Memaparkan catatan dengan label Datuk T. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Datuk T. Papar semua catatan

Panas, Penipuan Datuk t terkantoi sudah??

| comments


Kecoh betul semalam bila rasmi umnoapco pro yahudi itu melaporkan salah seorang anggota Trio 'Datuk T, yang juga bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim mencabar Anwar mengatakan mereka salah atau Trio itu aka nmendedahkan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat", katanya dia juga telah "menonton video berkenaan"

Sebagai orang tua yang tak lama lagi nak "balik" dah dengan bangga dia mengaku sudah tontong video berkenaan, memang dasar penayang video lucah begitulah, tak ada segan silu lagi dah.

Konon katanya ada satu lagi video "lebih dasyat' dasyat macam mana tu, nak tahu jugak.

P/s - cuba lihat apa yang tak kena pada gambar diatas?
Pagi ini ketika menjengah-jengah blog kawan - kawan seperjuangan terjumpa satu artikel yang boleh mengkantoikan dakwaan trio datuk t itu,

Pagi ini juga sibuk "tukanglawan" cari balik artikel yang dikeluarkan oleh lidah rasmi umno tersebut, tapi entah kemana pula perginya artikel itu, tak jumpa pula, bukan apa nak sahkan tarikh yang dia katakan itu saja.


Mujur terjumpa balik petikan artikel dari akhbar lidah rasmi umno tersebut di blog kawan-kawan lain.ini petikannya

‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay ( Datuk Sharzly Eskay Abdullah) . Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami.

‘‘Kami sedia untuk membongkarkan perkara ini demi kebenaran. Kami sedia berbuat demikian demi masa depan dan nasib rakyat negara ini,’’ katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.


Apa yang menarik Shuib mengunakan istilah ' lebih dahsyat ' mengenai video Thailand itu.


Dalam kenyataannya Shuib mencabar Anwar untuk menyatakan di manakah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berada pada tarikh 12 dan 13 Januari 2011.


‘‘Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,’’ katanya lagi.

Baiklah, apa yang "tukanglawan" kata ada artikel dari blog sahabat yang boleh kantoikan dakwaan dan tpembohongan trio datuk t ( Tenuk) tersebut?, sila baca petikan dibawah

penulis mendapat maklumat dari sumber yang menyatakan Anwar tidak berada di Bangkok pada 12 & 13 Januari 2011 seperti yang didakwa oleh Trio Dato T.

Sebaliknya, Anwar pada tarikh yang didakwa berada di Indonesia.


Kenyataan ini seterusnya menafikan kewujudan video yang dikatakam mirip Anwar itu. Dan jika Anwar tidak berada di Thailand seperti yang didakwa, imej siapa pula yang berada dalam rakaman tersebut?


Mungkinkah, trio Datuk T akan mengubah versi cerita mereka dengan mengatakan video tersebut dirakam di Indonesia pula?

Jika itu berlaku, maka sejarah memalukan yang pernah berlaku dalam kes perbicaraan liwat 1 akan berulang semula kali ini. Dalam kes tersebut, Anwar dikatakan meliwat Azizan Abu Bakar di Trivolli Villa pada 1993 bilamana bangunan itu tidak wujud pun pada waktu dan tarikh yang didakwa!!!


Nampaknya, cubaan kali kedua trio tajaan UMNO ini untuk memalukan Anwar buat kesekian kalinya, tidak menjadi kenyataan waima sebelum video tersebut tersebar pun.


Tapi dalam masa yang sama, penulis harap Datuk Seri Anwar dapat meneruskan semula tindakan saman ke atas orang orang ini agar cubaan seumpamanya dapat dihapuskan terus dimasa hadapan.
 (sumber dari  blog suarapakatanrakyat)

Betullah kata penulis artikel itu, selepas ini jika sudah sedar kesilapan itu, apakah skrip akan bertukar lagi, cuba katakan kepada "tukanglawan" apa pertuduhan kepada ketua pembangkang itu yang skripnya tidak pernah berubah?

Cukup-cukup lah tu, dah jemu dengan budaya politik kotor ala umnoapco ini, mereka memburuk-burukkan ramai pemimpin pembangkang kerana pemimpin-pemimpin umnoapco tiada agenda untuk rakyat, Agenda pemimpin umno tidak lebih dari terus berkuasa untuk terus kumpul harta.

Errrm, cuma terfikir "tukanglawan" bila teringat peristiwa sumpah pakai baju kalis peluru dulu, mereka bertiga masuk masjid mandi wajib atau tidak ye?, bukan apa, mereka menggambarkan diri mereka sebagai penonton video lucah tegar,



Datuk T tayang satu lagi Video lawak (panas!!!)

| comments

Lidah Rasmi umnoapco yang dari dulu sampai la ke saat umnoapco di kebumikan nanti pastinya tidak akan habis-habis memburuk-buruk kan ketua pembangkang Anwar Ibrahim.

Takkan la Anwar tu begitu jahat, sampai tiada berita baik yang akhbar itu boleh siarkan, kalau dah semua yang buruk-buruk saja tentang Anwar dan pembangkang khususnya disiarkan, nampak sangat la akhbar itu berat sebelah, jadi dah sah umnoapco punya akhbar itu ada niat jahat kepada Anwar dan pembangkang, betul tak?

Hari ini lidah rasmi umnoapco pro yahudi  itu melaporkan salah seorang anggota Trio 'Datuk T, yang juga bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim mencabar Anwar mengatakan  mereka salah atau Trio itu akanmendedahkan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat".

Kah..kah..kah, rupanya trio nei memang suka tonton video lucah agaknya, dah tua-tua nak mampus pun tengok video lucah lagi. tak sedar diri betul rupanya. tak tahu malu ke?

Kalau nak tahu, ni 3 orang mangkuk nei lah yang memperkenalkan budaya penayangan video lucah kepada awam, mereka ini la pelopor budaya politik lucah umnoapco, tayang video pada wartawan, kata salinan asal ada ditangan mereka, lepas tu kata dah serah pada polis, tiba-tiba sana-sini sibuk kes video lucah dipos.

Balaci mangkuk 3 orang nei tak lain tak bukan Papagomo la, si pemfitnah tegar yang juga ketagih video lucah juga, biasanya kalau ada video lucah si papagomo nei dengan tak malu dan selamba je upload dan sebarkan. esok lusa video lucah anak dia pun dia sebarkan juga nanti. budaya umnoapco kan.


Umnoapco ini tak pandai berpolitik cara sihat, tu tak la menghairankan, bila ajak debat menggelupur ketakutan, nak tutup isu sebar video lucah dan dakwa Anwar Ibrahim lakukan, lepas tu nak tunjuk alim cikit berduyun-duyunlah puak umnoapco pergi ke masjid, siap kawalan polis pulak tu, angkat sumpah katanya, angkat Al-Quran pun terbalik, tang mana pulak belajar bersumpah cara tu. kah..kah..kah.. yang paling lawak 3 kutu tu masuk masjid pakai baju kalis peluru.

Sudah-sudahlah tu, barah politik kotor dan najis yang dibawa oleh umnoapco ini semakin membusuk, rakyat sudah jemu dengan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan orang, itu cara penakut bertempur, kalau berani najib terima sahaja cabaran debat berkenaaan isu berkaitan rakyat.

GEMPAR..... Video Hitam putih lagi..

| comments

Hah.. kegemparan melanda trio Dato T.... mereka sudah mengaku salah menayangkan Video lucah dan didenda... namun persoalan yang masih tinggal harus dijawab segera, mari ikuti video ini... kita lihat sape yang kene,,,,






KEADILAN menerbitkan video dokumentari bagi membuktikan keraguan video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia bertujuan menangkis usaha jahat Umno-BN menerusi trio Datuk T, sekaligus mengesahkan lelaki dalam video seks berkenaan bukan Anwar.
Dokumentari itu menampilkan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul sebagai pengulas dengan memaparkan analisa video seks berkenaan.



Part 1


Video berdurasi selama 37 minit itu mendedahkan pelbagai persoalan- antaranya bayang-bayang yang muncul dari dalam bilik ketika aksi seks itu dirakamkan dan penggunaan remote control oleh pelaku.


Part 2




Dokumentari itu juga mendedahkan bahawa rakaman video seks itu sengaja dihitam putihkan supaya wajah pelaku terbabit, kelihatan samar,  selain pelbagai kelemahan antaranya bentuk tubuh pelaku  yang lebih besar, berperut boroi dan berhidung mancung.


Part 3



Johari merupakan satu-satunya Ahli Parlimen KEADILAN yang ditunjukkan rakaman berkenaan oleh Trio Datuk T yang terdiri daripada Tan Sri Rahim Tamby Chik,  Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuaib Lazim pada Mac lalu.



Part 4



Untuk mengesahkan dakwaannya, Johari dalam dokumentari itu ‘mencuba’ menukar dirinya untuk menjadi P Ramlee dengan menggunakan khidmat jurusolek di Bangkok, Thailand.
Meskipun mengakui raut wajah antara mereka sangat berbeza, namun juru solek berkenaan berjaya mengubah wajahnya, mirip kepada seniman agung itu.



Anda sudah lihat betapa jahatnya mereka, adakah anda mahu mereka terus bebas untuk terus memfitnah, Demi rakyat, demi masa depan negara, jom ubah.

@TUKANGLAWAN Checkmate pada trio Dato T, dan nasihati mereka supaya segera bertaubat dan betulkan kesilapan, sementara diberi ALLAH kesempatan ini.

"Umno nei suka membazir je"

Sah, trio datuk T akan ditangkap.

| comments


Biadap sekali trio datuk T bila memanggil semua wartawan ke tayangan "perdana" video lucah di carcosa seri negara tempoh hari,Bukanlah budaya dalam masyarakat kita yang punya sopan santun ini untuk terima perkara seperti itu secara terbuka. percayalah, kesan kejahatan mereka nanti akan buat kita menyesal jika tidak dibendung.

Perbuatan 3 ekor beruk bodoh ini menjadi pencetus pada penyebaran vcd-vcd lucah yang didakwa melibatkan pemimpin kanan pembangkang. kita dapat lihat betapa golongan songkok tinggi menjadi begitu rakus dan berahi sekali. dan keberahian mereka itu sama-sama mahu mereka kongsi

Dengan restu dan keizinan pihak berkuasa.maka bertaburan lah VCD lucah disebarkan klik sini kalau nak Vcd lucah, ini dilakukan demi survival politik puak songkok tinggi yang sudah hampir ke penghujungnya.

Hasil dari perbuatan 3 beruk jantan berahi inilah dijadikan inspirasi hingga terhasil peristiwa 6 jun lalu bila seorang pemandu bas cuba mencabul kehormatan seorang wanita dengan cuba "memberahikan" wanita tersebut dengan penayangan Percuma Video lucah , sila baca disini

kesalahan yang dilakukan adalah sama iaitu penayangan video lucah, namun tindakan pihak berkuasa dalam hal ini sangat berbeza. si pemandu bas segera ditangkap dan dihukum, tetapi trio datuk 3 beruk itu masih bebas sehingga kini.. adakah seksyen 292 kanun keseksaan kerana menayang bahan lucah  dikecualikan buat 3 ekor beruk ini atau ada tangan-tangan ghaib yang menghalang tindakan diambik keatas mereka.

Sedarlah semua akan bahayanya apa yang dilakukan mereka ini, kita harus tumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang semakin hancur itu. mereka harus kita sekat dari terus berkuasa jika kita sayangkan negara dan generasi akan datang. 

Tumbangnya Barisan Nasional beban negara itu akan memastikan 3 ekor beruk itu dihumban ke penjara disamping pembongkaran lebih banyak skandal pemimpin pusat sekarang.

pilihan ditangan anda sama ada anda mahu negara berkebajikan atau negara"berkelucahan"

namun yang pasti trio datuk T beruk akan ditangkap dan dihumban ke penjara bila Umnogok -Be-End  tumbang pada PRU13 nanti

@TUKANGLAWAN rasa pemimpn tertinggi umporno in terlalu suka melihat video lucah, pasti mereka menonton bersama isteri anak dan cucu , mana tidaknya, mereka sanggup merelakan dan mengrelakan penyebaran VCD lucah itu

VCD lucah diedar dalam pengetahuan polis- Shuhaimi

| comments



SHAH ALAM: Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata VCD fitnah yang mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diedar kepada orang ramai meskipun dalam pengetahuan pihak polis.

Shuhaimi berkata, video tersebut yang disebar secara meluas terutama di Selangor, membuktikan polis sengaja membenarkan pihak tersebut meneruskan aktiviti yang memalukan.

“Perkara ini bahkan berlaku pada program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, di kawasan yang terdapat pondok atau bas polis bergerak. Namun tidak ada tindakan drastik diambil. Tidak seperti kes lain yang mereka cekap menanganinya,” ujarnya ketika dihubungi.

Shuhaimi yang juga Ahli Dewan undangan Negeri Seri Muda itu berkata polis perlu bertindak tegas terhadap pengedar VCD lucah jika tidak mahu dianggap sebagai jentera Umno dan Barisan Nasional.

“Janganlah sampai rakyat yakin bahawa polis memang benar-benar bersekongkol,” kata Shuhaimie.

Beliau memberi reaksi berikutan laporan media bahawa terdapat ketua-ketua kampung di Selangor, bahkan di Melaka telah menerima salinan VCD lucah tersebut, yang dipos ke rumah-rumah mereka.

Shuhaimie yakin tindakan itu didalangi oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional dalam usaha untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat.

“Apa yang dikatakan Najib membuktikan bahawa Umno akan melakukan apa cara sekalipun dan ini adalah salah satu buktinya, walaupun dengan cara tidak bermoral. Jangan hairan apabila satu ketika nanti, VCD lucah akan turut diedarkan dari rumah ke rumah,” ujarnya.

Beliau menambah, Umno semakin gelisah dengan program ‘Jelajah Selangor Tawan Malaysia’ yang bertujuan memberi penerangan ke kesemua daerah di Selangor.

“Umno-BN resah, ketakutan dan tiada idea, lalu perkara yang paling hebat dan mampu dilakukan hanyalah mengalihkan tumpuan dari isu sebenar.

“Ketika kita membangkitkan isu kenaikan kos sara hidup, dan penyelewengan pemimpin BN, mereka sibuk mengedarkan bahan lucah. Polis seharusnya bertegas dan mengambil tindakan,” katanya.

sebelum itu jugapolis dikatakan sengaja membiarkan VCD lucah tersebut disebarkan di selayang (baca sini)
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit