Pemimpin Bukan Islam Kecam Soi Lek Kerana Serang Islam Untuk Tutup Isu Lain

| comments

Penghinaan MCA terhadap Islam turut mendapat pelbagai reaksi bantahan pimpinan Pakatan Rakyat.

Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Chua Jui Meng membidas tindakan Soi Lek itu.

Chua Soi Lek tidak patut hina agama lain. Lebih menghairankan Perdana Menteri langsung tidak tegur,” katanya ketika dihubungi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, S Manikumar mengingatkan pemimpin BN supaya mendalami sesuatu isu sebelum buat kenyataan.

Sebelum buat kenyataan, elok fahami dulu. Jangan hina kerana ia merupakan satu cabang undang-undang Islam,” tegasnya.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw memberi amaran kepada BN agar tidak mencampuri agama lain dan menganggap perbuatan itu tidak wajar.

Tidak patut pemimpin MCA hina agama lain. Jangan sibuk dengan urusan agama orang lain,” tempelaknya.

Ahli Jawatankuasa DAP, Datuk Teng Chang Kim kesal tindakan MCA, yang disifatkan beliau parti lama, tetapi tidak memahami Islam.

Mengutuk sama kenyataan Soi Lek adalah Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon.

Katanya, Soi Lek cuba mengalih perhatian rakyat daripada isu rasuah dengan memainkan isu hudud.

Soi Lek banyak kali mempermainkan isu hudud demi politik sempit MCA tetapi memperlekehkan isu rasuah dan penyelewengan kerajaan Umno BN yang didedah dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011,” katanya dalam kenyataa


Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 
 
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit