Kerajaan Selangor Disaman Syabas Kerana Utamakan Rakyat?

| comments

Kerajaan Selangor disaman oleh Syabas gara-gara kerajaan Pakatan Rakyat itu tidak bersetuju menaikkan kadar tarif air, 

 Pada 10 November tahun lepas, Syabas memfail saman sivil dengan menamakan kerajaan Selangor sebagai defendan. Selepas itu, kerajaan Selangor menyeret kerajaan persekutuan sebagai pihak ketiga dalam saman berkenaan.

Syarikat itu menuntut kerajaan Selangor membayar RM1.05 bilion sebagai bayaran pelarasan tarif air.

Dalam penyata tuntutannya, Syabas menyatakan pengiraan pampasan yang dituntutnya dibuat berdasarkan formula RM1.89 bagi satu meter padu.
    
Kemudian, syarikat itu memfail permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membuat pindaan terhadap tuntutannya dengan memasukkan dua kadar lain - RM1.82 dan RM1.80 bagi satu meter padu - bagi mengira bayaran pampasan.
    
Dalam penyata tuntutannya, Syabas berkata berdasarkan perjanjian konsesi bertarikh 15 Disember 2004 yang ditandatanganinya dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Selangor, ia diberi konsesi 30 tahun untuk membeli air yang dirawat daripada pengendali rawatan air dan membekalkannya ke kawasan pengedaran mengikut syarat yang ditetapkan dalam perjanjian berkenaan.
    
Kata syarikat itu, melalui surat bertarikh 31 Mac 2008, ia menghantar satu dokumen kepada kerajaan Selangor untuk menyokong permohonannya menaikkan tarif yang diwartakan sebanyak RM1.39 satu meter padu bagi tempoh pengoperasian ketiga dari 1 Jan 2009 hingga 31 Disember tahun lepas.
 
Syabas mendakwa kerajaan Selangor gagal memaklumkan kepadanya sama ada ia bersetuju menaikkan tarif yang diwartakan itu kepada kadar yang telah dipersetujui.
 
Gara-gara tidak mahu setuju tariff air dinaikkan kerana kelak akan membebankan rakyat Selangor, Kerajaan Selangor mahu disaman oleh Syabas, patutlah Syabas beria-ia menyerang kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, simpan dendam rupanya.
    

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit