Shafri - Wartawan harakah itu telah tiada..

| comments


Lebih kurang Jam 4 petang tadi, "tukanglawan" bersama- sama rakan-rakan lain termasuk Saudara Fariz Musa iaitu MPP keAdilan, saudara Rozan Mat Arip , saudara Saifuddin Shafi yang juga setiausaha AIC dan rakan-rakan dari jingga 13 berkesempatan melawat arwah wartawan harakah Mohamad Safri Samsudin, 42 tahun di HKL.

Ketika itu, Arwah dalam keadaan sangat tenat, terbaring dan dibantu mesin pernafasan, di skrin terlihat naik turun tekanan jantungnya, katil Arwah saat itu penuh dengan teman-teman dan keluarga Arwah yang menemani dan datang menziarahi.

Pulang dari HKL menuju ke Petaling Jaya, dikhabarkan oleh saudara Rozan bahawa Arwah telah tiada. dia kembali menemui pencipta.
Safri seorang wartawan Harakah pada 29 Januari lalu , disahkan oleh HKL mengidap kanser yang bermula dari hati dan merebak dengan cepat ke seluruh badan, mula koma pagi tadi dan meninggalkan kita semua lebih kurang jam 5.37 petang tadi.
Safri yang mula bekerja sebagai perekabentuk dengan Harakah sejak tahun 1990, namun berhenti selepas itu, namun pada tahun 2008, Safri menyertai kumpulan Harakah semula dengan bertugas sebagai perekabentuk di akhbar Siasah. pada awal 2011 namun ketika Siasah tidak lagi bersama Harakah, Arwah bertukar profesyen menjadi wartawan Harakah., ini kerana kebolehan dan minat beliau yang mendalam sebagai wartawan. 

Sejak itu beliau banyak membuat tugasan di Parlimen dan juga sidang Dun di samping tugas-tugas kewartawanan yang lain.

Kehilangan Arwah pasti akan dirasai semua, baik rakan-rakan mahupun pembaca akhbar Harakah kata Datuk Kamarudin Jaffar, Pengarah Urusan Harakah ketika mengulas pemergiaan safri  “Safri seorang wartawan yang berdedikasi dan fleksibel. Kami terasa benar kehilangannya. Saya bagi pihak semua Jamaah Pengarah Harakah dan kakitangan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau,”.

Beliau meninggalkan lima anak berumur antara lapan hingga 16 tahun dan isteri, Puan Sharifah Nurhayati Al Yahya adalah seorang aktivis KEADILAN.

Jenazah Arwah dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Batu 6, Gombak (belakang Anjung Rahmat) petang tadi, dan Insyallah akan diuruskan malam ini juga.

Sekalung Takziah dari "tukanglawan" Allah lebih menyayanginya, cuma terkenang tadi ketika melawat Arwah di HKL, "tukanglawan" lihat ketabahan anak-anak Arwah, walaupun mereka masih kecil, mereka tidak putus-putus membacakan surah Yasin untuk ayah mereka, terfikir "tukanglawan" saat itu, arwah berjaya mendidik anak-anaknya, zaman ini berapa ramai kanak-kanak boleh membaca surah yasin.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau, Al-fatihah


Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit