Lembu NFC Pun Takut Lapor Kesalahan Menteri

| comments

Lembu pada zaman umno telah ditransformasi untuk tinggal dalam kondo mewah dan naik kerete mercedes, perkara itu didedahkan oleh Rafizi Ramli satu ketika dulu.

Kalau tidak kerana Pengarah strategik PKR itu pecah rahsia si keluarga menteri, maka agaknya tak akan ada siapa yang tahu penganiayaan keluarga menteri terhadap lembu-lembu NFC tersebut.

Kesian lembu-lembu itu, sudahlah dipaksa tinggal dalam kondo mewah, walaupun padang ragut disediakan, mengapa padang ragut itu jauh di putrajaya. nasib ada mercedes mewah disediakan keluarga si menteri untuk lembu itu berulang alik dari one menerung bangsar ke presint 10 putrajaya. itu pun terpaksa berhimpit-himpit dalam kereta berharga RM600,000.00 itu.

Rakyat Malaysia seharusnya berterima Kasih kepada Rafizi, kerana Rafizi la Rakyat tahu nasib malang yang menimpa lembu-lembu itu.

Tapi agak tidak berapa logik di sebalik tindakan Bank Negara baru -baru ini memanggil Rafizi Ramli, Rafizi yang pecah rahsia bahawa keluarga menteri lembu itu salahguna dana untuk paksa lembu tinggal dalam kondo diarah hadir untuk disoal siasat berhubung dakwaan melakukan kesalahan mengikut Akta Institusi Perbankan dan Kewangan.

Itu yang peliknya, mengapa jika kita mahu lapor dan dedah salah guna kuasa pak menteri atau mak menteri kita pula yang perlu disoal siasat, kenapa tak siasat keluarga si menteri yang mendera lembu-lembu itu.

Berat benar hukuman yang menanti kita jika dedah maklumat berkaitan kesalahan guna wang dana untuk paksa lembu duduk dalam kondo ini tau, jika disabitkan kesalahan kerana pendedahan berkaitan salah laku keluarga menteri yang sepatutnya rakyat perlu tahu,ia boleh sehingga melibatkan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda tidak melebihi RM3 juta.

Wah, kalau begitu, semua orang takutlah lepas ini nak buat laporan atau pendedahan berkaitan dengan keluarga menteri. bukan apa, jika buat laporan penyelewengan seperti contoh paksa lembu tinggal dalam kondo mewah nanti pun boleh kene penjara.

Akta ini, akta itu, akta ini untuk benteras salahguna kuasa ke atau untuk takutkan rakyat supaya tak bersuara.

Sebab Tranformasi najib la ni, lembu didera mental dan perasaan sehingga terpaksa tinggal dalam kondo mewah, dan sebab transformasi juga menteri dah jadi kebal macam transformer.

Buatlah laporan kalau berani, nanti kene penjara tiga tahun, bukan individu yang dilaporkan tapi yang nanti kene penjara ialah individu yang melaporkan.

Senang kata, eloklah balai polis dan SPRM ditutup saja, sebab lembu pun tak berani buat laporan, takut didenda RM3 juta nanti. kah..kah..kah


Sila like jika suka artikel ini, dan send ke rakan anda untuk kongsi
NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno


Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit