Mahathir Bukan Diktator

| comments

Mahathir Bukan Diktator
Oleh: Ahmad Amir Arshad Bin Ahmad Shariman

Tun Mahathir meragam lagi, kali ini dengan persoalan adakah dirinya DIKTATOR? Persoalan ini sememangnya sukar untuk dijawab oleh Tun Mahathir sendiri. Bahkan, kesemua diktator di dunia ini tidak pernah mengakui mereka adalah diktator. Namun tidak sukar untuk beritahu Tun Mahathir kerana laporan perkhidmatannya selama ini berada ditangan rakyat.

Mantan Perdana Menteri Pertama yang juga merupakan Bapa Kemerdekaan Malaysia pernah menyatakan dengan penuh yakin bahawa Tun Mahathir merupakan seorang diktator . Almarhum Tunku Abdul Rahman menyatakan kekesalan apabila melihat asas demokrasi yang dibinanya sedang diruntuhkan oleh Tun Mahathir dengan menggunakan pelbagai kaedah, yang menjurus kearah kuku besi. Beliau merujuk kepada pemilihan UMNO tahun 1987 yang membawa kepada tragedi pengharaman UMNO. Peristiwa itu menjelaskan sikap sebenar Tun Mahathir dalam menangani musuh-musuh politiknya.

Tun Mahathir juga menggunakan akta media sebagai senjata utamanya dalam menghadapi musuh-musuh politik luar dan dalamm UMNO. Akta ini jelas menyekat kebebasan bersuara yang telah dijamin dalam perlembagaan. Kita lihat kepada nasib akhbar Harakah milik PAS yang ditekan menggunakan akta sekatan media itu, Harakah dikurangkan sirkulasinya daripada dua kali terbitan sebulan kepada sebulan hanya sekali. Terbitan akhbar itu juga diterhadkan kepada ahli sahaja.Berbeza dengan akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia yang dicetak secara meluas sebagai media arus perdana.

Pengenalan akta yang menyekat kebebasan media itu dirasakan minimum oleh sang diktator ini, maka Akta Keselamatan Dalam Negeri hasil bingkisan penjajah yang digunakan keatas komunis di Tanah Melayu. Ketika itu Tun Mahathir juga menjawat Menteri Dalam Negeri, rujuk kes Operasi Lalang 1987 itu, yang ditangkap bukanlah komunis tetapi musuh-musuh politik kepada Tun Mahathir. Antara mangsa akta ini termasuklah Datuk Seri Najib yang masa itu Ketua Pemuda UMNO berucap menaikkan sentimen perkauman di Stadium TPCA Kampung Baru, namun dia tidak bercuti di Kem Kamunting, dia dibenarkan bercuti ke luar negara.Ketua Pemuda MCA ketika itu juga bercuti ke luar negara. Hampir semua pimpinan pembangkang ketika itu termasuk pihak yang tidak pro-Mahathir disumbat ke Kem Kamunting. Untuk mengaburi tindakan kuku besi itu, maka satu atau dua ikan bilis dari Pemuda UMNO (Tajuddin Rahman) ikut juga bercuti di Kem Kamunting.

Tahun 1998 menyaksikan peristiwa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan ketika itu segala dokumen yang diklasifikasikan sebagai rahsia kerajaan dibawah Akta Rahsia Rasmi, dijadikan ugutan untuk menekan Datuk Seri Anwar Ibrahim, hingga ke hari ini, dokumen yang didakwa itu tidak wujud. Dalam peristiwa itu juga memperlihatkan kuku besi Tun Mahathir semakin melampau. Kawalan media digunakan sepenuhnya untuk mengaibkan keluarga dan Datuk Seri Anwar Ibrahim - apabila kesemua Afidavit POLIS di mahkamah, didedahkan. Kenapa dokumen rahsia itu boleh diedarkan dan disebarkan oleh semua media milik pemerintah.

Penangkapan Datuk Seri Anwar ala gestapo itu dibuat dengan memecah masuk kediaman beliau, juga memperlihatkan kezaliman Tun Mahathir. Setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada kerajaan, beliau berulang kali menyatakan kesediannya untuk memberikan kerjasama kepada pihak POLIS untuk siasatan. Walaupun begitu, beliau diheret keluar dan setelah itu hilang selama tiga hari.Hasil daripada tekanan politik ketika itu, akhirnya Datuk Seri Anwar muncul (setelah hilang) di Mahkamah Kuala Lumpur.Tetapi kemudiannya ditukar pada saat akhir ke Mahkamah Petaling Jaya, seperti ada cubaan untuk selindungkan sesuatu.Kebenaran tetap datang menyapa rakyat, apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil dengan kesan lebam di mata.Membuktikan aspek diktator Tun Mahathir mengawal POLIS kerana ketika itu dia juga merupakan Menteri Dalam Negeri.Slogan yang dilaungkan ketika itu 'Sebelah mata Anwar lebam, rakyat mula membuka mata'

Tun Mahathir kemudian meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003, adakah itu akan menggugurkan gelaran diktatornya? Tidak! Lihat sikap Tun Mahathir ketika Tun Abdullah Badawi menjawat jawatan Perdana Menteri, Tun Mahathir kerap menuntut perjanjiannya yang kononnya ada dengan bekas timbalannya itu. Apakah janji itu?Adakah pengagihan saham PETRONAS kepada anak-anaknya? Projek jambatan bengkok?Jika benar, kedua-dua permintaan diktator itu dinafikan oleh Tun Abdullah. Natijahnya Tun Mahathir membuat mobilisasi UMNO menentang Tun Abdullah yang akhirnya terjelepuk jatuh dari kerusi Perdana Menteri. Diktator itu pula sangat menggesa Tun Abdullah untuk mempercepatkan peralihan kuasanya kepada Datuk Seri Najib, sedangkan ketika dia membuat peralihan kuasa, dia memberikan tempoh satu tahun sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Tun Abdullah.

Kami lebih senang menggelar Tun Mahathir sebagai diktator, kerana saat Tun Abdullah menjawat Perdana Menteri, timbalan pilihannya adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin.Tetapi kehadiran Datuk Seri Najib itu merupakan percaturan Tun Mahathir untuk terus bertindak sebagai De Facto untuk Barisan Nasional.Jika Datuk Seri Najib tidak berkemahuan program transformasinya berterusan dilihat tempang, sila tubuh Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat segaka kebobrokkan dan korupsi Diktator Mahathir itu, maka lebih banyak senarai korupsi yang dapat rakyat Malaysia ketahui.Rakyat Malaysia harus sedar dan potong kuku besi yang mencengkam Barisan Nasional dengan menukar rejim diktator ini.

Kita selidiki sebilangan diktator yang pernah wujud di dunia, antaranya Hosni Mubarak yang menduduki tampuk pemerintahan Mesir hampir 30 tahun.Serupa dengan Tun Mahathir yang sedang memerintah Malaysia dengan cengkaman diktatornya, termasuk dua Perdana Menteri selepasnya.

Konklusinya, rakyat Malaysia harus tamatkan pemerintahan rejim diktator Mahathir ini dengan memecat Barisan Nasional daripada pentadbiran negara berdaulat ini.Untuk capai objektif itu, bangsa Malaysia ini harus berani dan tidak takut, kerana ketakutan akan hanya melahirkan lebih ramai diktator seperti Tun Mahathir.







Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tontong Koleksi video ceramah disini

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit