Memaparkan catatan dengan label Jingga13. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jingga13. Papar semua catatan

AIC dan Jingga 13 Keluar Kenyataan Berkenaan Bersih

| comments

KUALA LUMPUR – Meskipun Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 3.0 yang dijadual diadakan di Dataran Merdeka pada 28 April ini mendapat kritikan, namun beberapa gerakan pro-pembangkang tetap bertegas untuk menyertai perhimpunan tersebut.

Dua pertubuhan terawal menyatakan sokongan terhadap perhimpunan itu sejurus pengumuman mengenainya dibuat oleh Jawatankuasa Bersih pada hari ini adalah Jingga 13 dan Anwar Ibrahim Club (AIC).

Setiausaha Jingga 13, Vickneswaran Krishnan berkata, pihaknya menyambut baik langkah untuk mengadakan satu lagi perhimpunan Bersih pada hujung bulan ini.

“Jingga 13 akan membantu segala bentuk mobilisasi bagi menggerakkan kempen di media sosial mahupun turun ke lapangan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Presiden AIC, Saifuddin Shafi Muhammad pula mendakwa, Perhimpunan Bersih 3.0 mempunyai asas kukuh dan berintegriti kerana ia tidak mewakili pihak berkepentingan.

Dakwa beliau, perhimpunan itu sebagai satu desakan untuk kerajaan segera bertindak bagi memberikan rakyat Malaysia satu bentuk pilihan raya yang lebih terjamin.

Pada 19 Januari lalu media melaporkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempersoalkan hasrat Bersih untuk sekali lagi turun ke jalanan sedangkan banyak tuntutan mereka telah dipersetujui dilaksanakan pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dipetik berkata, beliau tidak faham mengapa Bersih masih tidak berpuas hati kerana pelbagai ruang telah diberikan kepada mereka untuk mengemukakan cadangan termasuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Sebuah portal berita pula hari ini melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz sebagai berkata, Dataran Merdeka yang didakwa bakal menjadi tempat Perhimpunan Bersih 3.0 bukan merupakan tempat orang ramai dibenarkan untuk membuat perhimpunan.

Beliau dipetik berkata, Dataran Merdeka tidak diwartakan sebagai kawasan untuk mengadakan perhimpunan aman.

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

2 laporan SPRM Terhadap Najib Oleh Jingga 13

| comments

Jingga13 Hari ini membuat 2 laporan terhadap Najib Razak yang didakwa telah menggunakan wang rakyat untuk 2 tujuan berbeza, namun kedua-dua nya mempamerkan keborosan melampau keluarga perdana menteri tersebut, apa yang menjadi persoalan adakah wang rakyat digunakan untuk kedua-dua tujuan tersebut ?.

Laporan pertama berkaitan dengan perbelanjaan luar biasa sejumlah RM409,767 untuk kos majlis pertunangan anak Perdana Menteri .

Jingga13 hari ini mengemukakan bukti baru selepas menerima email yang dikirimkan oleh Shangri - la Hotel kepada Jingga13 yang menyatakan kos majlis berkenaan dibayar sendiri oleh Najib Razak, Namun apa yang menimbulkan persoalan ialah ketiadaan bukti untuk menyokong kenyataan dari pihak hotel berkenaan. (sila baca kandungan e-mail tersebut disini)

Jawapan dan kenyataan oleh pihak Pengurusan Shangri-La Hotel adalah terlalu dangkal tanpa dibuktikan oleh sebarang bukti pembayaran sama ada oleh melalui cek atau resit rasmi Shangri-La Hotel dan hanya menyatakan bahawa “bayaran sepenuhnya oleh Perdana Menteri pada 30 Jun 2011 dan bukannnya oleh Pejabat Perdana Menteri”.

Laporan ke 2 pula berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat,  Sdr. Rafizi Ramli pada 14 Mac 2011 bertempat di Lobi Parlimen berkaitan Perdana Menteri , pendedahan itu menyatakan Najib Tun Razak telah mengadakan jamuan meraikan harijadi beliau di Sri Perdana pada 24 Julai 2011 sejumlah RM 79,053 juga didakwa dibiayai oleh Pejabat Perdana Menteri melalui dana awam.

Tempahan tersebut adalah majlis peribadi najib razak turut dikendalikan oleh Shangri-la Hotel berdasarkan ‘Banquet Event Order’ (BEO) No. 14866 atas nama Pejabat Perdana Menteri dan disebut ‘Majlis Pejabat Perdana Menteri’ dan akaun serta bilnya adalah dihantar ke Pejabat Perdana Menteri bukannya atas nama peribadi Perdana Menteri

Berdasarkan kepada BEO tersebut sejumlah RM79,053 telah dibelanjakan untuk majlis meraikan harijadi Perdana Menteri sepertimana perincian di bawah :

Buffet untuk 100 orang tetamu @ RM207 setiap seorang RM20,000
Band Syed Sobri @ RM7,300 + 6% cukai RM7,738
Band Batak @ RM5,000 + 6% cukai RM5,300
Minuman 5 gallons @ RM750 + 6% cukai RM795
Gubahan Bunga @ RM30,000 + 6% cukai RM31,800
Caj Pengendalian @ RM 12,000 + 6% cukai RM12,270

JUMLAH KESELURUHAN IALAH RM79,053 (baca Selanjutnya disini)

Jesteru itu Jingga13 hadir membuat laporan dan  meminta agar pihak SPRM membuat penyiasat terperinci secara telus dan profesional terhadap Perdana Menteri,

Pejabat Perdana Menteri dan Shangri-La Hotel agar menemukan jawapan yang sedang dinantikan oleh rakyat Malaysia yang sedang tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup tetapi Perdana Menteri bermewah-mewah dengan menggunakan wang rakyat tanpa rasa bersalah dan bertanggungjawab .

Penafian demi penafian dibuat oleh Najib Razak, Pejabat perdana Menteri dan Shangri-la Hotel, penafian sahaja tidak mencukupi jika tidak disertakan dengan bukti, Laporan demi laporan juga telah dibuat, namun apakah kerana kedudukan Najib Razak sebagai Perdana Menteri, SPRM mampu bertindak dengan adil dalam menangani kes ini.

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Jingga 13 Desak Buku Pembunuhan Altantuya Dibuka Semula

| comments

Dalam satu kenyataan media yang diemailkan kepada "tukanglawan" Jingga13 mahu kes berprofil tinggi pembunuhan Al-tantuya Sharibu yang pernah menggemparkan negara diadili semula, ini kerana rakyat masih tertanya-tanya apakah motif sebenar yang membawa kepada pembunuhan model warga Mongolia itu terjadi.

Dibawah adalah kenyataan media yang diemailkan itu.

KES ALTANTUYA : RAKYAT MAHU TAHU MOTIF PEMBUNUHAN DAN SIAPA ARAH AZILAH DAN SIRUL AZHAR BUNUH ALTANTUYA ?

JINGGA 13 MENDESAK agar kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu diadili semula memandangkan banyak persoalan timbul daripada perbicaraan tersebut yang dilihat tidak sempurna , malah motif pembunuhan oleh dua orang anggota polis tersebut tidak disentuh langsung serta pembebasan Razak Baginda .

Sehingga hari ini rakyat masih tertanya-tanya siapakah yang telah mengarahkan agar dua orang anggota UTK tersebut iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar membunuh dengan meletupkan C4 terhadap Altantuya?

Bukan sahaja motif pembunuhan tidak disentuh tetapi persoalan terus berlegar apabila kaitan pembunuhan oleh Azilah dan Sirul Azhar terus disembunyikan dan rakyat melihat dua anggota UTK tersebut menjadi 'kambing hitam' dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Orang yang sebenarnya mengarahkan Azilah dan Sirul terus bebas tanpa sebarang tindakan.

JINGGA 13 YAKIN bahawa wujud 'tangan-tangan ghaib' yang mempengaruhi perbicaraan tersebut sehingga Azilah dan Sirul Azhar menjadi mangsa dan menanggung sendiri angkara arahan dan suruhan untuk membunuh Altantuya.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13

Seperti kenyataan media yang dikirimkan itu, 'tukanglawan' juga terfikir jika benar kedua-dua tertuduh yang dijatuhkan hukuman salah itu benar membunuh al-tantuya, apakah motif mereka?, Apakah mereka mengenali altantuya, Apakah mereka menjalin hubungan atau punya sengketa dengan mangsa pembunuhan itu, adakah Altantuya berhutang dengan mereka atau apa-apa motif yang membawa kepada pembunuhan model tersebut?.


Jika diarahkan oleh "tangan ghaib" siapakah "tangan Ghaib" itu, dan apakah motifnya?, dan persoalan utama dari mana si tertuduh dapat bahan letupan tersebut, ia agak pelik, kerana bahan letupan tidak dijual dipasaran terbuka.
Secara ringkas yang tak berapa ringkas, baca fakta kes dibawah.


Sedikit fakta

Altantuya Shaariibuu telah dijumpai dibunuh secara ngeri di lokasi antara lot 12843 dan lot 16735, Mukim Bukit Raja,berdekatan Shah Alam, Selangor di antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006. Mayatnya ditemui pada 7 November 2006 iaitu 17 hari selepas dia diletupkan dengan bahan letupan C4.


Cebisan mayat Altantuya ditemui bertaburan berhampiran Empangan Tasik Subang di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam, Selangor , cebisan mayat itu disahkan milik Altantuya oleh pakar patologi.


Sehubungan dengan itu enam orang ditahan namun 3 nama dibawah menjadi tumpuan dalam kes tersebut.


Abdul Razak Baginda (merupakan bekas penganalisis politik dan pembantu rapat kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Najib Razak)


Cif Inspektor Azilah (dari unit keselamatan kepada Timbalan Perdana Menteri (Najib Razak ketika itu). Azilah bertugas sebagai OCBG (Officer in Charge Body Guard) kepada TPM. OCBG adalah ketua kepada unit ini. Ini bermakna, Azilah sebagai OCBG ialah ketua kepada unit ini
Koperal Sirul Azhar Umar . ( Juga pegawai pengiring dari Unit tindak khas (UTK) Polis Diraja Malaysia)


Azilah Hadri dan Sirul Azhar dituduh membunuh Altantuya dikatakan mengambil bahan letupan jenis PE (Plastic Explosive), detonator cord dan CLC (cutting liner charge) dari stor UTK dan mereka sememangnya mempunyai kepakaran mengendalikan bahan letupan.


Deputi Supritendan Muhammad Koey Abdullah menyatakan bahan letupan itu berkemungkinan diletakkan dalam mulut dan bahagian atas badan Altantuya menyebabkan tulangnya berkecai


PE jika diletupkan, ia boleh meruntuhkan keseluruhan satu bangunan. PE mempunyai velocity of detonation di antara 7000 meter sesaat sehingga 8500 meter sesaat. Secara teknikalnya pergerakan gelombang bunyi untuk RDX ialah 8500 sesaat bersamaan 8.5 km sesaat.Sebuah bangunan boleh roboh.


Fikirkan sejenak, apakah motif wanita itu dibunuh oleh 2 tertuduh yang akhirnya dijatuhkan hukuman bersalah, kedua bahan letup sekuat itu, dari mana puncanya?, jika mahu tahu misteri yang disembunyi ini, tumbangkan Umnoapco, dan kita lihat siapa yang akan diheret ke Mahkamah.




Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Jingga 13 Hantar Memorandum ke Kedutaan Palestin

| comments


Jingga 13 hari ini menghantar memorandum dan bukti adanya kerjasama perdagangan diantara kerajaan malaysia dengan syarikat pekapalan milik negara haram Israel.

Penyerahan memorandum itu dimulai selepas menunaikan solat Jumaat di masjid tabung haji sebelum mereka beramai-ramai bergerak ke kedutaan Palestin di jalan U-thant Kuala Lumpur.

Jingga 13 menyerahkan memorandum dan bukti tersebut sebagai tanda sokongan dan soladirasi kepada rakyat Palestin yang diperlaku secara kejam oleh tentera-tentera Israel.

Penyerahan memorandum itu juga adalah untuk meminta campur tangan dari kerajaan Palestin supaya memberi tekanan dan desakan kepada kerajaan malaysia agar hubungan niaga antara negara malaysia dan Israel dihentikan.

Selain Jingga 13, NGO-NGO lain yang terlibat sama dalam menjayakan penyerahan memorandum tersebut ialah AIC Malaysia (Anwar Ibrahim Club), Mapim (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia) Dewan pemuda PAS, SMM (Solidariti Mahasiswa Malaysia), Activis 901 dan beberapa badan NGO lain.

Diharapkan dengan penyerahan memorandum tersebut, hubungan dagang antara Israel dan Malaysia akan dihentikan sebagai tanda sokongan kepada rakyat palestin.



Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .

Jangan Lupa, Baca Ni

| comments

Tukanglawan takut kawan-kawan lupa, jadi "tukanglawan" sengaja nak ingatkan program esok, lagi ramai yang datang mesti esok jadi lebih hebatkan.

Hah, dah lupalah tu, esok kan kita ada himpunan untuk sama-sama nyatakan sokongan kepada Rakyat palestine dengan menyerahkan memorandum mendesak kerajaan malaysia menghentikan urus dagang dengan Israel.

Kenapa pulak kita mintak urusniaga tu dihentikan?

Mudah je jawapannya, setiap urusniaga itu menjana ekonomi israel, lagipun kapal ZIM yang berlabuh dan turun kontena di pelabuhan kelang hari itu ialah kepunyaan kerajaan israel, sama la seperti kapal MISC... kapal kepunyaan kerajaan jugak.

Jadi kalau nak tahu, duit yang beli peluru, bina kapal kebal, buat tembok pemisah semua tu dari duit ini lah sumbernya.

jadi kalau kita takmo kianati saudara kita rakyat palestin... kalau esok ada kesempatan , jom la sama-sama tunjukkan rasa setiakawan kita, tunjuk kita perihatin. apa lagi kawan-kawan, sebarkan lah artikel ini, kebaikan yang kita lakukan itu ibadah.


~ SILA SEBARKAN ~

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit