Gempar !! Kes Super Market NFC, Rafizi Akui Tersilap

| comments


Betul-betul gempar ni, Rafizi Ramli mengaku tersilap berhubung kenyataannya tentang isu pembelian Supermarket mewah oleh keluarga Sharizat semalam.

Ehhhh, nanti dulu, penyokong Umnoapco jangan la bersorak riang-ria pulak, Rafizi bukan silap apa, tersilap bagi lokasi sebenar je pun.

Sebelum ini Rafizi dakwa lokasi Farmhouse Supermarket yang didakwa dimiliki bersama oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, beroperasi di Star Vista Mall, Singapura, tapi lokasi sebenar pasaraya yang berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) itu adalah di Rochester Mall yang terletak di Rochester Drive.

sebelah aje pun.

Ok sekarang kak Jat Kau boleh berpeluh balik, dakwaan tak silap, lokasi je silap cikit, maklum la, mungkin keluarga Kak Jat Kau je yang mahir dan tahu segenap pelusuk negara Singapura tu. sebab itu pandai dan tahu mana lokasi sesuai beli kondo, bukak restoran dan nak buka supermarket.

Menurut Rafizi lagi, Farmhouse Supermarket menyewa unit-unit bernombor #02-08 hingga #02-35 di kompleks membeli belah yang dibangunkan bersama-sama kondominium mewah di alamat 35, Rochester Drive, Singapura.

"Maklumat di laman itu juga mengesahkan bahawa Farmhouse Supermarket adalah penyewa terbesar di tingkat 2, berbanding kedai-kedai lain," katanya memperincikan dakwaannya itu.

Tapi nanti dulu, Supermarket itu dibangunkan sekali bersama kondominium mewah, hah, ,,,kena siasat ni , takut kondo pun family lembu NFC tu beli jugak. mana la tau, sebab kondo nei tak boleh dipisahkan dah dari keluarga Kak Jat Kau, ibarat "ular sawa lapar nampak ayam tidur"

"saya percaya selain dari kesilapan alamat sebenar kompleks seperti yang saya sebutkan, keseluruhan pendedahan yang dibuat semalam adalah tepat. Kenyataan Datuk Seri Salleh Ismail yang disiarkan oleh The Malay Mail bertarikh 29 Februari 2012 juga mengesahkan bahawa NFC tidak menafikan kewujudan pasaraya mewah ini, malah masih mempertahankan hak mereka untuk menceburi apa-apa perniagaan yang mereka rasa sesuai," tegasnya sambil menyatakan permohonan maaf secara terbuka kepada CapitalMall dan NFC atas kesilapan fakta yang berlaku

Hurm... diberi duit dana untuk ternak lembu, tapi ini bukan ternak lembu, ini beli kondo untuk family, guna sakan macam duit mak bapak kau la ( geram nei) yang punya. beli lot kedai untuk kembangkan perniagaan, woi.. daging lembu untuk pasaran mana?.... apa manafaat rakyat dapat?, ko beli lot kedai anak beranak ko jugak yang kaya.

Duit dana NFC untuk ternak lembu atau duit pinjaman untuk kayakan keluarga?, jawab cikit nak dengar?


Anda boleh menyalin artikel yang disiarkan tanpa halangan, sila letakkan link blog "tukanglawan jika sudi, semoga maklumat dan informasi dapat disampaikan kepada semua . Anda juga digalakkan share artikel ini di Facebook, twitter, forum atau apa juga medium sebaran. jika ada saranan dan pendapat, e-mailkan ke infotukanglawan@gmail.com , silakanlah juga tinggalkan komen anda dibawah

. .
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit