Skandal NFC- Shamsubahrin buat Salleh makin gelisah

| comments

Tertekan dengan tuduhan salahguna kuasa melibatkan wang rakyat yang disalurkan untuk projek penternakan lembu, kini pengerusi NFC yang juga merupakan suami kepada sharizat jalil, ketua wanita umno semakin gelisah.

Seperti yang ditulis oleh "tukanglawan" dalam artikel terdahulu ( baca sini ) hari ini mimpi hitam itu menyelubungi mohd salleh.

Ini gara-gara pengakuan Datuk Shamsubahrin Ismail bahawa beliau mahu dikambing hitamkan oleh pengerusi NFC itu bagi tujuan membersihkan nama baiknya dan memulihkan imej NFC yang terpalit pelbagai skandal salahguna kuasa.

Shamsubahrin mendakwa beliau telah dilantik oleh NFC sebagai penasihat korporat dan perunding untuk "membersihkan" masalah dalaman NFC, beliau juga mendakwa telah menerima mesej dan tekanan dari Salleh yang memintanya supaya kes NFC dengan pihak polis ditutup, atas kapasitinya sebagai penasihat dan perunding koporat syarikat itu.

Perkara itu didedahkan semalam dalam satu sidang media yang dipengerusikan oleh Naib presiden PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya bagi mewakili Datuk Shamsubahrin Ismail.

Datuk Shamsubahrin Ismail juga telah membuat laporan polis di Hospital Besar Klang Jumaat lalu.

Salah satu petikan didalam laporan polis yang dibuat dinyatakan Shamsubahrin telah berkata "Salleh, melalui panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS), mendesak saya untuk memberi rasuah kepada polis untuk menutup kes itu."

Dalam sidang media itu juga, N Surendran ditanya jika PKR mempunyai bukti dalam bentuk SMS yang dinyatakan pada laporan shamsubahrin itu, namun Surendran berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyimpan telefon yang mengandungi mesej berkenaan.

"Beberapa telefon telah dirampas dari Shamsubahrin dan semua telefon kemudiannya dikembalikan kecuali satu. Yang disimpan oleh SPRM adalah telefon yang mengandungi bukti  penting ini. Ia berada di tangan pihak berkuasa tetapi kita mempunyai rekod, kita mempunyai salinannya," katanya lagi
Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit