Menteri Besar Pahang Sudah Gila

| comments

Pemimpin Umno Pahang sudah kering idea untuk menepis gelombang Hijau, Rakyat kini telah sedar dan bangkit menentang projek LYNAS, belum pun sisa kumbahan yang merbahaya itu tumpah di bumi Pahang, Kesannya telah membuatkan Menteri Besar Pahang Gila.

Benar ni, Adnan Yaakob kini tidak lagi boleh berfikir secara waras sehingga mengeluarkan kenyataan yang sikit pun tidak masuk akal. dalam kerisauaan ramai berhubung kemana sisa radiokatif merbahaya yang terhasil dari kilang lynas itu dilupuskan, Adnan yaakob pula mencadangan sisa itu terus saja dibuang ke dalam Sungai Lembing.

presidennya TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan media berkata jika ini benar-benar dilakukan ia adalah jenayah alam sekitar yang sepatutnya dihalang malah diambil tindakan undang-undang yang tegas tanpa kompromi.

Amat jahil bagi sesiapa yang menganggap membuang sisa toksid seperti bahan radioaktif Lynas ke dalam sungai tidak merosakkan alam sekitar.presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (kiri) dalam satu kenyataan media berkata jika ini benar-benar dilakukan ia adalah jenayah alam sekitar yang sepatutnya dihalang malah diambil tindakan undang-undang yang tegas tanpa kompromi ".

Jadi bukan sahaja Adnan Yaakob sudah gila, malah juga jahil rupanya, bayangkan jika ada 5 lagi Menteri Besar seperti ini, sudah pasti malaysia akan lebih teruk dari Mongolia.

Menurut Presiden TERAS itu lagi, “Ekologi sungai yang kini sangat sensitif dan bakal punah akibat pembuangan sisa radioaktif, pasti akan mengundang malapetaka yang tidak boleh dirawat lagi,” katanya.

Cadangan menteri besar Pahang itu dikatakan adalah di tapak lombong yang sudah tidak digunakan, namun interaksi air bawah tanah yang akhirnya akan bersambung ke sungai pasti akan memberi kesan yang berbahaya dalam jangka panjang.

Yang jelas semua kenyataan ini dibuat hanya untuk berselindung di balik hakikat yang sebenar. Bahaya kilang Lynas sememangnya mempunyai risiko tinggi kepada kesihatan manusia dan alam sekitar,” katanya.

Sehubungan itu, kata Mohd Azmi, TERAS mendesak kerajaan BN agar tidak lagi membohongi rakyat dengan strategi emosi dan psikologi seperti yang disebut oleh Najib.

Apa yang rakyat mahu ialah dibatalkan terus projek ini demi masa depan masyarakat dan alam sekitar negara,” akhiri kenyataan beliau.

Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit