Jom lepak dataran, disana sekarang budak-budak yang bijak dan sedar hak mereka sedang berkhemah, mereka tak lepak saja-saja, tapi demi masa depan mereka dan generasi akan datang.
Mereka yang menuntut pendidikan percuma di negara bertindak memasang khemah di Dataran Merdeka, sementara menunggu perhimpunan Bersih 3.0, 28 April ini. ( korang turun tak?)
Mereka juga bernekad tidak akan berganjak dari Dataran sehingga pihak kerajaan turun padang menemui mereka bagi mendengar keluhan mahasiswa terhadap isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Sepanjang Jalan Raja Laut menuju Sogo, kumpulan lebih 500 mahasiswa itu melaungkan pelbagai slogan bagi menarik perhatian pengguna jalan raya, antaranya 'Hidup Mahasiswa', 'Jahanam Kapitalis', 'Najib Altantuya', 'Mansuh PTPTN', 'Bangkit Mahasiswa' sambil memegang pelbagai kain rentang.
Tiba di Sogo, kumpulan tersebut mula berucap bagi menyatakan pendirian mereka terhadap PTPTN yang disifatkan mereka hanya melahirkan 'graduan hutang'.
Sebelum itu, mereka meletakkan kalungan bunga pada potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Tindakan tersebut dikatakan sebagai simbolik kepada 'kematian' peranan dua menteri tersebut dalam usaha menyelesaikan isu PTPTN yang dibantah mahasiswa.
Antara pemimpin mahasiswa yang berucap Pengerusi SMM, Mohd Safwan Anang; dan mahasiswa yang digantung pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim.
Kumpulan itu kemudiannya kembali berarak ke Dataran Merdeka melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman, dan memasang lima buah khemah di Dataran serta mendirikan solat Asar berjemaah.
Kira-kira 30 anggota polis hanya memerhatikan kumpulan mahasiswa tersebut berhimpun tanpa sebarang provokasi daripada mereka.
Sementara itu, Safwan ketika ditemui media, berkata himpunan hari ini sebagai tanda amarah rakyat terhadap isu PTPTN yang didakwa lebih memberi keuntungan kepada kapitalis, sekaligus membebankan mahasiswa.
Ketika ditanya mengapa perhimpunan hari ini turut mengaitkan isu PTPTN dengan kepimpinan kerajaan sedia ada, Safwan berkata sekiranya mahasiswa mahu mengubah kerajaan, itu merupakan hak mereka sebagai pengundi.
"Kita tidak tahu bebanan masing-masing, tapi fokus isunya ialah PTPTN. Kalau mahu ubah kerajaan, itu hak mereka. Kita pun setuju, kalau kerajaan tidak mahu memberikan komitmen tentang hal (PTPTN) ini. Kita kata kerajaan perlu diubah, dan ia mesej jelas daripada mahasiswa," tegas beliau.
Justeru, kata beliau mahasiswa akan terus berkhemah di Dataran Merdeka sehingga pihak kerajaan respons terhadap tuntutan mereka.
"Kita akan teruskan protes ini di sini. Kalaupun dihalau, kita akan meneruskan protes. Kalau bukan di sini, di tempat lain yang akan diputuskan nanti," kata beliau.
Himpunan mahasiswa ini turut disertai pemimpin Pakatan Rakyat, antaranya Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Tian Chua; Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat RasipRozan; dan pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr. Jeyakumar Devaraj.
Manakala, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dijangka hadir ke Dataran Merdeka, malam ini bagi menyatakan sokongan kepada golongan mahasiswa.
Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan Facebook Page Untuk berita terkini
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.