najib Razak penakut untuk menegur Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang menghina Islam, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Chua Soi Lek begitu biadap serang Islam (tetapi) Najib cuma duduk senyum sahaja, (malah) beliau langsung tak suarakan bantahan dalam ucapannya selepas itu,” kata Ketua Umum KEADILAN itu
depan 3,500 rakyat pada Ceramah Perdana Demi Rakyat di tapak pasar malam
Taman Melati, malam semalam.
Soi Lek dalam ucapannya di Perhimpunan Agung MCA Ahad lalu menyatakan
1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika undang-undang Islam
dilaksana.
Pemimpin MCA lain pula memfitnah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik
Mat kononnya beliau menggalakkan wanita bukan Islam dirogol.
Anwar
berkata, tindakan berkenaan menunjukkan kegagalan Umno menjelaskan
kefahaman Islam terhadap parti komponen BN dan tiada kesefahaman sesama
mereka.
Tambah Ketua Pembangkang itu, ia berbeza dengan pentadbiran Pakatan
Rakyat yang sentiasa mengadakan perbincangan jika berlaku salah faham.
“Ketika DAP buat kenyataan (dan timbul salah faham), saya undang semua pemimpin Pakatan Rakyat dan kita bincang.
“Dari pukul 8 hingga 12 tengah malam, kita bincang di ibu pejabat PAS
untuk selesaikan (masalah) dan keluarkan kenyataan bersama,” katanya
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.