Minyak Sawit Pun Kroni umno Nak Sapu.

| comments

KEADILAN mendedahkan hampir semua kuota eksport bebas cukai (CPO) untuk mengeksport minyak sawit mentah diberikan kepada kroni Umno BN.

Pendedahan itu dimaklumkan Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan, Wong Chen pada sidang medianya di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Katanya, perkara itu membolehkan kroni-kroni Umno BN terlepas dikenakan cukai hingga menyebabkan negara kerugian RM4 bilion pada tahun ini.

Sebilangan pemegang CPO bukan di kalangan pengusaha minyak sawit. Mereka adalah saudagar Umno BN yang ghairah untuk mendapatkan keuntungan besar,” katanya.

Menurut Chen, tindakan kerajaan menaikkan kuota CPO daripada 3.6 juta kepada 5.6 juta tan metrik menyebabkan lebih banyak minyak mentah dibawa ke luar negara sekaligus menjejaskan pasaran dalam negara.

Tambahnya, industri penapisan minyak sawit di negara ini mengalami krisis kerana hanya mampu menampung 60 peratus kapasiti dalam negara.

Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan merahsiakan penerima kuota CPO kononnya ia dianggap rahsia rasmi kerajaan.

“Dua hari lalu, pada Forum Minyak Sawit Antarabangsa di ibu negara, kami mendapat maklumat nama-nama penerima kuota tidak boleh disiarkan kononnya rahsia rasmi.

Tindakan mengejut ini sedikit sebanyak memberi penjelasan mengapa kerajaan Umno BN memilih untuk menaikkan kuota CPO.

“Pendedahan ini menyokong kepercayaan bahawa sebilangan besar pemegang kuota bukan pengusaha minyak sawit tetapi kroni Umno BN,” katanya.

Justeru, beliau mencabar Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi mendedahkan keseluruhan penerima kuota CPO tersebut.

Menurut Chen, kerajaan seharusnya telus dalam menguruskan kuota CPO tersebut bagi mengelakkan berlaku lebih banyak ketirisan.

Katanya, dengan ketelusan, sekurang-kurangnya RM2 bilion hasil cukai dapat diselamatkan untuk perbendaharaan negara.

RM2 bilion bukan jumlah yang kecil. Ia cukup untuk menampung separuh kos dasar pendidikan tinggi percuma bagi menggantikan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional),” katanya.

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit