Kain putih sepanjang beberapa ratus meter telah diusung ke Seri Perdana, Putrajaya selepas solat jumaat semalam. kain putih itu akan digunakan nanti untuk mengkafankan umno dan BN pada PRU 13 nanti, jika Felda Global Venture Holding (FGVH) disenaraikan juga di BSKL walaupun ditentang hebat.
Kenapa penyenaraian FGVH ditentang?, Pengerusi Anak Peneroka Felda (ANAK) Mazlan Aliman berkata, ini melibatkan kepentingan orang Melayu, melibatkan kepentingan peneroka.
"Bagaimana nasib orang Melayu nanti jika tanah orang Melayu (tanah para peneroka) nanti lenyap. Hampir 97 peratus Felda ini orang Melayu, Felda kini dalam krisis dan pergolakan yang mana ia tak pernah berlaku sebelum ini. Saya harap jangan sebab nak pertahankan Isa Samad, (seramai) 1.6 juta warga Felda hancur," katanya.
Apa yang kita perlu kita tahu ialah penyenaraian FGVH ini akan hanya akhirnya akan menguntungkan "golongan kapitalis elit", logiknya nanti apakah dengan tawaran wang untuk saham para peneroka ini dibeli atau pindah milik, peneroka ini tidak akan terpengaruh?. dimana akhir nanti tanah tergadai, duit akan habis. lalu peneroka menjadi pengemis dibumi sendiri.
Penyenaraian Felda nanti akan pasti mencagarkan tanah milik peneroka, si kapitalis nanti mengambil untung dari hak orang jika saham melonjak naik, tapi jika saham merudum dan hilang nilai?... si kapitalis akan hanya lepas tangan dan tanah milik peneroka yang digadai apa sudah jadinya?.
Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said dalam satu sidang media pada 28 mac lalu berkata, penyenaraian tersebut didakwa merugikan golongan peneroka serta generasi kedua dan ketiga dalam jangka masa panjang.
“Felda sudah tiada peruntukan daripada kerajaan tetapi yang ada sekarang ini melalui outfit Felda sendiri seperti Felda Plantation dan Felda Holding. Melalui outfit ini, sebanyak RM2.4 bilion setiap tahun diperuntukkan kepada Felda dan hasilnya Felda boleh memberikan berbagai imbuhan kepada peneroka dari sudut kos pentadbiran, pembangunan, penanaman semula,”
Sementara itu, Presiden Warga Felda Prihatin Muhamad Kamel Yassin dalam sidang media sama, menolak penyenaraian tersebut kerana tidak mahu melihat kesukaran hidup warga Felda seperti apa yang berlaku selepas penjualan tanah Felda Sendayan dan Felda LBJ.
“Saya mengambil iktibar apa yang berlaku di Sendayan, lihat peneroka yang diambil tanahnya, keadaan mereka lebih teruk apabila ada yang terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk meneruskan kehidupan,” katanya. (baca sumber rujukan disini)
Jadi apakah kewajaran tindakan Isa Samad yang berkeras mahu mengadaikan felda bagi tujuan keuntungan berlipat ganda? apakah pemimpin umno yang pernah terpalit isu rasuah dalam pemilihan parti umno itu memikirkan kepentingan peneroka atau berfikir tentang poket sendiri?,
Mengapa begitu kuat tekanan supaya tindakan ini dihentikan sehingga 11 badan bukan kerajaan (NGO) seluruh Malaysia secara rasmi mengumumkan penubuhan Gerakan Selamatkan Felda (GSF). (baca sini)
Perhimpunan simbolik "menghantar kain kapan buat umno" diketuai Pengerusi Anak Peneroka Felda (ANAK) Mazlan Aliman itu turut disertai, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Ketua Biro Felda PKR Suhaimi Said.
Selain itu perhimpunan tersebut juga turut disokong oleh Angkatan Muda Keadilan, Srikandi Keadilan, NGO seperti Jingga 13, Activis 901, SAMM dan beberapa NGO lain yang turut menyatakan sokongan terhadap peneroka.
Orang ramai yang menyertai perarakan itu turut membawa sepanduk yang bertulis "kami tolak FGHV", "Selamatkan Felda" kain panjang yang ditandatangan orang ramai bagi menolak penyenaraian.
Sila klik link dibawah untuk lebih berita mengenai artikel ini
Tak Sokong Isa Samad, Pegawai Kanan Jadi Tukang Gunting Akhbar
Isa Samad Hina Peneroka Felda ( video)
Awas, Felda akan tergadai (Video)
Perarakan ke pejabat PM bantah penyenaraian Felda
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.