Memaparkan catatan dengan label Anwar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anwar. Papar semua catatan

Selepas Bas Dirosakkan, Perkasa Serang Anwar Dalam Masjid

| comments (2)

Selepas peristiwa serangan pagi semalam yang menyebabkan bas Jelajah Merdeka Rakyat Anwar Ibrahim mengalami kerosakkan, petang tadi sekali lagi cubaan menggagalkan siri Jelajah Anwar Ibrahim dilakukan.

Anwar Ibrahim diserang semasa memberi tazkirah dan kuliah agama di Masjid Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah.

Menurut saksi kejadian, Anwar diserang sekumpulan ahli yang mengaku PERKASA dengan membaling selipar ke arah mimbar masjid tempat Anwar sedang mengadakan kuliahnya yang dihadiri lebih 200 jemaah di  dalam rangka jelajah Merdeka Rakyat yang bermula Jumaat lalu.

Anggota Perkasa tersebut juga turut memutuskan bekalan elektrik ke masjid tersebut untuk menyekat kuliah itu diteruskan,  menyebabkan jemaah bergelap dan kuliah agama diteruskan menggunakan pembesar suara masjid menggunakan bateri.

tanpa memperdulikan kesuciaan rumah ALLAH , mereka tanpa malu telah  mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Anwar dan para jemaah selain membuat bising dengan membunyikan hon kereta dengan tujuan untuk mengganggu Anwar memberi kuliah.

Dato' Yusof Ketua Perkasa juga telah mengugut akan bertindak lebih keras sekiranya Anwar tidak menghentikan kuliahnya serta-merta tetapi  jemaah masjid terus mendengar kuliah yang disampaikan setelah Anwar Ibrahim meminta jemaah bertenang dan meneruskan kuliah yang disampaikan.

 Saksi memberitahu melihat kumpulan Perkasa berkenaanmengikuti rombongan jelajah Anwar sejak dari Kuala Perlistetapi mereka tidak melakukan apa-apa perkara yang tidak diingini sehinggalah kejadian sebentar tadi berlaku selepas solat fardu Maghrib.. 

Anwar kini berlindung sementara di kediaman imam masjid tersebut yang dikawal ketat oleh pengawal keselamatan Anwar dan juga orang kampung, manakala pengawal peribadinya yang difahamkan cedera kini dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Polis yang dimaklumkan kejadian itu telah datang  mententeramkan keadaan termasuk mengusir puak Perkasa dari masjid tersebut tanpa sebarang tindakan diambil terhadap mereka yang mencetus kekacuan.

Jika peristiwa merosakkan bas jelajah dilakukan sebelum ini, kini Anwar diserang secara keterlaluan termasuk ketika memberi kuliah agama di rumah ALLAH, jika mereka tidak mahu menghormati rumah ALLAH, apakah golongan perkasa ini mahu membela Islam?.. fikir.. fikir.




Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Hadiah Hari Raya Najib, BN Sabah Hampir Lumpuh

| comments

Najib yang baru pulang dari lawatan ke sabah menerima berita hebat apabila Senator Majiol Mahap mengisytiharkan dirinya dan kesemua kepimpinan UPKO keluar parti seterusnya keluar BN berkuat kuasa serta-merta.


Senator Maijol Mahap memberitahu, keputusannya untuk keluar dari BN bukanlah sesuatu yang diambil dalam sekelip mata.

Menurut bekas Naib Presiden 2, parti PasokMomogun Kadazan Dusun Murut (UPKO) itu, beliau telah memikirkan secara teliti dan mengambil masa yang agak panjang mengenai perkara itu namun masalah yang berlarutan di Sabah menjadi sebab utama beliau mengambil langkah tersebut.

Maijol adalah merupakan salah seorang pemimpin kanan UPKO yang turut menyertai Timbalan Presiden parti yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing yang mengisytiharkan perletakan jawatan mereka dari parti dan BN Ahad lepas.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau hari ini, Maijol berkata beliau telah berada dalam BN selama 14 tahun.

"Boleh dikatakan, UPKO yang saya anggotai adalah sebuah parti yang menarik dan mempunyai budaya yang bagus. Presidennya, Bernard Dompok adalah seorang yang baik dan pemimpin yang berketrampilan. UPKO sungguh bertuah kerana mempunyai pemimpin seperti beliau. Bagaimanapun, setelah meneliti tentang masalah yang berlarutan di Sabah sedangkan tiada usaha usaha penyelesaian terlihat, dengan berat hati, saya terpaksa meninggalkan perjuangan itu"

"Saya tidak lagi menaruh kepercayaan bahawa BN boleh atau akan menyelesaikan isu isu kritikal di Sabah, contohnya seperti isu PATI yang telah lama berlarutan, kadar kemiskinan yang tinggi di Sabah, penyisihan terhadap kaum KDM (KadazanDusun Murut) dari perkhidmatan awam dan anugerah biasiswa, masalah masalah tanah, royalti minyak 5%, Borneonisasi dan Dasar Kabotaj," keluh Maijol.

Kerajaan BN, ujar beliau, telah berjanji untuk mengadakan satu Badan Siasatan Diraja (RCI) untuk menangani masalah pendatang tanpa izin di Sabah tapi hampir semua orang tahu bahawa ia hanyalah janji manis BN.

Nampaknya sumpahan "Janji Dicapati"  BN sedang makan diri, itulah akibat suka mengungkit, akhirnya orang jadi bosan...



Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Ahli Parlimen Tuaran Pula Buat Hal, Pening - Pening

| comments

Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing hari ini mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan daripada parti Upko dan seterusnya menyokong Pakatan Rakyat  

Penguguman ini menyusul tidak lama selepas Datuk Seri Lajim Ukin yang juga mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort

Ketika bercakap kepada wartawan, ahli parlimen tuaran itu berkata , beliau telah berbincang dengan beberapa orang anggota jawatankuasa tertinggi dan ketua bahagian Upko dan akan meninggalkan BN.

Beliau berkata demikian di majlis pelancaran Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Tuaran.

"Saya masih setia kepada Upko tetapi meletak jawatan dari BN," katanya.

Bumburing sebelum ini meletak jawatan sebagai pengerusi BN kawasan tersebut tanpa mahu mengemukakan apa-apa sebab.

Namun beliau hari ini berkata kekecewaannya ke atas janji BN yang tidak ditepati dan peningkatan jumlah imigran tanpa dokumen serta royalti petroleum menyebabkan beliau bertindak demikian.

Roboh tembok BN diSabah, najib tengok dengan linangan air mata. kah..kah..kah...





Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Video Najib Kene Malu Lagi

| comments

Entah berapa kali agaknya najib diberi malu oleh rakyat, buat la apa saja dari untuk menarik hati rakyat, najib sebenarya tidak diperdulikan, hanya menjadi maskod sebagai bahan gelak ketawa.

Lihatlahpada najib, dari isu susun bata ( baca sini ) sampai ke isu panda ( baca sini ) rata-rata masyarakat mempersenda najib, menjadikan najib sebagai hiburan semata-mata, najib tidak langsung  dihormati.

Lihat video dibawah.



Ketika Najib masih berucap dalam satu himpunan belia jika "tukanglawan" tidak silap, maka beramai-ramai rakyat keluar meninggalkan himpunan tersebut, yang tinggal hanya suara najib terpekik-pekik mencari sokongan.

Bandingkan pula video dibawah




Tak sama kan, bila najib berucap, ramai yang buat tidak kisah, asalkan dapat t-shirt dan duit belanja itu dah ok,  tapi bila DSAI berucap tiada gerombolan yang pergi meninggalkan majlis itu.

Mungkin Najib perlu berdebat dengan Anwar, supaya boleh minta sedikit tips bagaimana mahu menarik rakyat mendengar apa yang disampaikan, kerana setakat ini najib telah gagal.

Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .

Najib Pun Tak Berani Nak Debat Tau.....

| comments

Bila baru-baru ini, Ac Mizal saudagar gelang yang kaya raya tu naik angin sebab Abby Abby mempertikai slogan polis, Ac Mizal pulak jadi rosmah, dia lantik diri dia sendiri mewakili anak-anak polis. kah..kah..kah.


Dan lepas tu Abby pulak reply, dia kata dia berani kalau nak debat, dia boleh bawak bukti dan saksi lagi.


Macam mana ni, Abby pun berani tau , walaupun dia seorang wanita, apa kisah pulak menteri wanita sorang tu, sampai hari ini tak berani pun nak debat.. kah..kah..kah








Rupanya menteri wanita itu tak berani berdebat. kah..kah..kah



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .
 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit