NFC tidak mahu terima mamorandum dari jingga13

| comments


JINGGA13 hari ini telah ke pejabat pengurusan NFC Copration di Solaris Mont Kiara lebih kurang jam 2.15 petang tadi berhubung dengan isu penggunaan kad kredit oleh empat orang individu iaitu pengerusi NFC Datuk Mohammad Salleh dan tiga individu yang lain.

Walau bagaimana pun pihak jingga13 merasa agak kesal kerana wakil dari syarikat yang terpalit dengan isu salahguna kuasa melibatkan penggunaan wang dana ternakan lembu itu tidak mahu menerima serahan memorandum tersebut.

Saudara Fariz Musa iaiti koorinator jingga 13 menyatakan,
"serahan memorandum ini adalah untuk meminta empat orang individu berkenaan menjelaskan kepada rakyat, untuk apa pembayaran dibuat keatas kad kredit atas nama individu berkenaan yang dibayar menggunakan wang syarikat"

Tindakan NFC untuk tidak menerima serahan memorandum itu menunjukkan seolah-olah mereka mahu menyembunyikan sesuatu, Ibrahim ali iaitu pengerusi PERKASA sebelum ini dalam perjumpaan antara NFC dengan beberapa NGO lain telah mencabar sendiri pihak NFC mengambil tindakan kepada pengadu iaitu jingga 13 jika tuduhan salahguna kuasa yang melibatkan penggunaan kad kredit.

NFC sepatutnya menjelaskan secara terperinci kepada umum untuk tujuan apa perbelanjaan menggunakan kad kredit tersebut dibuat dan dibayar dengan menggunakan wang syarikat, yang dikhuatiri menggunakan wang dana NFC, apakah untuk pembangunan syarikat atau untuk tujuan peribadi empat ahli lembaga tertinggi syarikat itu.


Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit