Memaparkan catatan dengan label Ekonomi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ekonomi. Papar semua catatan

Tukar Kerajaan, Selamatkan Ekonomi Malaysia.

| comments

Berdasarkan pengalaman kerajaan Turki, bekas Pengerusi KEADILAN Terengganu, Abdul Rahman Yusof yakin situasi genting ekonomi Malaysia boleh diselamatkan asalkan Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah.

Sebelum Parti Keadilan & Pembangunan Turki (Parti ARK) mengambil alih kerajaan pada 2002, katanya, negara itu menanggung hutang hingga 74 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Ia menyebabkan Turki mengalami keruntuhan mata wang pada 2000-2001,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
 
Selepas Parti ARK mengambil alih kerajaan pada 2002 dengan dipimpin Recep Tayyip Erdogan, beliau berkata, Turki mencatat pertumbuhan luar biasa pada kadar purata 6.8 peratus antara 2002–2008.

Pada 2011, Turki mencatat pertumbuhan ekonomi tertinggi di dunia pada kadar 8.49 peratus daripada KDNK yang dianggap sebagai keajaiban.

Sedangkan, beliau berkata, negara sekelilingnya seperti Greece, Sepanyol dan Itali berdepan krisis kewangan dan ekonomi.

“Rakyat Malaysia perlu menukar kerajaan demi masa depan yang gemilang seperti yang rakyat Turki alami sekarang,” katanya.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Zaman Anwar Ekonomi Berkembang, Zaman Najib Malaysia Diambang Muflis

| comments

Timbunan hutang kerajaan mencecah 65 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) jika jaminan hutang kerajaan diambil kira, kata bekas Pengerusi KEADILAN Terengganu, Abdul Rahman Yusof.

Beliau berkata, hutang negara ialah RM476 billion bersamaan 54 peratus daripada KDNK atau 55 peratus daripada Keluaran Negara Kasar (KNK) pada hujung 2011.


Jaminan hutang yang diberi kerajaan mencecah lebih RM100 bilion. Jika ia diambil kira, hutang dan jaminan kerajaan melebihi 65 peratus daripada KDNK,” katanya.


Abdul Rahman berkata, Malaysia mengalami belanjawan defisit 15 tahun berturut-turut sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat pada 1998.


Ketika Anwar masih Menteri Kewangan antara 1991-1997, katanya, belanjawan sentiasa seimbang atau mencatat lebihan manakala purata pertumbuhan ekonomi ialah 8.7 peratus.


Sedangkan, beliau berkata, purata pertumbuhan ekonomi antara 2000 hingga 2012 hanya 1.22 peratus dengan kadar pertumbuhan paling tinggi hanya 5.9 peratus dan terendah (-7.6 peratus)


Prestasi Menteri Kewangan sekarang (2009–2011) hanya mencatat purata pertumbuhan ekonomi 3.2 peratus.

“Jika dimasukkan 1998 – tahun Anwar dipecat, purata pertumbuhan ekonomi 1991-1998 ialah 7.0 peratus,” katanya.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Ringkasan Hasil Audit Negeri Pakatan Rakyat

| comments

Mungkin ada rakan-rakan yang masih belum tahu prestasi negeri-negeri Pakatan Rakyat selepas laporan Audit dikeluarkan, secara ringkasnya pencapiaan negeri-negeri Pakatan Rakyat bagi tahun 2011 adalah seperti berikut

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 semalam menunjukkan pengurusan fiskal yang baik oleh keempat-empat negeri Pakatan dari segi perolehan pendapatan.

Pulau Pinang mendahului pungutan hasil negeri dengan mencatatkan peningkatan sebanyak RM192.19 juta atau 46.8% berbanding RM410.70 juta yang dicatat pada tahun 2010.

Selangor pula berjaya meningkatkan kutipan yang diperoleh kerajaan negeri sebanyak RM62.5 juta berbanding tahun sebelumnya.

Kelantan yang sentiasa dilabelkan negeri miskin oleh Umno BN pula mencatatkan peningkatan kewangan kepada RM234.47 juta pada 2011 berbanding RM148.3 juta pada 2010.

Kedah memperkukuhkan kedudukan kewangan dengan memuaskan apabila baki Kumpulan Wang Disatukan pada 2011 berjumlah RM252.36 juta berbanding RM328.28 juta pada tahun lalu.

Ketua Audit Negara,  Tan Sri Ambrin Buang memberi pujian terhadap prestasi membanggakan di semua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (Pakatan).

Ini adalah kali ke 3 berturut-turut pencapaiaan negeri Pakatan Rakyat mendapat pujian. jadi persoalannya apakah anda masih tak yakin Pakatan mampu memerintah?

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Syed Mohtar Al Bukhari Mahu KTMB, Apa Yang Dikejar?

| comments

Pegangan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dianggar berjumlah RM50 bilion dibimbangi tergadai jika KTMB diambilalih oleh  MMC Corporation Berhad, kata Senator Syed Shahir Syed Mohamud.
 
Katanya, syarikat milik jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari itu tidak mungkin mengambil alih KTMB yang pada asasnya memberi perkhidmatan kepada rakyat, tanpa sebarang keuntungan
.
Persoalannya mengapa Syed Mokhtar berminat (mengambialih KTMB)? Jika kita lihat aset kepunyaan KTMB antaranya (adalah) tanah.

“Kedudukan tanah KTMB adalah di semua kawasan strategik di negara ini seperti di Butterworth, Ipoh, Kuala Lumpur, Gemas dan Johor Bahru,” katanya

Jika itu kebarangkaliannya, maka itu kebimbangan kita.

Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada tanah KTMB di Singapura. Di Woodlands, Keppel Road, Bukit Timah hingga ke Tanjung Pagar. Nilainya berbilion ringgit,” kata Syed Shahir.

Kalau tak silap "tukanglawan" sebelum ni kecoh pasal port di Pulau Pinang, khabarnya mahu diberi pada Syed Mokhtar, kilang gula Robert Kok pun dengar dah dibeli juga olehnya dan sekarang mahu ambilalih KTMB pulak, kaya makin kaya, jangan pulak rakyat yang derita.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Umno Tingkat Taraf Hidup Bumiputra, Itu Hanya Penipuan.

| comments

Selama 50 tahun lebih umno memegang tampuk kuasa memerintah,Bumiputra melaya rupanya berpendapatan dibawah purata pendapatan Isi rumah seluruh negara.

Pendapatan isi rumah Bumiputera di Sabah berjumlah RM2,800, jauh di belakang purata

Purata pendapatan isu rumah rakyat Malaysia di seluruh negara berjumlah RM4,025. manakala kajian mendapati pendapatan isi rumah Bumiputera di seluruh negara adalah hanya sebanyak sebanyak RM3,624 .

Pendapatan Bumiputera Sabah , sebuah negeri yang kaya hasil bumi itu hanya 23 peratus daripada pendapatan purata semua Bumiputera dan 30 peratus dari keseluruhan pendapatan purata rakyat Malaysia 

Pendapatan purata isi rumah untuk Bumiputera dan semenanjung masing-masing sebanyak RM3,784 dan RM3,217 bagi bumiputra Sarawak.

Maklumat ini diperoleh melalui tinjauan Jabatan Perangkaan pada 2009, yang disampaikan di Parlimen sebagai jawapan bertulis kepada Teo Nie Ching (DAP-Serdang) minggu lalu.

Tinjauan itu dijalankan dua kali dalam tempoh lima tahun. Kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2009.


Baiklah, fikirkan ini, umno sebagai peneraju kerajaan sudah gagal teruk, bukankah umno itu parti kebangsaan khas untuk melayu dan bumiputra?, apa sudah jadi, selama lebih 50 tahun setakat itu sahaja pencapaiaan ekonomi orang melayu dan bumiputra?.

NONE

Namun pernahkah kita tahu berapa nilai kekayaan yang dikumpul oleh kroni dan kerabat menteri?, ada anak-anak bekas menteri punya perniagaan besar dalam sektor minyak dan ada yang punya perniagaan besar jual arak.

Apakah semua hasil bumi ini dikau sehingga bumiputra akhirnya terpinggir dan terus diperbodohkan atas nama perjuangan bangsa?, sedangkan dalam masa yang sama anak dan kroni jadi kocek tempat simpan duit.

kalau umno itu benar berjasa pada Melayu dan bumiputra, kenapa pendapatan isi rumah bumiputra paling rendah di negara ini.



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit