Kedudukan dan pengurusan kewangan kerajaan Kedah secara keseluruhannya memuaskan.
Mengikut
Laporan Ketua Audit Negara, pada 2011, baki Kumpulan Wang Disatukan
berjumlah RM252.36 juta berbanding RM328.28 juta pada 2010.
Peningkatan hasil pada 2011 berjumlah RM20.52 juta bersamaan 4.5
peratus berbanding peningkatan belanja mengurus RM40.63 juta (9.4
peratus).
Semakan terhadap pengurusan kewangan jabatan/agensi negeri Kedah
berdasarkan Indeks Akauntabiliti pada 2011 mendapati tiga jabatan/agensi
negeri di tahap sangat baik.
Sebanyak 12 lagi berada di tahap baik dan dua lain berada di tahap memuaskan.
Berbanding 2010, sebanyak 17 jabatan/agensi diaudit dengan empat
jabatan/ agensi mendapat tahap sangat baik, 12 (baik) dan satu
(memuaskan).
AWAS#
Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Semalam kecoh bila sebuah akhbar laporkan MCA kedah sokong hukum hudud dilaksanakan.. umno yang memang tak nak hudud dilaksanakan tu dah hampir pitam.. kenapa pulak MCA rakan baik dia sokong hudud pulak.
Memang cemas la kejap umno semalam sampaikan mungkin ada mesyuarat dibuat mereka, jika MCA benar sokong hudud,, Umno nak keluar BN. takpun umno tu kene dibubarkan supaya MCA tak menang pilihanraya.
MCA sokong hudud.. itu dah tikam umno dari brlakang. padahal beberapa orang pemimpin umno sendiri pernah pertikai hukum hudud.. malah seorang bekas pemimpin umno pernah cakap akan tentang habis-habisan jika hudud dilaksanakan.
Takkan MCA lebih faham tentang hukum Islam berbanding umno?.. ini sungguh pelik.
Tapi hari ini umno boleh tarik nafas lega. MCA Kedah sebenarnya tak pernah pun sokong hudud...
MCA Kedah dah pun mintak sebuah akhbar berbahasa Melayu memohon maaf berikutan laporan akhbar itu yang bertajuk 'MCA Kedah Sokong Hudud' semalam.
"Saya sangat kecewa kerana lain yang ditanya dan lain pula yang ditulis. Semasa temu bual itu berlangsung, saya tidak dengar pun wartawan itu menyebut perkataan hudud tetapi apabila berita keluar, ia berkaitan dengan hudud," Kata Pengerusi MCA Kedah Datuk Chong Itt Chew.
Hurmmm.. umno mesti lega sekali kan... tak jadi umno nak keluar BN, sebab MCA tak sokong Hudud... sama macam umno jugak.
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Semua negeri Pakatan Rakyat akan menggunakan logo dan tema yang sama dalam sambutan Merdeka ke 55 apabila Kedah memutuskan berbuat demikian hari ini.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, keputusan itu dibuat oleh kerajaan negeri Kedah dan dimaklumkan kepada beliau hari ini.
"Saya telah menerima panggilan telefon dari Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah memaklumkan keputusan itu hari ini," kata Mustafa.
Menurut Mustafa yang merupakan Pengerusi JK Pemilihan Logo Hari Kemerdekaan ke 55 Pakatan Rakyat, beliau telah berbinacang dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak mengenai perkara ini semalam.
"Alhamdulillah hari ini Kedah sudah membuat keputusan menggunakan logo bersama yang diputuskan Pakatan," kata beliau.
Bagi Mustafa (gambar), keputusan Kedah ini menunjukkan betapa hebatnya demokrasi dalam Pakatan Rakyat.
"Kami jawatankuasa peringkat pusat telah bersetuju menerima Kedah dan Kelantan menggunakan tema dan logo mereka sendiri untuk sambutan Kemerdekaan ini walaupun kita ada logo kita sendiri.
"Ini kerana, mereka telah membuat keputusan awal dari keputusan Pakatan tentang pemilihan logo itu.
"Sekarang, mereka (Kedah dan Kelantan) yang membuat keputusan sendiri untuk menggunakan logo dan tema yang sama," kata Mustafa kepada Harakahdaily.
Semalam Kelantan membuat keputusan untuk menggunakan logo dan tema merdeka yang diputuskan oleh Pakatan Rakyat 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' walaupun memutuskan tema mereka sendiri sebelum ini iaitu 'Kelantan Menerajui Perubahan'.
Kedah telah membuat keputusan untuk menggunakan tema 'Terus Berbakti' sebelum ini kerana ia diputuskan sebelum Pakatan Rakyat memutuskan untuk mempunyai tema tersendiri.
Pakatan memutuskan untuk mempunyai tema sambutan Merdeka ke 55 sendiri selepas tidak bersetuju dengan tema yang diputuskan oleh kerajaan pusat 'Janji Ditepati'.
Ini kerana, tema itu selari dengan tema kempen BN sedangkan sambutan kemerdekaan adalah untuk semua rakyat negara ini.
Tema Pakatan 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' dihasilkan oleh satu penal yang diketuai oleh Datuk A Samad Said.
Logo sambutan Merdeka ke 55 dan Hari Malaysia 2012 akan diperkenalkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat esok.
KONGSI PENGALAMAN BERSIH 3.0 , URAT JANTUNG UMNO RAKYAT SENTAP Kongsi pengalaman BERSIH 3.0 anda di blog tukanglawan, emailkan cerita anda dan gambar juga video ke infotukanglawan@gmail.com, nanti tukanglawan siarkan.... kita kongsi..
Kebodohan puak-puak yang dipercayai ahli perkasa dan umno terserlah lagi, macam biasa lah, mereka akan mencari publisiti murahan untuk mengenakan pakatan rakyat, tapi sama macam kes tanah masjid di Rawang tempoh hari, dan kalau ingat kes gereja paling besar di bukit jalil tu, akhirnya kebodohan puak perkasa ni buka pekung umno BN . kah..kah..kah..
Selang dua hari selepas Himpunan Bersih 3.0 ( diorang jeles sebab mak tak bagi pegi ), sekumpulan penduduk dari beberapa buah kampung di Mukim Karangan, Kulim (dekat dengan tempat zul katak) mengadakan himpunan haram ( bak kata umno) di hadapan Wisma Darul Aman.
Mereka datang dengan empat buah bas yang membawa kanak-kanak (yang dipaksa ponteng sekolah), wanita, orang tua dan lain-lain untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan tanah perkuburan Cina (jirat) yang kononnya dibangunkan di atas tanah berstatus Simpanan Melayu.
Tidak dapat dipastikan benarkah mereka itu penduduk dari kawasan terbabit atau 'pemain import' dari kawasan lain sebab tidak kenal kesemuanya. Cuma sebahagian dari mereka yang dikenali adalah orang yang pernah mengaku sebagai ahli khariah Madrasah Salihiah Kanchut.
Sewaktu demonstrasi membantah perobohan bangunan Salihiah dahulu mereka memegang hailer membelasah kerajaan negeri, sekarang pun orang yang sama juga yang menggalas hailer.
Pelik juga ada manusia yang boleh bernaung di bawah dua buah khariah yang sama serentak, sedangkan antara Alor Setar dan Kulim jaraknya lebih dari 100 km. ( mungkin dia ni ade bini 2 kot)
(Kanak2 yg tidak berdosa dipaksa ponteng sekolah untuk berdemonstrasi secara haram, mujur polis tak tembak gas kalau tidak teruk laa makcik2 tu selak kain buat lap muka)
Bersama-sama mereka juga adalah para lelaki yang memakai baju hitam ala Perkasa, duduk beramai-ramai di atas jalanraya di hadapan Wisma Darul Aman.
Mereka turut menahan setiap kereta yang keluar dari Wisma Darul Aman, mengarahkan cermin kereta diturunkan kononnya untuk mempastikan supaya Menteri Besar tidak terlepas keluar. Lagaknya kira-kira macam samseng Kampung Dusun.
Apa yang diperjuangkan oleh kumpulan tersebut? Mereka menuntut supaya Kerajaan Negeri membatalkan projek pembinaan jirat Cina di atas tanah seluas 190 ekar di Sungai Kob.
Hujah mereka tanah tersebut berstatus Simpanan Melayu serta jirat Cina tersebut tidak sesuai diadakan di kawasan yang terdapat ramai penduduk Melayu/Islam.
Mereka menuduh projek tersebut diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Asas penentangan mereka adalah berkaitan isu perkauman, selari benar dengan perjuangan Umno dan Perkasa.
Persoalan paling pokok ialah benarkah jirat Cina itu diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat? Jawapannya, tidak benar!
Projek pembinaan jirat Cina itu telah diluluskan pada 2007 di masa Menteri besarnya ialah Datuk Seri Mahdzir Khalid. Serentak dengan kelulusan tersebut, penduduk kampung sudah bangkit membantah.
Sewaktu kerajaan negeri termanggu-manggu mencari penyelesaian tiba-tiba kerajaan BN tumbang di Kedah.
Maka macam biasa beban pun terpikul kepada kerajaan PR. Untuk tidak memberi kelulusan projek dari awal adalah lebih mudah dari membatalkan projek yang telah diluluskan. Maka kerajaan perlu memikirkan kaedah terbaik supaya kedua-dua pihak berpuas hati.
Langkah pertama yang dilakukan oleh kerajaan negeri dalam mencari penyelesaian ialah Majlis Perbandaran Kulim menganjurkan dailog melibatkan pemaju dan penduduk.
Rumusan terbaik dari dailog tersebut ialah perlu ada zon penampan (buffer zone) lebih lebar di antara tempat perkuburan dan perkampungan yang terdekat.
Jika di zaman BN zon penampan cuma melibatkan tanah seluas 20 ekar, tetapi hasil perbincangan semula bersetuju zon penampan dilebarkan sehingga melibatkan keluasan 80 ekar. Cadangan terbaru itu diluluskan oleh kerajaan negeri.
Zon penampan mempunyai tembok dan ditanam pokok-pokok besar. Jaraknya hampir satu kilometer. Kira-kira tidak sampai 10 keluarga yang tinggal berhampiran sempadan zon penampan tidak akan nampak tapak perkuburan tersebut.
Pembangkang dengan nada perkauman mendakwa kerajaan PAS lebih lunak dengan pemaju apabila menambahkan lagi keluasan tapak jirat Cina. Memang betul keluasan projek ditambah dengan tujuan melebarkan lagi zon penampan bukan menambah keluasan tapak perkuburan.
Projek yang diluluskan pada tahun 2007 itu adalah tanah milik bukan Melayu (Cina) tetapi berstatus Simpanan Melayu yang dibeli oleh datuk neneknya pada 18 April 1926.
Memang di negara ini masih terdapat Tanah Simpanan Melayu yang menjadi milik bukan Melayu.
Pemilikan terhadap tanah tersebut berlaku sebelum zon Tanah Simpanan Melayu diwartakan pada 4 April 1933 oleh penjajah British.
Tuan tanah bukan Melayu masih berhak ke atas tanah tersebut cuma mereka tidak berhak menukar status tanah serta mesti mematuhi syarat-syarat ke atas tanah tersebut seperti yang termaktub dalam syarat-syarat Tanah Simpanan Melayu.
Timbul persoalan, jika dari awal sudah tahu statusnya Tanah Simpanan Melayu mengapa kerajaan negeri luluskan juga untuk projek pembinaan jirat Cina yang bertentangan sama sekali dengan roh sebenar kewujudan Tanah Simpanan Melayu?
Jawapannya, kena bertanya kepada kerajaan BN dahulu kerana mereka yang luluskan!
Kumpulan yang berdemonstrasi itu membantah tindakan kerajaan meluluskan tanah berstatus Simpanan Melayu yang cuma seluas 190 ekar untuk dijadikan jirat Cina.
Yang meluluskan BN, yang diserang ialah PR, yang menyerang lagilah bangang....kah..kah..kah..
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Semalam sekumpulan 50 orang, yang memakai baju-T hitam yang bertulis perkataan 'Perkasa', mengganggu program PKR di Alor Setar.
Kumpulan samseng itu yang tiba kira-kira jam 5 petang dan cuba masuk ke dalam orang ramai yang berkumpul untuk menyaksikan pelancaran pusat komuniti PKR Alor Setar di tengah-tengah bandar tersebut dan terus membuat kacau.
Ketua Pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan berucap pada kira-kira jam 5.30 petang didalam majlis tersebut, tujuan samseng perkasa mengganggu majlis itu sudah pasti untuk mencetuskan pergaduhan.
Ini bukan kali pertama, samseng-samseng upahan melakukan kekacauan dalam majlis pakatan rakyat, malah sebelum ini sudah beberapa kali usaha jahat ini dilakukan, malah Kereta bakal Perdana Menteri ke 7 (Anwar Ibrahim) juga telah beberapa kali dirosakkan.
Mari lihat video dibawah
Sementara beberapa individu individu terperangkap dalam keadaan kelam kabut di situ, malah seorang peniaga dari pusat membeli-belah tersebut berkata, dia hampir terkena pukulan di kepalanya dengan sebatang kayu sepanjang 0.6m
Ray Ching, 28 (kiri) berkata apabila dia cuba untuk menghalang beberapa lelaki mara ke dalam orang ramai, seorang lelaki yang memakai baju-T bertulis 'Perkasa' mengangkat kayu hendak memukulnya.
Bagaimanapun, katanya, pukulan itu tidak mengenai kepalanya kerana dia sempat menyekatnya dan menolak lelaki itu dengan tangannya.
Anda saksikan sendiri betapa jahatnya mereka sekarang, mereka selalu telah menimbulkan kekacauan, menjadi orang bodoh ganggu majlis orang lain, dan berlagak gangster, inikah budaya yang diterapkan oleh Perkasa, iaitu anak didik Umnoapco barisan nasional?
Kenapa mereka begitu ganas sekali, jawapannya mudah, umno sedang nazak dan mereka sedang menyelamatkan diri. tindakan cuba memukul mangsa dengan kayu membuktikan selagi umno masih berkuasa, melayu penyokong umno diajar untuk jadi rasis, ini bertentangan dengan konsep 1 Malaysia.
Walaupun Sanseng upahan ini bertindak ganas dan cuba menakut-nakutkan orang ramai, tetapi Anwar Ibrahim bagaimana pun tetap hadir dalam majlis tersebut, provokasi yang dilakukan oleh Samseng berpaksikan Umno itu sebenarnya buat lebih ramao orang datang mendengar amanat Anwar Ibrahim.
Jadi Ibrahim Ali al-kataki ketua PERKASA yang samseng, , mana mau lari, sebagai presiden perkasa anda harus bertanggungjawab, baiklah, kita telah lihat betapa penyokong umno sedang rosak, mari kita tukar kerajaan, umno sudah tidak boleh diharapkan lagi.
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah