Kebebasan Media Dirogol

| comments

 Kini Malaysia cukup terkenal dengan medianya yang telah dicabul  kebebasannya oleh kerajaan UMNO/BN. Isunya sekarang adalah mengapa perlu menyekat kebebasan media?? Adakah kerajaan UMNO/BN gerun apabila media diberi kebebasan.??Ini telah menunjukkan satu lagi  kelemahan Kerajaan UMNO/BN yang jelas.


Menurut kerajaan UMNO/BN, media telah diberi kebebasan yang secukupnya. Adakah benar-benar wujud kebebasan kepada media. JIka benar wujud kebebasan media, mengapa ada pengharaman akhbar Tamil Makkal Osaidan penamatan kolum penulis berwibawa Zainah Anwar dan Amir Muhammad di New Straits Times. Inikah yang dikatakan kebebasan media??? Jika soalan ini ditujukan kepada  wartawan luarnegara, saya rasa mereka akan hanya gelak menyindir.Sungguh MEMALUKAN.


Menurut Indeks Kebebasan Media, kedudukan Malaysia berada di tangga ke 132 jatuh 8 anak tangga tahun sebelumnya dari 173 negara yang di tinjau. Kedudukan baru ini meletakkan Malaysia lebih teruk berbanding tahap kebebasan di beberapa negara Afrika seperti Nigeria (di tangga 131) dan Cameroon (129) dan hanya baik sedikit berbanding Chad (133),  Sudan (135) dan Bangladesh (136).Ranking ini telah menceritakan dimanakah letaknya kebebasan yang diberi kepada media.Ini secara tidak langsung menyekat wartawan daripada menyatakan kebenaran seterusnya menjadikan wartawan itu seperti ‘kerbau yang dicucuk hidung. 


Kerajaan sepatutnya belajar dengan perkara ini demi perpaduan di Malaysia.Media di Malaysia sepatutnya di ‘upgrade’ kan supaya suara setiap rakyat didengari,tidak kira pro kerajaan ataupun pro pembangkang. Dengan munculnya kebebasan dalam media, saya yakin Malaysia dapat melahirkan generasi rakyat yang lebih matang. Dengan dasar yang kerajaan jalankan, ini bermakna  kerajaan semakin hampir untuk menghapuskan pemikiran matang rakyat. Ini sangat menyedihkan.


Jika kita membandingkan ketika pentadbiran Pak Lah, media ketika itu lebih bebas untuk mengeluarkan sebarang  isu. Tetapi kini Najib lebih bersifat draconian  dan lebih bersifat mencengkam kepada media. Ini juga telah melanggar prinsip negara berdemokrasi. Adakah ini juga salah satu prinsip 1MAlaysia yang selalu diuar-uarkan oleh Najib Razak???Cukup MEMALUKAN


Media adalah satu medium untuk mendapat info yang terkini. Jika ini terus berlaku, kita sebagai rakyat harus jatuhkan rejim ini segera sebelum masalah ini terus menular dan membantutkan pemikiran rakyat. 


INI HARUS JELAS


Kolumnis : Mulut Kecoh


Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit