1 Lagi penipuan rejim umnoapco terbongkar?

| comments

Memang benarlah pilihanraya akan diadakan tidak lama lagi, oleh sebab itu, tak perlu lah pak-pak menteri terus nak bohongi rakyat seolah-olah ini zaman surat khabar jadi medium utama rakyat cari maklumat.

Atau memang pak-pak menteri umnoapco ini buta IT, tak pandai guna google untuk cari maklumat terkini, jadi sebab pak-pak menteri ini tak berapa nak bijak selain bijak menipu, jadi 1malaysia nak diperbodohkannya.

Terbaru, kenyataan membodek najib dan memperbodohkan rakyat oleh Ismail Sabri yang memuji kerajaan kerana mampu mengekalkan harga gula dalam situasi "harga gula global terus melambung" disangkal oleh setiausaha publisiti DAP Tony Pua.

Beliau merujuk laporan akhbar The Star Jumaat lalu (klik sini) ,dan (sini untuk kenyataan tersebut) di mana menteri berkenaan mendakwa bahawa kerajaan menanggung subsidi yang kian meningkat iaitu daripada 20 sen kepada 54 sen sekilogram gula bagi mengekalkan harga pada RM2.30, padahal sebenarnya harga gula di pasaran dunia telah pun turun dengan ketara sejak 6 bulan lepas. (bukti disini) dan ( lagi bukti disini)

"Apakah lsmail Sabri cuba untuk menipu rakyat dengan mendakwa kononnya Malaysia telah meningkat lagi subsidi gula kerana harga bahan itu di seluruh dunia telah meningkat walaupun hakikatnya adalah sebaliknya?" katanya lagi.

Hahaha, sampai tahap begitu sekali terdesaknya rejim umnoapco ini mahu meraih sokongan, mereka menipu kita kononnya mereka beri subsidi tambahan kerana harga gula dunia naik, namun hakikatnya harga gula telah turun, mereka meraih lebih untung, menipu kita dan menggambarkan mereka baik dan perihatin kepada rakyat.

"tukanglawan" malu ade kerajaan seperti ini, tapi mereka pemimpin-pemimpin rejim umnoapco tidak malu kah mereka menipu rakyat, dan rakyat adakah masih mahu terus ditipu mereka?

Kah..kah..kah.. makin cepat umnoapco dikuburkan nampaknya

Share this article :

Catat Ulasan

Sila berikan komen anda dengan sopan.

 
Support : Copyright © 2011. "tukanglawan" - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger. Stats by Feedjit