Nenek 3 Cucu Ambil SPM

| comments

Seorang nenek yang mempunyai tiga cucu merupakan antara 70 calon 'matang' yang mengambil peperiksaaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak dekat Yan hari ini.

Kesemua calon matang itu adalah guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) berusia antara 30-an hingga 55 tahun.

Hasanah Abdullah, 55, guru Kafa di Masjid Al-Amin, Sungai Layar, Sungai Petani berkata beliau gembira kerana berjaya mencapai impiannya untuk mengambil peperiksaan itu sejak 38 tahun lepas.

Katanya kematian ibu ketika berusia 15 tahun dan masalah kewangan menyebabkan impiannya untuk mengambil peperiksaan itu seperti rakan sebayanya yang lain ketika berumur 17 tahun terkubur.


"Selepas ibu meninggal, saya mengambil tugas ibu menjaga adik-adik yang ketika itu masih kecil. Setiap tahun saya akan menangis dan meminta izin daripada bapa agar membenarkan saya bersekolah semula kerana mahu menduduki SPM," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sekolah itu hari ini.

Hasanah yang tinggal di Sungai Layar, Sungai Petani dan mempunyai enam anak, mengambil mata pelajaran teras dengan tambahan Bahasa Arab.

Hasanah yang belajar di sekolah swasta, Sekolah Menengah Langkasuka, Guar Chempedak berkata beliau mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan SPM untuk mengejar cita-cita masuk ke universiti.

Walaupun terpaksa menduduki SPM pada usia yang lewat namun ia bukan penghalang demi menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan prestasi akademik, katanya.

Bagi Mahmud Sri Wijaya Othman, 48, guru Kafa di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Dawai, Sungai Petani pula, beliau tidak berasa kekok untuk berada di dewan peperiksaan demi menimba ilmu.

Bapa kepada lima orang anak itu menjadikan anak sulungnya, Al-Kausar, 18, sebagai pendorong untuknya berjaya dalam SPM.


"Dahulu saya hanya bersekolah sehingga darjah enam sahaja, kemudian sambung ke sekolah Arab dan tidak pernah mengambil peperiksaan SPM. Saya bersyukur kerana anak saya sering membantu terutama dalam mengulang kaji pelajaran dan keluarga menjadi pembakar semangat untuk saya cemerlang dalam SPM," katanya.

Pemangku Pengetua SM Langkasuka, KS Maniam berkata pada tahun ini seramai 147 pelajar sekolah itu termasuk 70 guru Kafa dan enam jururawat menduduki peperiksaan SPM manakala bakinya calon mengulang semula SPM.

Beliau berkata calon yang terlibat tidak hanya membabitkan daerah Yan malah mereka dari serata daerah di negeri ini termasuk Sik, Pendang dan Kuala Muda.

-Bernama

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit