Sifat kebinatangan manusia semakin terserlah kini, semalam "tukanglawan" siarkan berita penemuan mayat bayi tanpa kepada yang dipercayai dicampak dedalam sungai sebelum ditemui seorang kaki pancing.
Semalam juga seorang remaja yang dibicarakan kerana dituduh mencampak bayi dari tingkat dua rumahnya pada Oktober tahun lepas dikenakan hukuman atas kesalahan yang dilakukannya,
Tak tahulah "tukanglawan" apa sudah jadi dengan negara kita ini, bayangkan jika bayi semudah itu dicampak dari tingkat dua sebuah rumah, sudah pasti pada fikiran "tukanglawan" manusia yang tergamak melakukan itu punya masalah mental.
Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin semalam memerintahkan Nor Atika Kamarolzaman seorang remaja perempuan dipenjara 12 tahun dan didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian anaknya yang baru lahir dengan mencampak bayi perempuan itu dari tingkat dua rumahnya Oktober tahun lepas.
Nor Atika menjalani hukuman bermula dari tarikh dia didakwa kali pertama di mahkamah iaitu pada 12 Jan lepas, mahkamah turut memerintahkan gadis berkenaan dipenjara lima bulan lagi sekiranya dia gagal membayar denda yang dikenakan itu.
Tertuduh yang bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran di Bandar Baru Selayang pada ketika itu, mengaku melahirkan bayi itu di dalam tandas rumah yang dijadikan asrama pekerja, lebih kurang jam pukul 4 pagi, remaja itu juga mengaku yang bayinya tersebut sudah tidak bernyawa selepas dilahirkan lalu membuangnya ke dalam longkang.
Seorang penduduk yang dikenali sebagai Zarizan Shahari, 27 menemui mayat bayi malang tersebut setelah diminta oleh seorang penduduk lain untuk memeriksa sebuah objek yang mencurigakan di dalam longkang.
"Ketika itu saya baru pulang dari kampung di Jengka, Pahang. Alangkah terkejutnya apabila saya dapati ia adalah mayat seorang bayi yang masih bertali pusat, saya terus menghubungi talian 999, sebelum pihak polis datang memeriksa dan mengambil bayi berkenaan." katanya lagi ketika ditanya wartawan pada Oktober tahun lepas.
Nor Atika dituduh melakukan kesalahan itu terhadap bayinya di alamat B7-2 Taman Selayang Segar 2, antara 3.30 pagi dan 7.15 pagi 3 Okt. Pertuduhan adalah mengikut Seksyen Seksyen 309A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 309B akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga denda.
Nor Atika dituduh melakukan kesalahan itu terhadap bayinya di alamat B7-2 Taman Selayang Segar 2, antara 3.30 pagi dan 7.15 pagi 3 Okt. Pertuduhan adalah mengikut Seksyen Seksyen 309A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 309B akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga denda.
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.