

Antara 19 pemimpin bisnes yang disenaraikan, Rohana sangat berkait rapat dengan kepentingan-kepentingan komersial keluarga Najib.

Rohana bersama pembantu rapat Najib, Abdul Razak Baginda, yang dibebaskan daripada kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu, menubuhkan Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia — badan pemikir yang menasihati beliau masa-masa lalu.

Pihak pembangkang seringkali mendakwa Altantuya, yang membantu dalam urusan pemerolehan kapal selam Scorpene bernilai RM3 bilion (AS$1 bilion), dibunuh disebabkan hubungannya dengan Najib, dakwaan yang dinafikan oleh perdana menteri.

Turut disertakan dalam senarai itu ialah pemilik MMC Corp Bhd, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corp Bhd dan Pengerusi Hong Leong Group Quek Leng Chan.

Syed Mokhtar Albukharry... mempunyai operasi bisnes yang signifikan dalam konstituensi Najib dan sektor pertahanan,” kata kabel itu.

The Malaysian Insider difahamkan Syed Mokhtar muncul sebagai penyumbang utama dana kepada Umno selepas ahli-ahli perniagaan Cina tempatan keberatan ekoran kekurangan kontrak di bawah pentadbiran Najib.

Syed Mokhtar memperluaskan empayar bisnesnya dengan memperoleh Pos Malaysia dan projek MRT Lembah Klang baru-baru ini.

Turut disenaraikan ialah:

• Pengarah urusan Khazanah Nasional Azman Mokhtar;

• Pengarah Khazanah Mohamed Azman Yahya, pengasas dan ketua eksekutif Symphony House Bhd;

• Pengerusi dan ketua eksekutif Johan Holdings Bhd Tan Kay Hock, yang juga anggota Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA);

• Shahril Shamsuddin dari Kumpulan Sapura;


• Pengerusi jawatankuasa eksekutif Khazanah dan bekas pengarah urusan MAS Nor Yusof;

• Pengerusi dan pengarah urusan Konsortium Transnational Bhd Mohd Nadzmi Mohd Salleh;

• Pengarah eksekutif CIMB Group dan bekas konsultan Unit Perancang Ekonomi Dr Gan Wee Beng;

• Pengasas bersama Ethos Capital Omar Mustapha Ong, bekas pegawai khas Najib;

• Pengarah urusan dan ketua eksekutif Paramount Corporation Bhd Teo Chiang Quan;

• Pengarah urusan TH Group Bhd Lei Lin Thai;

• Ketua eksekutif Mamee Double Decker Bhd Pang Tee Chew;

• Ketua eksekutif Multi Vest Resources Bhd (MVest) Kenneth Eswaran, yang menurut kabel rapat dengan isteri Najib Datin Seri Rosmah Mansor;

• Ketua eksekutif Felda Holdings Bhd Bakke Salleh; dan

• Ketua Lembaga Tabung Angkatan Tentera Lodin Wok Kamarudin.


Mesej kabel itu terdedah ini, yang ditulis sebelum Najib disahkan sebagai perdana menteri keenam pada April 2009, menyusul penerbitan siri pertukaran sulit antara Washington dan Kedutaan AS di Kuala Lumpur dalam Asia Sentinel membutirkan keprihatinan AS berhubung perbicaraan dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya.


The Malaysian Insider

@TUKANGLAWAN Dah tak tahu nak kata lagiu, hancurnya negara kerana tangan-tangan pemimpin yang diberi kuasa seperti ini, mereka merompak hasil rakyat, memberi kepada kroni , beri pada bini, bagi anak makan, rakyat bodoh menyanjung mereka sedangkan kita makin dihimpit bebanan, kalau ini lah sumber wikileak tentang seorang pemimpin, tentu pemimpin sebelumnya juga ada kroni... pemimpin lain ade kroni... al-maklumla.. kuasa ditangan mereka.... kita rakyat. nak tengok aje kew.
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit