Selepas peristiwa serangan pagi semalam yang menyebabkan bas Jelajah Merdeka Rakyat Anwar Ibrahim mengalami kerosakkan, petang tadi sekali lagi cubaan menggagalkan siri Jelajah Anwar Ibrahim dilakukan.
Anwar Ibrahim diserang semasa memberi tazkirah dan kuliah agama di Masjid Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah.
Menurut saksi kejadian, Anwar diserang sekumpulan ahli yang mengaku PERKASA dengan membaling selipar ke arah mimbar masjid tempat Anwar sedang mengadakan kuliahnya yang dihadiri lebih 200 jemaah di dalam rangka jelajah Merdeka Rakyat yang bermula Jumaat lalu.

Anggota Perkasa tersebut juga turut memutuskan bekalan elektrik ke masjid tersebut untuk menyekat kuliah itu diteruskan, menyebabkan jemaah bergelap dan kuliah agama diteruskan menggunakan pembesar suara masjid menggunakan bateri.
tanpa memperdulikan kesuciaan rumah ALLAH , mereka tanpa malu telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Anwar dan para jemaah selain membuat bising dengan membunyikan hon kereta dengan tujuan untuk mengganggu Anwar memberi kuliah.

Dato' Yusof Ketua Perkasa juga telah mengugut akan bertindak lebih keras sekiranya Anwar tidak menghentikan kuliahnya serta-merta tetapi jemaah masjid terus mendengar kuliah yang disampaikan setelah Anwar Ibrahim meminta jemaah bertenang dan meneruskan kuliah yang disampaikan.
Saksi memberitahu melihat kumpulan Perkasa berkenaanmengikuti rombongan jelajah Anwar sejak dari Kuala Perlistetapi mereka tidak melakukan apa-apa perkara yang tidak diingini sehinggalah kejadian sebentar tadi berlaku selepas solat fardu Maghrib..
Anwar kini berlindung sementara di kediaman imam masjid tersebut yang dikawal ketat oleh pengawal keselamatan Anwar dan juga orang kampung, manakala pengawal peribadinya yang difahamkan cedera kini dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Polis yang dimaklumkan kejadian itu telah datang mententeramkan keadaan termasuk mengusir puak Perkasa dari masjid tersebut tanpa sebarang tindakan diambil terhadap mereka yang mencetus kekacuan.
Jika peristiwa merosakkan bas jelajah dilakukan sebelum ini, kini Anwar diserang secara keterlaluan termasuk ketika memberi kuliah agama di rumah ALLAH, jika mereka tidak mahu menghormati rumah ALLAH, apakah golongan perkasa ini mahu membela Islam?.. fikir.. fikir.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
+ comments + 2 comments
Bhai TukangLawan...
Elok sangat la aper yang diorang buat tue... ini semua pasai diorang berbaiah dengan Tun Azazil.... si SyaiTUN tue... hahaha
Syaitan blh berehat smbil ketawa krn tugas dia da diambil oleh ank didik dia.
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.