Bila manusia sudah jadi tidak bertamadun, perangai jadi lebih teruk dari binatang.
Apakah sudah tiada lagi perikemaanusian dalam diri seorang manusia bila tergamak membuang bayi kecil kedalam sungai,?,sungguh keji sekali perbuatan itu, bayi bukan sampah dan tidak seharusnya manusia berakal bersifat seperti binatang .
Semalam mayat bayi mengerikan tanpa kepala dan putus sebelah kakinya ditemui seorang lelaki ketika menjala ikan di sebatang sungai berhampiran kawasan perumahan di Kuala Ampang lebih kurang jam 1 petang.
Bayi yang telah pun reput itu ditemui tersangkut pada celah-celah batu di tebing sungai berhampiran dengan kilang elektronik, ketika ditemui, mayat bayi tanpa pakaian itu dalam keadaan tertiarap dan telah hampir reput.
"Mangsa dipercayai dibuang di lokasi lain dan dihanyutkan arus sungai sebelum dijumpai, setakat ini, jantina bayi itu masih belum dikenal pasti" demikian kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin.
Oh manusia, ingatlah apa yang anda lakukan pasti ada balasannya.
Catat Ulasan
Sila berikan komen anda dengan sopan.