Ingat Hari Ini 8 Mac 4 Tahun Lalu - BN Malu besar

| comments

Hari ini genaplah 4 tahun "Tsunami politik" melanda negara, tarikh yang sama 4 tahun lalu, ramai antara kita saat ini sedang menantikan keputusan pilihanraya.

Tiada siapa pun menjangkakan pakatan Rakyat menyapu 5 buah negeri saat itu, berita kekalahan calon BN satu persatu diumumkan, Sharizat Jalil kalah kepada Nurul Izzah, Sammy Vellu juga kalah, malah ramai lagi pemimpin umno tersungkur lesu. rakyat bersorak kegembiraan saat itu, tak kira tua dan muda saling berpelukan, melayu , cina dan India sama-sama rasa sangat gembira.

Cuma saat itu yang kecewa ialah pemimpin umno, mereka tidak lagi kekal dan membentuk kerajaan secara majoriti, mereka tahu mereka terancam, mereka sudah tahu mereka takkan lagi boleh melakukan apa yang mereka mahu secara sesuka hati lagi, Barisan nasional tidak mempunyai majoriti 2/3 dalam parlimen, tembok kukuh mereka telah roboh.

Maka, kerana itulah, najib sekarang kehulu-kehilir mohon maaf, dia tahu hati rakyat perlu diambil semula, rasuah RM500 diberikan, tol dihapuskan, gaji dinaikkan, ISA dihapuskan, dan banyak lagi yang mereka tiru dari "buku Jingga" sendiri, dari apa yang dirancang oleh pakatan rakyat.

Maknanya, mereka sendiri tak ada idea, lantas diciplak dari Pakatan rakyat, namun dalam masa yang sama memburukkan pakatan rakyat, Barisan Nasional cuba tnujukkan sifat pemurah, itu pun kerana kuasa mereka dalam parlimen tak kuat, bayangkan Pakatan rakyat yang menang 5 Buah kerusi dalam Pru 12 yang lalu mampu mentadbir negeri lebih bagus dari Umnoacpo, bayangkan jika mereka yang memerintah negara ini.

kalau tak percaya apa yang diperkatakan ini, cuba semak laporan Audit negara, cari negeri apakah yang terbaik dari segi pentadbiran kewangannya dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini?

Maka kali ini "tukanglawan" setujulah dengan apa yang dikatakan Sammy Vellu seperti dalam video dibawah.


Kemenagan paling mengejutkan Umno dalam PRU12 itu ialah bila negeri termaju di negara ini, Selangor dan Pulau Pinang, jatuh kepada Pakatan rakyat, malah di Wilayah Persekutuan pula, pembangkang menyapu 10 daripada 11 kerusi parlimen yang dipertandingkan.

Tidak terfikirkah kita kenapa Pakatan rakyat menang di banyak kawasan bandar, di kawasan yang maju?.
Persolannya masyarakat di petempatan mana lebih bijak memilih?, mereka yang terdedah kepada banyak maklumat dan hidup dalam pesekitaran yang maju , atau mereka yang duduk dipendalaman dan hanya dapat maklumat dari TV3 suku?.

jawapannya senang, mereka yang hidup di bandar-bandar besar menilak Umno dan Barisan Nasional kerana mereka lebih terdedah pada maklumat, mereka juga bijak menilai dan paling terkesan dengan sebarang tekanan kehidupan.

Jadi, mengapa masyarakat di kawasan luar bandar tidak berfikir sejenak, apakah pilihan mereka terus memilih umnoapco Barisan Nasional betul?.lihat saja disekeliling anda, jika itu kawasan kuat Umno, taraf kemiskinannya menyedihkan, Kenapa?

Kerana Umnoapco Barisan Nasional lebih suka keadaan itu, rakyat yang miskin dan tidak terdedah dengan Informasi lebih mudah mereka tipu.

Jadi, PRU13 makin hampir, Nilai Sendiri apa yang telah kerajaan Pakatan rakyat lakukan, apakah mereka telah ambil RM250 juta dan beri pada keluarga?, apakah Isteri mereka berbelanja mewah saat rakyat susah? atau apakah mereka kini kelihatan terdesak kerana dosa semalam?



Senang kata dari "tukanglawan" Umno Apco dan Barisan Nasional Perlu ditumbangkan, Kenapa?, Ambil masa 5 minit dan fikirlah sendiri.


Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit