Reformasi. Sekadar Laungan atau punya Makna

| comments

Reformasi bukanlah satu istilah yang baru bagi rakyat malaysia. Perkataan keramat ini membawa maksud membuat satu perubahan drastik yang dilakukan untuk membaiki sesuatu perkara. Kini kita sering mendengar tentang laungan reformasi yang kerap kali digunakan oleh Dato Sri Anwar Ibrahim sebagai satu trademark ketika beliau menabur idea-idea perubahan beliau.

Lebih sedekad lalu, ketika hampir setiap minggu rakyat berhimpun di tengah kota Kuala Lumpur. Laungan Reformasi September 1998 adalah wahana untuk memenuhi amanah dan cita-cita murni rakyat. Reformasi yang rakyat laungkan ketika itu, bukanlah sekadar menumbuk langit, tetapi dengan semangat juang dan cita-cita murni untuk mengembalikan keadilan kepada rakyat dan membangunkan semula institusi kenegaraan yang telah rosakkan.

Laungan reformasi ini telah berjaya mendapat tempat dalam hati rakyat. Ini sekaligus mengubah lanskap politik Malaysia daripada politik yang bersandarkan kepada kotak perkauman yang sempit kepada keterbukaan politik demi kemaslahatan seluruh rakyat Malaysia.

Kini laungan Reformasi berkumandang semula nyaring dan meyakinkan oleh rakyat. Laungan ini telah  mencerminkan keazaman dan iltizam politik rakyat melakukan perubahan. Rakyat yang idealis daripada pelbagai kaum dan susun lapis hidup telah bangkit menolak diktator, perasuah dan penyalahgunaan kuasa yang telah bermaharajalela lebih 50 tahun. Laungan ini sudah tidak dapat dibendung lagi, kerakusan kerajaan mengagihkan kekayaan rakyat kepada keluarga dan kroni memperlihatkan sikap zalim, tamak haloba, angkuh dan tidak bertanggungjawab mereka kepada rakyat yang dipimpin.

Bagi saya, laungan reformasi disokong oleh rakyat pelbagai latar belakang politik, sosial dan ekonomi buruh, petani, nelayan, pekerja kerajaan, guru, pelajar dan ramai lagi. Ia juga melangkaui batasan kaum dan agama. Ada yang terlibat secara langsung dan ramai juga yang menyokong secara senyap-senyap.Mereka inilah yang sebenarnya menjadi tunjang kekuatan gerakan reformasi. 

Usaha reformasi memerlukan kesediaan rakyat mendokong dan memberi sokongan padu kepada satu formula politik baru yang dipimpin oleh barisan yang baru. Formula ini akan memastikan budaya politik feudal dilenyapkan sama sekali dan era politik baru diwujudkan. Hanya dengan ini dapat kita wujudkan masyarakat Malaysia yang adil, efisyen, penyayang, berdaya saing dan yakin menghadapi cabaran di peringkat global.

Kolumnis : Mulut Kecoh
Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit