(BONGKAR)Bekas Hakim Dedah Mahathir Menceroboh Badan Kehakiman

| comments

Institusi Kehakiman negara telah gempar apabila bekas hakim telah mendedahkan satu percerobohan yang berlaku terhadap  badan kehakiman negara. Penceroboh tersebut telah dikenalpasti sebagai Mahathir Mohamad. Seorang Diktaktor Kukubesi  yang cukup terkenal dengan pembangunan untuk menutup segala kesalahan yang lalu.

Menurut Bekas Ketua Hakim,Tun Dzaidin Abdullah. Pencerobohan ini berlaku apabila mahkamah-mahkamah malaysia terpaksa tunduk kehendak ahli-ahli politik dalam cabang Badan Eksekutif. Ia berpunca daripada Mahathir Mohamad si Kukubesi. Ini kerana pindaan 121 perlembagaan persekutuan pada pemerintahan si Kukubesi pada 1980-an telah melemahkan sayap institusi kehakiman negara.

Akibat pindaan tersebut, badan kehakiman telah dikurangkan kuasa dan badan tersebut hanya mendapat kuasa apabila Parlimen memberi kuasa. Ini bermakna Sistem di Malaysia yang dahulu mempunyai 3 badan utama telah menjadi dua disebabkan pindaan tersebut. Ia juga telah menguatkan lagi kuasa Parlimen daripada kuasa Kehakiman.

Situasi ini amat buruk kerana badan kehakiman sudah hilang intergriti dan terpaksa mendengar suara-suara sumbang dari Parlimen. Ini telah mencabul kebebasan badan kehakiman untuk membuat sebarang keputusan. Bagi saya, pindaan ini telah membuktikan sesiapa yang mempunyai suara majoriti didalam parlimen boleh menggunakan badan kehakiman sesuka hati. Adakah ini yang dimaksudkan dengan Badan Kehakiman Berintergriti?? cukup memalukan apabila mempunyai badan kehakiman yang tidak mempunyai kebebasan tersendiri.

Pendapat ini juga turut disokong oleh Bekas Hakim Mahkamah Agung, Tan Sri Azmi. Menurut beliau, Mahathir telah menunjukkan sikap Kukubesi beliau apabila beliau mahu meletakkan badan kehakiman dibawah kuasanya dengan meminda perkara 121 perlembagaan persekutuan.

Insiden pencerobohan kedua Badan kehakiman berlaku apabila pemecatan Tun Salleh Abbas dan dihadapkan ke Tribunal yang telah membawa tiga hakim mahakamah agung di pecat dan selebihnya digantung. Ini berlaku apabila kes yang  dibawa oleh Tengku Razaleigh berkenaan Umno. Keputusan yang dibuat para hakim telah membawa kemusnahan kepada Mahathir. Lalu mahathir telah mengambil keputusan untuk memecat Tun Salleh Abbas dan arahannya juga tidak boleh dilaksanakan.(Selanjutnya)

Inikah yang dikatakan Badan kehakiman negara yang berintergriti. Bagi saya badan kehakiman negara sekarang adalah suara majoriti Parlimen. Ini membawa maksud sesiapa yang memenangi PRU ke 13, merekalah yang mendapat kuasa mutlak untuk melakukan apa sahaja tanpa ada bantahan yang kuat. Cukup menyedihkan. Ayuh rakyat bangkit untuk menuntut kebebasan badan kehakiman diberi semula. AYuh lakukan Reformasi.

INI HARUS JELAS

Kolumnis: Mulut Kecoh



Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit