Pakatan Rakyat (Pakatan) akan mengumumkan satu deklarasi yang dinamakan ‘Deklarasi Kuching’ pada Sambutan Hari Malaysia di Sarawak, Ahad ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia merupakan satu rangka bersama antara parti-parti Pakatan bagi menyatakan komitmen dalam usaha memperkasakan Sarawak dan Sabah setanding dengan Semenanjung.
“Satu deklarasi yang dinamakan ‘Deklarasi Kuching’ akan kita umumkan di Kuching yang akan ditujukan khusus kepada usaha kita untuk memperkasakan Sarawak dan Sabah,” katanya.
Menurut Ketua Umum KEADILAN itu, Deklarasi Kuching yang mangandungi beberapa agenda utama ini akan turut ditandatangani oleh pemimpin utama Pakatan.
“Ia juga satu janji Pakatan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya Sabah dan Sarawak dalam memastikan masyarakat terus hidup dalam perpaduan dan keamanan,” katanya.
Jelas Anwar, sambutan Hari Malaysia pada tahun ini diberi tumpuan di Sabah dan Sarawak, yang mana sambutan ambang Hari Malaysia akan diadakan di Kota Kinabalu pada 15 September sebelum ke Kuching Sarawak pada 16 September.
Kata beliau lagi, segala persiapan sambutan tersebut disusun oleh Pakatan Sabah dan Sarawak.
“Kita juga turut memberi bantuan untuk sambutan tersebut tetapi segala persiapan dilakukan sepenuhnya oleh jentera Pakatan Rakyat di negeri-negeri tersebut,” katanya dipetik Harakah Daily
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.