Tak Sokong Isa Samad, Pegawai Kanan Jadi Tukang Gunting Akhbar

| comments

Ini betul-betul zalim, kalau beginilah sikap pemimpin Umnoapco, memang harus mereka ini ditumbangkan, mengapa pemimpin umnoapco ini tidak boleh dikritik sikit pun, apa benarkan semua yang mereka lakukan sehingga teguran terhadap diri mereka boleh dikenakan tindakan keterlaluan.

Itulah nasib yang dialami oleh seorang Setiausaha Koperasi Permodalan Felda (KPF) Abidin Abdul Rahman dilaporkan telah ‘disingkirkan’ ke Jabatan Perdana Menteri kerana didakwa membantah pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi koperasi itu.

Abidin yang juga adalah Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Komuniti) Felda, hanya diberikan tugas menggunting keratan akhbar untuk perpustakaan di jabatan itu sejak 1 Mac lalu.

Ini adalah tindakan keterlaluan, siapakah yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan demikian, ini boleh disifatkan sebagai satu penyalahgunaan kuasa malah lebih layak sekali dianggap "Dictatorship".

Apakah dengan menegur atau tidak menyokong sesuatu perkara yang dianggap tidak betul, dia layak dihukum begitu?

Sebab utama Abidin diperlakukan begitu ialah apabila beliau menyuarakan kebimbangan ahli pada Disember lalu berhubung cadangan melantik Isa, yang merupakan pengerusi Felda untuk memimpin KPF (Koperasi Permodalan Felda). Langkah melantik Isa itu dianggap melanggar peraturan koperasi.

"Dan untuk menjadi ahli, Isa (kanan) mestilah sama ada seorang peneroka Felda atau kakitangan operasinya," Ulas Datuk Mahfuz Omar dalam satu sidang media pembongkaran perkara ini di parlimen.

Sebelum ini, Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab (kiri) pula terpaksa mengambil cuti belajar selama sembilan bulan kerana membantah pelantikan Isa.

Adalah difahamkan juga kedua-dua pegawai kanan Felda itu juga membantah cadangan saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Kedua-dua orang besar felda itu menolak Isa Samad, pasti ada sesuatu yang tidak mereka mahu ianya terjadi, mereka lebih lama didalam felda, sedangkan Isa samad tiba-tiba hadir dan mahu jadikan felda seolah-olah dia yang punya, asal sahaja ada yang membantah dan tidak menyokongnya, pasti akan menerima akibat yang malang.

Siapa Isa samad? dan siapa pula tukang gunting akhbar ini, bagi "tukanglawan" tukang gunting akhbar itu hero rakyat, tapi Isa samad?.. siapa dia pada pandangan anda?

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit