Sudah kita jelas dengan perbuatan Umno/Bn yang terkenal dengan keganasan mereka menghalang ceramah umum yang giat dijalankan oleh Pakatan Rakyat dan Asalkan Bukan Umno (ABU). Satu lagi perkara yang anda perlu tahu iaitu Umno/Bn telah dan kini mengeksploitasi harta rakyat.
Sebagai contoh, Umno telah membelanjakan RM77 juta setahun untuk mengubah imej Regim Umno Be End selama ni Menipu Rakyat tanpa henti dengan macam-macam cara. Dengan modal air liur saja (melobi)firma yahudi APCO mampu untuk dapat RM 77juta setahun tanpa perlu kerja keras seperti 99.990 peratus Rakyat Malaysia seperti kita.
Baik Melayu, Cina dan India juga lain-lain yang bekerja keras di Malaysia, Nasib Kita Rakyat Malaysia tidaklah sehebat yahudi APCO dari luar negara yang dapat bayaran berpuluh juta hanya nak naikkan imej Presiden Umno, Isteri dan Kroni yang dapat ratus juta, isteri dapat RM100 juta untuk projek permata kroni dapat RM500 juta jual kapal selam yang tak boleh selama.
Malangnya Rakyat Malaysia semakin bertambah bila sebagai Rakyat di tipu oleh Umno melalui minyak yang terdapat di Negara tanahair kita sendiri, Rakyat dapat minyak petrol gred rendah RON95 pada harga tinggi tapi yahudi F1 dapat minyak paling berkualiti.
Tak cukup dengan naik harga minyak untuk Tindas Rakyat rejim UmnoAPCO naikkan pula harga insurans kenderaan berumur 10 tahun keatas 100 peratus dan 15 tahun keatas 125 peratus, makin bocorlah poket Rakyat yang miskin, dahlah minyak RON95 rosakkan enjin kenderaan orang miskin kena pula bayar mahal untuk insurans kenderaan orang miskin.
Apakah ini yang dikatakan konsep 1Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Saya rasa konsep ini perlu dihapuskan, dan diganti dengan Rakyat dicekik, kroni diutamakan.
INI HARUS JELAS
Kolumnis: Mulut Kecoh
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.