Mokhzani Merompak Petronas

| comments

Felda dan Petronas adalah aset yang telah membawa keuntungan besar  kepada Malaysia. Tetapi kini kedua-dua syarikat besar ini telah menjadi mangsa Pemimpin Umno/Bn untuk menambahkan lagi harta haram mereka. Jika kedua-dua syarikat ini terus dicuri hasilnya, saya percaya Malaysia akan duduk sama rendah dengan negara-negara yang miskin  lagi kedana.

Pada 3 mac yang lalu, Dato' Sri Anwar Ibrahim telah mendedahkan sebanyak RM 23 billion wang Petronas telah dibolot oleh syarikat kroni Umno/Bn. Tidak hairanlah jika adik Najib Razak dan anak Mahathir, Mokhzani diumumkan sebagai antara terkaya di Malaysia. Memang benarlah kata DSAI ketika di Batu Cave baru-baru ini yang menyamakan Malaysia dengan India. Jiak kita lihat di India, rakyatnya kita lihat hidup dalam kedaifan, tetapi pemimpinnya mempunyai harta melimpah ruah. Ini juga berlaku di Malaysia. Ini anda harus sedar.

Terbaru, Petronas telah membuat transaksi wang sebanyak RM 23 billion kepada tiga buah syarikat kroni, salah satunya dimiliki oleh Dato Mokhzani anak kepada Mahathir. Sepatutnya wang ini perlu digunakan untuk mencari gali minyak di luar negara bukan mengenyangkan kroni-kroni BN.

Sepatutnya RM 23 billion ini selalu dibelanja untuk cari gali minyak di sudan, tetapi selepas pemecatan Tan Sri Hasan Merican, dan diganti oleh orang yang dipilih sendir oleh Najib Razak, wang ini telah dibawa balik dan diberi kepada pemakan-pemakan duit haram ini. Antara syarikat yang diberi duit haram ini ialah syarikat KENCANA iaitu syarikat kepada Dato Mokhzani.

Satu lagi ketirisan yang berlaku dalam Petronas ialah jika kita lihat dalam laporan kewangan 31 Mac 2010 telah yang menunjukkan 85.6% keuntungan PETRONAS atau RM 57.6 Billion diserahkan bulat-bulat kepada kerajaan. Jumlah ini membuktikan bahawa kerajaan langsung melanggar sasaran Rancangan Malaysia ke-Sepuluh iaitu untuk mengurangkan kebergantungan terhadap syarikat minyak terkemuka dunia itu. Mustahil sasaran itu akan dicapai melihat kepada tahap kebergantungan kepada PETRONAS seperti kini. Umno/Bn penipu.

Saya percaya bahawa minyak merupakan pilihan besar yang diberikan kepada syarikat-syarikat kroni yang rapat dengan kuasa pemerintahan hebat di dalam parti Umno Najib.Pihak-pihak ketiga ini dikatakan telah diberi keizinan untuk membenarkan pilihan jual beli di dalam pasaran minyak global, yang disokong oleh minyak Petronas sendiri. Disebabkan kenaikan harga minyak yang mendadak sejajar dengan permintaan dunia, ini telah memberi pihak-pihak kroni keuntungan yang besar dan tidak sama sekali akan kembali ke Negara ini. 

Apa lagi yang anda harus tunggu lagi. Bukanlah ini cara rakyat yang sayangkan negara jika hanya mampu  lihat dan tidak membuat sebarang tindakan. Jika benar-benar sayang akan negara, ayuh bangkit dan menunjukkan solidariti kepada negara kita yang tercinta. Rakyat malaysia, marilah kita boikot Umno/Bn yang telah lama mengeksploitasi harta-harta kerajaan. Pilih Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan Baru Malaysia.

INI HARUS JELAS

Kolumnis: Mulut Kecoh


Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit