Setiausaha Poltik Timbalan Presiden PKR, Hilman Idham, yang juga pembantu khas kepada Azmin Ali ditahan memasuki Sabah hari ini.
Beliau ditahan kira-kira jam 3.15 petang tadi oleh Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Ketika dihubungi, Hilman mengesahkan penahanan itu dan beliau dihantar balik ke Kuala Lumpur.
Azmin bagaimanapun berjaya memasuki negeri itu tanpa sebarang notis yang sama diterima oleh Hilman.
“Lebih kurang jam 3.15 petang tadi saya sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, sebaik sampai, saya terus ditahan penguasa Imigresen.
“Pegawai tersebut mengatakan tindakan itu atas arahan Pejabat Ketua Menteri Sabah, dan menunjukkan notis penolakan masuk,” katanya.
Notis penolakan masuk Hilman ditandatangani oleh Fenny Fiona J Jeplin yang menjawat jawatan Timbalan Penolong Pengarah Imigersen
Menyifatkan penahanan itu sebagai menghalang hak asasi rakyat, beliau bagaimanapun kesal dengan kejadian kedua dilaluinya selepas insiden sama berlaku pada 15 Jun lalu ketika mahu memasuki Sarawak.
“Tak disangka-sangka, menjelang Hari Malaysia, kebebasan hak asasi rakyat masih dinafikan. Kita akan lawan,” kata Hilman lagi dalam twitternya.
Turut bersama beliau ke Sabah 10 lagi individu lain.
Kedatangan mereka bagi menyempurnakan sambutan Hari Malaysia bersama Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Azmin di Sabah dan Sarawak pada Sabtu dan Ahad ini.
Rabu lalu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Pengerusi Bersama Bersih, Ambiga Sreenevasan membuat semakan kehakiman untuk mencabar larangan beliau memasuki Sarawak.
Beliau dihalang memasuki negeri itu sejak 15 April tahun lalu.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.