JPJ Buat Duit, Nizar Kene Hentam

| comments

NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Tak habis-habis lagi ke isu no plat WWW1 tu, hari ini sibuklah Polis nak siasat bekas MB Perak yang dulu pun dikatakan menderhaka pada Sultan.

Agaknya kalau nama Nizar saja, Umno ni suka kata menderhaka pada sultan, padahal dalam kes perak dulu, kita semua tahu siapa yang buat onar.

"tukanglawan" sendiri malas nak main isu no Plat nei, Tak ada kemegahan sebenarnya pakai no plat lawa-lawa ni, sebab "tukanglawan" sendiri pun pernah beli no Plat, itu sekadar kepuasan peribadi, tak lebih dari itu.

Tapi kalau dah sampai ratus ribu, korang fikirlah sendiri, "tukanglawan" malas nak ulas.tengok dulu kiri kanan korang, kawan mana yang lepak sama-sama tapi tak makan sebab tak ada duit. cuba kaji dulu kawan-kawan kita yang mana sekarang ni tengah ada masalah kewangan yang besar.

Otak "tukanglawan" malas nak buat kira-kira malam nei. RM500,000.00 lebih itu boleh buat apa, boleh gajikan siapa selama tempoh apa. tapi yang jelas, ISLAM TIDAK MENGAJAR KITA MEMBAZIR, ( ada sesiapa nak bantah?)

Berbalik pada isu utama, JPJ punya bijak korek duit dengan bida nombor, tak pulak dipersalahkan. ye la, di Malaysia serba boleh ini, Cari duit itu taklah salah, tapi kerana terlalu nak sangat orang seolah-olah berjudi untuk rebut no Plat tu, orang lain yang kene persalah.

Kalau ye pun Nizar tak setuju dengan harga dan wang yang dibazirkan untuk beli no tersebut, itu hak beliau, sama juga dengan ramai rakyat lain yang merungut tentang kos beli no plat bukan setakat WWW1, tapi banyak lagi WWW lain. itu hak masingx2, semua bising.

Masalahnya bila Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak itu bersuara seperti juga rakyat lain. Sebab nama dia Nizar polis nak siasat.

Bukankah Nizar juga menyampaikan apa yang orang lain juga rasa, Nizar juga telah memohon maaf melalui mesej Twitter berbunyi: "Jika ada mana-mana pihak yang tergores hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf".

Ahbar Sinar Harian pula melaporkan Nizar berkata apa yang dinyatakan dalam laman Twitternya itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000.

Tak kisahlah apa pun, Tengku Mahkota Johor pun dah kata itu wang mereka sendiri, tak ambil pun duit rakyat, sekurang-kurangnya dia buat kenyataan,

Najib yang membazirkan wang untuk majlis tunang anak dan hari jadi pun tak berani tunjuk bukti dia tak pakai duit rakyat walaupaun resit tu alamat Jabatan Perdana Menteri, padahal najib la kononnya yang sangat wasatiah.

Pelik Malaysia ku ini, JPJ yang dapat duit, orang lain yang kene hentam, Kalau la polis nak dakwa nizar konon menghasut, tangkap juga la ribuan lagi rakyat yang dok komplen harga no plat paling mahal dalam sejarah malaysia tu.

Nampak sangat Polis ni tak tahu apa-apa, tak baca tweeter ke woi. Jangan la sebab Nizar tu pemimpin Pakatan, laju je nak tangkap, takut esok kat akhirat kita pulak laju je kene humban sebab tak pernah bertindak adil.


Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit