Dah banyak dah laman blog memainkan isu ini, laman rasmi Menteri Besar Selangor pun dah secara rasmi umumkan perkara ni. ( tengok sini ), isunya Kerajaan negeri Selangor nak saman MCA kerana telah memburuk-burukkan kerajaan negeri selangor.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di dalam sidang media semalam menyatakan tindakan tersebut diambil memandangkan tuduhan yang dibuat bukan sahaja tidak benar, bahkan telah mencemarkan nama baik kerajaan negeri Selangor.
"Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang menyaman MCA dan mereka yang telah membuat tuduhan terhadap kerajaan negeri berkenaan tohmahan penyelewengan RM1 ribu juta.
"Keputusan mengambil tindakan undang-undang ini dibuat kerana tuduhan yang dibuat ini tidak benar, berat dan mencemar nama baik kerajaan Selangor," katanya.
“Sehubungan itu kita tidak akan membuat apa-apa ulasan buat masa ini demi untuk tidak mengganggu proses perundangan kelak,” tambah beliau
Habislah MCA kalau negeri selangor menang kes ni, apa pun, kerana kerajaan selangor yang saman, MCA, dah pasti duit tu akan disalurkan kepada rakyat negeri selangor, tapi kalau BN dapat balik Selangor dah pasti kes tu nanti tutup macam tu je. siapa yang rugi?, rakyat selangor, yaang untung BN.
Jadi jom pakat-pakat pertahan Selangor, kalau dapat la Selangor pada BN, joli sakan umno, sebab Negeri selangor dah kaya sekarang, duit simpanan je dah billion, billion.... tau banyak mana tak?
Kalau tak tahu banyak mana Billion, Billion tu tanya Rosmah.. kah..kah..kah.
Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.