KEADILAN mengecam sekeras-kerasnya penerbitan filem ‘Innocence of Muslims’ yang menghina Islam dan Rasulullah SAW.
Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, filem itu adalah produk dari perancangan untuk menyinggung sensitiviti umat Islam dan mencetuskan kekacauan.
“Justeru, ia harus ditarik balik dan dikutuk dengan tegas oleh pemimpin-pemimpin dunia,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Selanjutnya, beliau berkata, sempadan antara pencabulan dan penghinaan terhadap agama dengan kebebasan bersuara mahupun seni artistik (artistic license) perlu digariskan.
“Amerika Syarikat perlu bertindak ke atas individu yang bertanggungjawab menghasilkan filem yang jijik dan keji itu, dan menunjukkan bahawa kebebasan bersuara tidak boleh disalah guna untuk jenayah kebencian (hate crime),” kata Anwar lagi.
Filem arahan Sam Bacile itu mula muncul di laman Youtube Selasa lalu dan menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.
Tunjuk perasaan tercetus di Mesir, Yaman dan Libya , malah, Duta Amerika ke Libya turut terbunuh dalam serangan di Benghazi pada hari sama ia tersebar.
Mengecam tegas pembunuhan sia-sia itu, Anwar menyeru umat Islam yang menghargai kebebasan supaya tidak bertindak terburu-buru dan ganas.
Ketua Pembangkang itu berkata, tindakan itu jelas menunjukkan dalang di belakang filem ini ingin menyemai persengketaan antara agama.
“Filem ini bukan sekadar menyinggung perasaan umat Islam, malah penganut agama seluruh dunia tidak boleh dibenarkan untuk dijadikan alasan oleh pelampau untuk menimbulkan lebih banyak keganasan.
“Maka keganasan dipilih untuk jatuh ke perangkap mereka,” katanya.
“Kami menyeru semua pemimpin masyarakat serata dunia memperbaharui usaha untuk menguatkan hubungan antara agama, berdialog dan tidak membenarkan salah faham dan syak wasangka menguasai kita,” katanya.
Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok....
AWAS# Sebarang komen yang anda tulis dibawah memungkinkan penulis blog ini dipenjara kerana tidak menasihati anda supaya jangan mengeluarkan sebarang komen, walau bagaimana pun, mengikut konsep hak asasi manusia yang diguna pakai, manusia itu mempunyai hak dan kebebasan untuk bersuara dan menyatakan pendapat, sebarang komen dari anda dialu-alukan oleh penulis blog. Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.