Terdesak sangat nak menang agaknya, pemindahan kawasan mengundi tanpa pengetahuan pengundi bukan perkara baru yang kita sering dengar.
Beberapa kali pilihanraya kecil yang lalu telah menyaksikan "kerja jahat" ini dilakukan, ia bertujuan untuk mengelirukan pengundi-pengundi yang akhirnya terpaksa kesana kemari mencari kawasan mengundi mereka. ada yang berakhir dengan tidak mengundi pun.
Paling pelik ialah berlakunya kerja "jahat" untuk mensabotaj Menteri Besar Selangor . jangan tak percaya, Jahatnya "puak itu" sehingga menteri besar pun mahu disabotaj.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim nampaknya telah ditukar kawasan mengundinya tanpa pengetahuannya sendiri, seperti yang terbukti menerusi carian di lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Semakan di lamanweb tersebut mendapati Khalid (kanan) kini merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai yang diwakili Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar. ajaib bukan?
Malaysia Boleh!!!, ingat itu, apa pun boleh dilakukan dimalaysia ini, tiada yang mustahil, kerana semua perkara, semua suruhanjaya, semua agensi mahu dikawal oleh kerajaan.
Ketika dihubungi, seorang pegawai pejabat menteri besar yang enggan namanya disiarkan, mengesahkan Khalid tidak membuat sebarang perubahan pada kawasan mengundinya atau dalam kad pengenalannya.
"Setakat yang beliau tahu, beliau masih pengundi di Petaling Jaya (Selatan) dan alamat pada kad pengenalan beliau adalah di Pasir Tuntung, Kuala Selangor - bandar kelahirannya," kata sumber yang rapat dengan menteri besar itu.
"Setakat yang beliau tahu, beliau masih pengundi di Petaling Jaya (Selatan) dan alamat pada kad pengenalan beliau adalah di Pasir Tuntung, Kuala Selangor - bandar kelahirannya," kata sumber yang rapat dengan menteri besar itu.
Tindakan mensabotaj ini dilakukan untuk menghalang Khalid Ibrahim terus menjadi menteri besar untuk penggal kedua, menurut peraturan SPR, calon yang bertanding kerusi DUN mesti menjadi penduduk negeri berkenaan.Khalid tidak boleh bertanding sebagai ADUN di Selangor jika kad pengenalannya menunjukkan dia pemastautin di Kuala Lumpur.
Jadi Awas, kini kita semua perlu menyemak semula daftar pengundi, mana tahu alamat kediaman dan pusat mengundi kita sudah ditukar, "puak - puak" ini bukan boleh percaya sangat. kalau mereka ini telus, sudah lama Pakatan Rakyat memerintah Negara ini.
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah
. .
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.