Penulis blog, Anak Sungai Derhaka menyebut gara-gara taksub dengan konsep ‘1Malaysia" yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, akhirnya agama Islam itu sendiri menjadi carca merba.
Di dalam blog, http://darisungaiderhaka.blogspot.com, beliau membongkarkan berita panas yang untuk memberi kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia kenapa perlu mereka menolak Umno BN pada Pilihan raya Umum akan datang.
Tulisnya, jika rakyat terus membiarkan mereka berkuasa, maka akhirnya agama akan terus diperkotakkatikkan sesuka hati oleh mereka yang berkuasa.
“Terbaru, kami berjaya membongkarkan sebuah kawasan tanah perkuburan ‘1Malaysia’ di Parlimen Pekan iaitu kawasan Najib itu sendiri.
“Sungguh mengejutkan apabila tanah perkuburan di Tanjung Agas itu menempatkan kubur Islam, Budha dan Kristian dalam satu kawasan tanah perkuburan, tanpa ada perasaan bersalah oleh pihak terbabit,” tulis beliau.
Menurutnya, selama ini ramai di kalangan mereka yang lalu lalang di sekitar kawasan terbabit tidak perasan dengan lokasi berkenaan.
Memang, katanya banyak kawasan seperti itu terdapat di sepanjang jalan dari Pekan ke Rompin, namun difahamkan ia melibatkan kubur Orang Asli.
“Namun, apa yang berlaku di Tanjung Agas ini agak menakjubkan, kerana ia bukan tanah perkuburan orang Asli tetapi juga menempatkan kubur orang Islam biasa.
“Soalnya sekarang, apakah Najib sedar dengan apa yang berlaku ini?” soalnya.
jom tengok video bawah nei
Justeru, katanya tidak timbul persoalan mereka iaitu orang Islam itu adalah Orang Asli atau tidak.
Apa yang penting mereka telah memeluk agama Islam, malah terdapat nama pada batu nisah tertera "Kechik Binti Muda" (kiri) yang letak bersebelahan dengan jirat Cina (bukan Islam).
Malah, tulisnya lagi terdapat juga kubur-kubur orang Kristian lain di kawasan terbabit.
Menurutnya, umum mengetahui bahawa kawasan Tanjung Agas itu kini majoritinya didiami oleh warga Kemboja yang diimport sebagai ‘pengundi tetap’ Najib di Parlimen Pekan.
Makanya, ujar beliau kemungkinan besar kubur Islam yang terdapat di situ ialah adalah orang Melayu Islam Kemboja.
“Anehnya, kenapa perkara ini terjadi?" tanya beliau.
Beliau juga mempersoalkan ke mana perginya Jabatan Agama Islam Pahang dan Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang yang sepatutnya memantau kegiatan seperti itu.
Baginya, ternyata apa yang berlaku itu sungguh memalukan dan amatlah mengecewakan umat Islam sebenarnya, tambahan pula ia terjadi dalam kawasan PM, Najib Razak.
Wah, Najib betul-betul serious pasal 1Malaysia ni... jahil agama ke, mana boleh tanam dalam satu kawasan, atau najib tak pernah turun kawasan, al-maklum la kawasan tu ramai kemboja. hahahaha
Wah, Najib betul-betul serious pasal 1Malaysia ni... jahil agama ke, mana boleh tanam dalam satu kawasan, atau najib tak pernah turun kawasan, al-maklum la kawasan tu ramai kemboja. hahahaha
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.