Perbicaraan inkues bagi menyiasat punca kematian pemandu teksi Baharudin Ahmad, yang meninggal dunia ketika menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 lalu bermula semalam di Mahkamah Koroner dengan empat saksi memberi keterangan.

"Ketika lari bertempiaran menyelamatkan diri, saya masuk ke pintu di Avenue K, saya merayu untuk masuk ke bangunan itu, dan saya dapat sedikit ruang untuk masuk, ketika itu saya nampak lelaki berusia 50-an dalam keadaan sedemikian ( duduk terlunjur sambil kepalanya menunduk), lantas saya menjerit meminta tolong," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Kalmizah Salleh.
Dia berkata beberapa lelaki cuba membantu Baharudin dengan membasahkan bibirnya dengan air serta membacakan ayat suci al-Quran, namun masih mangsa tidak memberikan sebarang tindak balas.
"Apabila melihatkan keadaan pakcik yang tiada tindak balas, saya menghubungi talian kecemasan 999, saya diarahkan oleh talian kecemasan itu supaya membuat pengiraan nadi pakcik itu, dan saya dapati nadinya sangat perlahan iaitu dalam kiraan lima atau enam," katanya.

"Selepas itu pakcik itu dibawa ke hospital dan saya turut mengikutnya, tetapi saya duduk di bahagian depan sebelah pemandu, maka saya tidak tahu bagaimana keadaan pakcik itu kerana dia berada di belakang bersama dua pegawai kesihatan," kata saksi kedua prosiding inkues itu.
Beliau kemudian dimaklumkan bahawa Baharudin telah meninggal dunia 15 minit sebelum itu oleh seorang doktor di HKL.

Bekas kerani di sebuah kilang eletronik itu turut memberitahu suaminya tidak menghidap sebarang penyakit kronik, sebaliknya hanya pernah mengalami tekanan darah tinggi sembilan tahun lepas, namun tidak serius dan sudah pulih.
Keluarga Baharudin diwakili peguam Ahmad Jufliz Faiza, Chan Chew Weng dan Ahmad Zamri Assad Khuzaimi, perbicaraan di depan Koroner Zulkpli Abdullah disambung pagi ini.
# Lagi artikel mengenai Baharuddin Ahmad
# Lagi artikel mengenai Baharuddin Ahmad
Al-Fatihah untuk Baharudin Ahmad wira Bersih
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.