Adakah sa-orang diktator itu mesti membunuh sahaja? Tidak sama sekali. Bertindak zalim terhadap musuh politik juga diktator. Selain itu, menganggap bahawa dirinya sahaja sa-orang pemimpin yang betul juga diktator. Fikirkan perkara-perkara tersebut. Rakyat usah lupa istilah 'Mahathirisme' dan budaya takut (Culture of Fear) yang terhasil daripada terbitan pemikiran Mahathir ini.
Rakyat juga jangan lupa terbitan kata 'mahazalim' dan 'mahafiraun' hasil daripada peristiwa Reformasi 98 dahulu. Mahathir Mohamad adalah individu yang bertanggungjawab mengikat mahasiswa dengan mengikat dengan AUKU, meminda perlembagaan dan menghina Raja - Raja Melayu, menghina Bahasa Melayu (Perkara 152), mencipta undang-undang menyekat media, menghumban berpuluh - puluh musuh politik ke ISA dan banyak lagi ketika zamannya.
Mungkin juga kenyataan beliau yang baru ini adalah hasil daripada eksplotasi rakyat terhadap kes anaknya yang terbaru dan juga debaran menanti ketibaan DSAI naik sebagai PM. Jadi, segala kesilapan dan dosa beliau akan terbogel satu demi satu seterusnya ke penjara. Adakah begitu?
Oleh itu, kita tunggu dan lihat apa yang bakal terjadi. Semoga Tun terus panjang umur supaya dapat melihat parti kesayangannya (UMNO BARU) ditumbangkan dan melihat segala kesalahan, kezaliman dan dosa pemimpin United Malays National Organisation dibuka dan ditelanjangkan satu demi satu. Semoga berpeluang melihat semua ini seperti yang pernah diungkapkan oleh Arwah Ustaz Fadzil Noor.
MEGAT HIDAYAT,
INSTITUT TEKNOLOGI MARA.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.